Tuesday, November 04, 2014

Yahoo Malaysia bakal ditutup?

Setelah mencuba nasib di Malaysia sebagai enjin pencari pembawa berita neutral, kemudian di ambang 'sakit perutnya' memilih untuk menjadi portal berita pro-pembangkang, nampaknya 'kungfu' Yahoo di Malaysia gagal. Mengikut berita yang kedengaran dari negara jiran, Yahoo Malaysia akan ditutup pada 14 Disember ini. Selamat tutup kedai. Oh, saya juga sudah lupa password akaun Yahoo saya!


Yahoo Indonesia Bakal Ditutup?

Susetyo Dwi Prihadi - detikinet
Selasa, 04/11/2014 13:32 WIB

Jakarta - Kabar tidak mengenakkan datang dari Yahoo. gosipnya perusahaan internet ini berencana menutup sejumlah kantornya di beberapa negara, termasuk di kawasan Asia Tenggara.

Kawasan Asia Tenggara yang dikabarkan kantornya akan ditutup adalah Indonesia, Malaysia dan Vietnam. Sementara di Singapura masih akan terus beroperasi.

Menurut sumber yang didapati oleh Tech Crunch dan detikINET kutip Selasa (4/11/2014), menyebutkan bahwa Yahoo akan memulai menutup kantornya di Ho Chi Minh City, Vietnam, pada kuartal ketiga 2014.

Sementara untuk kantor di Malaysia dan Indonesia, kabarnya akan ditutup pada 14 Desember 2014. Sementara sampai tanggal tersebut, para karyawan akan tetap bekerja.

Sayangnya belum ada konfirmasi dari Yahoo mengenai kabar tersebut. Namun memang, beberapa kantor internasional mereka sudah mulai merampingkan karyawan, seperti di Budapest, Hungaria dan Yordania.

5 comments:

Anonymous said...

Tanpa rasa bersalah, berita-berita mengenai Malaysia dalam Yahoo ni memang seperti ditulis oleh manusia seperti Lim Kit S. Saya memang refuse nak baca berita yang ditulis oleh sekumpulan manusia yang berhasrat membentuk pemikiran rakyat Malaysia mengikut acuan mereka. Mereka nak jadi macam CNN, memfitnah memanjang.

Unknown said...

Syukur Alhamdulillah.... saya sememangnya berdoa sebegitu sejak saya menyedari bahawa Yahoo Malaysia ini adalah pro pembangkang.... terutamanya dengan penyiaran beritanya secara online yang nampak jelas cuba memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.

Anonymous said...

apa ye saya punya akaun yahoo, camane boleh lupa pulak ni?

Anonymous said...

Saya lebih gemar menggunakan Yahoo US dari Yahoo Malaysia kerana beritanya banyak dipetik dari MALAYSIAKINI,Malaysia Insider dan Malaymail yang anti UMNO...alhamdulillah jika benar...walaupun enjin carian Yahoo agak ketinggalan berbanding Google saya lebih gemar kepada YAHOO kerana bila klik pada search page nya tidak terus tutup seperti google..yang terpaksa buka page baru jika carian kita salah...mungkin saya oldtimer yah dah sebati dengan YAHOO

Anonymous said...

Baguslah ditutup kerana ia hanya menyiarkan berita berita berbaur tomahan untuk membangkitkan kebencian dan perpecahan rakyat malaysia. Alhamdulillah