Tuesday, September 30, 2014

Seberapa pentingnya perlumbaan Formula E Putrajaya ?






Pada mulanya ramai yang terpinga-pinga apabila lapangan tengah boulevard Persiaran Perdana di Presint 2 dipunggah jubin-jubin mahalnya. Kemudian diturap asfalt. Kemudian dibina struktur besi tepat di atas jalan mulusnya. Sehingga struktur tersebut yang berdiri atas konkrit-konkir penapak yang megah menginjak jalanan mulus itu. Untuk apa semua ini?

Kebelakangan ini barulah diketahui ia adalah persedaiaan untuk perlumbaan Formula E , anjuran FIA yang termeterai Disember tahun lalu. Persoalannya mengapa di atas jalan protokol terbaik yang pernah negara wujudkan untuk dikecapi rakyat dan pelancong akan keindahan mordenisasi negara ini?

Bukan sahaja sebilangan rakyat yang mendiami Putrajaya berasa kecewa, malah beberapa pelancong asing turut bertanya, mengapa perlu dikorbankan keindahan Putrajaya hanya untuk menganjurkan sebuah pertandingan yang membabitkan perbelanjaan puluhan jika tidak ratusan juta, demi sebuah pendapatan yang belum sahih untungnya?

Seorang pelancong dari Australia pula menyebut, mengapa perlu berlumba di sini sedangkan Litar Sepang yang gah itu hanya 25km dari sini.

Pasangan pelancong tersebut menyatakan bahawa dia telah mengenali Putrajaya melalui senibinanya tanpa perlu mengenali Putrajaya melalui apa yang acara yang Putrajaya adakan.

Seorang penduduk Presint 18 pula menyebut, adakah negara ini berada dalam keadaan terdesak sehingga keperawanan kota indah dicabul betul-betul di hadapan bangunan MoF yang merupakan antara ikon monumental Putrajaya?

Ramai yang bertanyakan apakah ia adalah binaan kekal yang terus memberikan 'eyesore' ke atas Putrajaya sampai bila-bila? Tentu sekali tidak, pada harapan penulis. 

Dan tentu sekali pertanyaan penulis, mampukah Perbadanan Putrajaya mengembalikan keindahan Putrajaya khususnya di sekitar Presint 2 itu dalam keadaan pulih seperti sediakala sebelum berlangsungnya acara dan berbaloikah kos-kos tersebut jika dihitung dengan kerosakan tumbuhan hiasan dan perhiasan taman  akibat kehadiran beribu-ribu pengunjung, seperti festival-festival tak bernatijah sebelum ini.

Putrajaya adalah satu-satunya kota kebanggaan negara kerana futuristiknya, dinamikanya dan senibinanya. Ia telah dikenali serata dunia tanpa perlu dilacurkan dengan acara-acara yang adakalanya tidak menampakkan hasil yang jelas kepada umum mahupun negara.

Hendaklah pada masa depan, pemerintah berusaha untuk menjadikan Putrajaya maju pada tempatnya, pada tarafnya dan pada objektif penubuhannya, bukan seperti sebuah kota yang menagih-nagih perhatian tanpa memikirkan pendapat umum. 

Dan rakyat, juga pelancong asing, mahukan selepas perlumbaan Formula E pada 18 Oktober ini, keindahan Putrajaya dipulihkan semula sepenuhnya dan tidak perlu lagi menjadi hos dalam acara yang 'menjahanamkan' sesuatu yang telah indah terbentang.

3 comments:

Anonymous said...


kenapakah jalan yang mahal dan cantik dirungkai semula dan mencacatkan pemandangan. bagaimana Perbadanan Putrjaya boleh benarkan perkara ini?

Anonymous said...

ni mungkin hasil perancangan hebat dari kroni punaisihat di Perbadanan Putrajaya

Anonymous said...

Pembinaan ini hanya untuk sementara, rupa asli Putrajaya akan dikembalikan selepas perlumbaan.

Mengapa tidak mejalankan perlumbaan di lintar F1? Perlumbaan Formula E berlangsung di 10 bandarutama/iconic city di dunia untuk menonjolkan keindahan bandar-bandar tersebut kepada dunia dari segi motorsports dan green technology. (Beijing, Putrajaya, Long Beach, Miami, Berlin, London...)

Bunyi engin kereta FE hanya 70DB dan diizinkan berlumba di jalanraya berbanding bunyi engin F1.Formula E, mengunakan kereta lumba Formula 1 tetapi berlumba dengan engin 100% kuasa electrik, pencemaran udara dan pencemaran bunyi minimal berbanding Formula E.

Sebarang pertanyaan sila kunjungi http://www.fiaformulae.com.my/ Terima Kasih.