Thursday, October 23, 2014

Kanak-kanak pulang mengaji diajak sentuh anjing

Satu lagi kegemparan terkuak dari Johor Bahru apabila seorang pengguna Facebook berketurunan Cina memuat naik gambar kanak-kanak yang pulang kelas agama bermain-main dengan anjing pada 20 Oktober lalu.

Dipercayai aktiviti itu dibuat oleh sepasang suami isteri Melayu-Kaukasian dengan 'menghasut' kanak-kanak yang kurang mendapat pencerahan dari ibu bapa ini untuk tampil memegang anjing.

Status yang dimuat naik bersama gambar itu juga menyebut si pemuat naik berasa 'blessed' dengan aktiviti menyenggol pegangan agama Islam dan dipaparkan ke facebook dalam bentuk 'Public'.

Menghairankan, mereka-mereka yang mendesak akta hasutan dihapuskan ini lah seharusnya mereka-mereka yang bermati-matian mempertahankan akta hasutan. Kerana mereka fikir kumpulan majoriti tidak ada apa yang nak di hasut? Kaki hasut pun ramai. Tidakkah jika akta hasutan dihapuskan, mereka-mereka ini yang menerima masalah terlebih dahulu?









1 comment:

Anonymous said...

Semua babi2 tersebut tak perlu dilayan..mereka sampah..tak ada faedah untuk negara..