Thursday, December 04, 2014

Apa kemungkinan gunung berapi meletus ketika taufan kuat melanda di Filipina?

Kita pastinya berdoa untuk dijauhkan malapetaka namun cubalah kita bayangkan apa yang sedang dialami oleh Filipina hari ini yang walaupun pada asasnya tak mungkin berlaku, namun ada kemungkinan boleh berlaku.

Taufan Hagupit atau Taufan Ruby yang maguk kategori Super Typhoon hari ini, sedang bergerak menuju ke Filipina dan dijangka mendarat pada hari Sabtu.

Melihat kepada laluan taufan ini, ia akan melintasi Gunung Mayon, gunung berapi stratovolcano terkenal di Filipina.

Hendak dijadikan kejadian, dalam tempoh 24 jam yang lalu, Gunung Mayon telah berdehem dari dalam dengan 2 kali gempa vulkanik dikesan. 

Gunung yang terakhir meletus pada tahun 2002 ini tidak mungkin akan meletus saat dilalui Taufan Hagupit kerana tidak mungkin sebesar itu ujian yang akan diberikan Tuhan. Tetapi siapa dapat menghalang dari ia berlaku?

Jika ini berlaku, satu bentuk katastrofi serantau pasti terjadi dengan debu vulkanik beracun menyebar melalui kejadian taufan, sesuatu yang tidak pernah dibayangkan oleh saintis kerana belum pernah terjadi.








No comments: