Thursday, April 10, 2014

Penerimaan semula pembelot pukulan sinis kepada Malaysia, humban sahaja mereka ke penjara

Bagai satu penghinaan kepada negara apabila 500 orang yang pernah meludah negara sendiri dengan mengoyakkan pasport mereka satu ketika dahulu kerana merasakan diri masih dijajah British, di terima kembali sebagai warganegara.

Penghinaan ini dilihat bukan dari segi betapa mulianya hati orang Melayu dalam memberi maaf, tetapi betapa hancurnya daulat sebuah negara secara simboliknya apabila mereka yang dengan rela untuk hidup tanpa negara ini menaungi mereka, disua kembali kewarganegaraan tanpa mengambil iktibar sedikitpun dengan apa yang telah berlaku ketika pemberian kewarganegaraan secara besar-besaran kepada kaum pendatang asing tidak lebih 60 tahun lalu.

Mengapa diterima sebegitu rupa sedangkan hak "pembelot" tidak dijamin perlembagaan? Apa akan jadi bila orang yang tak mahu jadi warganegara sesebuah negara di paksakan menerima kewarganegaraan negara itu.  Sekurang-kurangnya mereka perlu melalui proses seperti mana seorang pendatang asing yang perlu melalui proses belasan tahun untuk diterima semula sebagai warganegara melalui kaedah tertentu.

Tetapi paling penting, humban mereka yang mengoyakkan pasport itu ke dalam penjara kerana pasport adalah milik kerajaan, bukan milik mereka.






GEORGE TOWN (4 April): Kira-kira 500 orang yang didakwa "tiada bernegara" (stateless) dari Malaysia yang tinggal di United Kingdom seharusnya menarik nafas lega apabila kerajaan Malaysia memberi jaminan untuk menguruskan kepulangan mereka.

 Ia dilihat sebagai satu kejayaan kepada Ahli Parlimen DAP, Tanjung Ng Wei Aik yang begitu bersungguh-sungguh mahu menyelesaikan masalah kumpulan tidak bernegara itu, yang ada antaranya hidup dalam daif kerana tidak dibenarkan kerja di UK.

Kumpulan itu yang telah menyerahkan taraf kewarganegaraan Malaysia, dan kemudian memohon Taraf Kewarganegaraan Luar Negara British (BOC), setelah mempercayai ia adalah sijil yang laku digunakan di negara itu.

Ketika mendedahkan maklum balas yang diberikan oleh Ahmad Zahid dalam sepucuk surat (pada 3 April), Ng berkata, kerajaan Malaysia telah bersetuju menyediakan perkhidmatan imigresen bagi membolehkan mereka berada di Malaysia secara sah apabila pulang kelak.

Kementerian Dalam Negeri berkata, perbincangan dengan kerajaan British berhubung dengan rayuan pemegang BOC itu juga akan dilakukan.

"Sebuah kaunter khas akan diwujudkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi membolehkan pemegang BOC melapor diri sebaik tiba di Malaysia dan mereka akan dibantu oleh pegawai imigresen di KLIA.

"Zahid berkata pemegang BOC itu akan diberi nasihat oleh atache imigresen Malaysia di UK, serta pegawai-pegawai jabatan imigresen di sini dan KDN," kata Ng dalam satu sidang akhbar.

6 comments:

Anonymous said...

Aku setuju....humban saja..jenis ini jika di bagi muka dia akan pijak kepala kita seperti yg ada di Malaysia...yg tak tahu dek untung !

Anonymous said...

habislah makin banyak red bean army kat malaysia.. kenapa murah hati sangat KDN?? susu diberi tuba dibalas kelak jangan menyesal pru 14 BN nanti terkeluar pulak!!!...leh percaya ke diaorang niiiii???????? nasib kaulah labuuuuu....

Anonymous said...

Itu masalah mereka sendiri memilih untuk berhijrah ke negara lain. Kenapa kerajaan nak ambil tahu hal mereka sebab dalam hati mereka tidak mau lagi menjadi warga negara malaysia. Janganlah pisang berbuah 2 kali dgn apa yg dilakukan oleh tengku dulu

snor4057 said...

dah tentu PRU akan dtg semuanya pangkah DAP/PKR/PAS, sebab mengenangkan jasa DAP yg berusaha bawa mereka balik

Anonymous said...

koyak pasport dan tak dihukum? sebab? koyak kat luar negara? caca merba undang2 negara kalo pemimpin jenis tak peka.

Anonymous said...

mereka "mengoyakkan" bukan mengoyakkan. baca betul betul tulisan Utusan tu tuan blog dan tanpa nama di atas ni woi.