Saturday, May 16, 2015

Tun M isytihar tidak sokong Najib di Ipoh

Ketibaan Tun M di Tower Regency Grand Ballroom, Ipoh pada jam 3:40 petang dalam rapat umum Bicara Negara dipenuhi kira-kira 2,000 hadirin disambut oleh ramai penyokong beliau.

Tun M terharu dengan kehadiran atas inisiatif sendiri para hadirin. 

Tun M berbicara tentang sejarah penjajahan, pembentukan Malaysia.

Beliau menceritakan tentang kejayaan BN menyatukan bangsa-bangsa dengan menyindir penindasan Myanmar ke atad Rohingya.

Beliau memuji Tunku yang berundur dengan rela dan Tun Razak yang berjaya membangunkan luar bandar.

Tun M menceritakan tentang pengalihan kuasa dari Tun Lah ke Tok Jib dan berbicara tentang termakan budi Tun Razak.

Beliau menyindir tentang kononnya Tok Jib itu kaya. Padahal bapanya tidak mengumpul harta.

Justeru pemborosan yang berlaku dikecam.


Tun M membidas tunduknya Tok Jib ke atas Singapura isu High Speed Rail dan tentang kos pemborosan pembinaan landasan keretapi berkembar yang kos yang menjadi tinggi.

Beliau menceritakan pemberhentian DEB yang sebelum turut mengkayakan Cina dan menaikkan ekonomi orang Melayu namun ekuiti Melayu masih belum sampai.

Beliau menceritakan sokongan Cina pada tahun 1999 adalah berdasarkan kemampuan kerajaan menangani krisis matawang walaupun Melayu banyak sokong Anwar.

Beliau menyindir lagu im4u bagaikan ayam for u dan memaksa sokongan dengan cara dibuat-buat.

Beliau menyentuh soal BR1M dengan kononnya Tok Jib memiliki mentaliti "Cash Is King". 

Sokongan orang Cina tak berpaksikan sedemikian dan sikap merasuah tidak diterima. Ia menjadikan Malaysia negara penyogok wang merasuah rakyat antara 10 terbesar di dunia.

Perbelanjaan isteri PM yang semakin mengada-ada dewasa ini menimbul perasaan marah kerana dahulunya tidak begitu.

Tun M menyebut gajinya sehingga RM20,000 dahulu cukup untuk menanggung hidup sebagai Perdana Menteri dan mempersoalkan harga mahal seperti beg Hermes RM100K itu wang apa?

Tun M menceritakan tentang penggunaan wang 1MDB yang dihabiskan untuk janakuasa yang tidak sewajarnya serta pelaburan Petrosaudi dan membelanjakan wang dengan membabi buta dan kononnya terdapat pelaburan di Argentina dan Turkmenistan yang didapati tiada.

Lanjutan itu diceritakan tentang penyimpanan wang di Pulau Caymen yang kononnya kemudian di bawa ke Singapura kononnya Bank Negara menyukarkan bawa balik wang. 


Beliau mempersoalkan tentang kadar faedah tinggi yang dibayar untuk pinjaman serta tentang nilai RM14 billion hingga RM20 billion wang 1MDB yang tidak dapat dikesan.

Tun M menjangkakan BN akan kalah jika Tok Jib masih memimpin UMNO pada PRU14. 

Beliau menceritakan kejayaan UMNO masa lampau yang kini tidak disokong oleh bukan orang UMNO. 

Beliau membidas Tok Jib yang tidak bertemu rakyat di desa-desa dan menjangkakan Tok Jib akan menyebabkan kekalahan BN pada PRU14. 

Tun M mengharap agar orang UMNO menggugurkan Tok Jib pada pemilihan UMNO agar memberi UMNO peluang untuk tidak lenyap selepas kalah PRU14.

Tun M mengisytiharkan bahawa dia tidak lagi menyokong Tok Jib lanjutan suratnya kepada Tok Jib berhubung perkara tersebut.

Beliau membidas langkah Tok Jib mengambil 'penasihat British' yang seperti membawa negara ke era penjajah.

Ia mengakibatkan ramai petinggi perkhidmatan awam yang bersara dan menyertai pembangkang kerana sikap penasihat-penasihat pentadbiran kerajaan Tok Jib.

Tun juga menceritakan bahawa Speaker Dewan Rakyat telah menemuinya dan menyatakan bahawa beliau telah meletak jawatan.

Laungan menyuruh Tun M menyertai Pakatan disindir dengan beliau menyebut di sana juga ada yang tak kena lalu mengalih menceritakan tentang pencerobohan di Sabah.

Beliau membidas saranan beliau ke Tok Jib untuk membeli drone bagi menjaga sempadan tidak dilayan tetapi membeli pesawat dengan belanja besar.

Beliau menyindir dirinya sendiri yang memilih Tok Jib menjadi PM atas gaya fizikalnya yang kononnya meyakinkan.

Beliau menceritakan tentang pembaziran dalam private party di Kazakhstan bersempena perkahwinan anak Tok Jib dulu.

Beliau mengulangi keyakinan bahawa pimpinan Tok Jib akan membuatkan UMNO kalah dan tiada lagi pembela bangsa.

Tun M menggesa orang UMNO berbuat sesuatu untuk menggugurkan Tok Jib dari jawatan Presiden UMNO.

Beliau menamatkan pidato pada jam 5:15 petang.



Dalam sesi soal jawab, isi penting berdasarkan soalan yang disampaikan beliau adalah;

1. Akar umbi supaya menyampaikan kepada ketua bahagian bahawa mereka akan hilang sokongan sekiranya masih menyokong Tok Jib.

2. Menyebut 42 billion 1MDB tidak hilang. Tetapi bentuk hutang yang merugikan.

3. Saranan beliau berdebat dengan Tok Jib beliau sambut.

4. Tun menjelaskan parlimen boleh menjatuhkan Tok Jib dengan undi tidak percaya. Beliau menyebut ahli UMNO takut dan menjaga kepentingan diri. 

5. Tun tidak menghiraukan sekiranya beliau dipecat keahlian kerana telah dipecat UMNO sebelum ini.

6. Soalan berhubung siapa syor layak mengganti Tok Jib tidak berjawab kerana masa tamat.





11 comments:

Anonymous said...

Anak anak Tun boleh jadi kaya gila mcmmana pulak,

Anonymous said...

Tali barut dari dalam UMNO sendiri dah mula membuat roadshow untuk menjatuhkan kepimpinan UMNO. Inilah dikatakan kacang melupakan kulitnya. Melayu akan berpecah dan hancur sekiranya tali barut dari dalam UMNO sendiri yang memberikan peluru kepada kepimpinan Presiden UMNO. Apakh sejarah akan berulang kembali sebagaimana berlaku kepada TAR dan Pak Ghaffar Baba?Siapa yang meudah lupa atau buat-buat terlupa? Zaman siapakah BMF mengalami kerugian Bilion Ringgit? Zaman siapakah yang banyak melakukan Bailout? Kroni mana yang dibela oleh kepimpinan dahulu? Adakah rakyatr didahulukan atau keluarganya diutamakan sewaktu MISC mengalami kerugian? Zaman siapakah berlaku bangkrapnya perwaja dan pemimpin mana yang melantik Tan Sri eric Chia? Keputusan PM manakah yang telah menyebabkan Negara kehilangan billion ringgit?Bukankah duit rakyat yang telah hilang? Pada zaman siapa jugak MAS mengalami kerugian? Keberanian dati Najib untuk mengauditkan 1MDB patutu dibanggakan kerana ada keihlasa tetapi bukan seperti pemimpin dahulu apabila bersuara sahaja maka ISA akan digunakan...Jangan biarkan Melayu hancur gara-gara mereka yang tidak puas hati terhadap kepimpinan Najib tidak dapat melayani kehemdak mereka....Ramai lagi Melayu boleh memimpin Proton untuk memajukan kehadapan. Malaysia tidak ketandusan tokoh korporat Melayu pada hari ini. Melayu memang boleh dan bukan Melayu mudah lupa tetapi orang lain yang mudah lupa...Fikirlah sendiri..

KZSO said...

Tanpa Nama : soalan yang baik. Cuba dapatkan fakta bagaimana, bila, siapa partner, syarikat mana, berapa banyak hutang/loan bank pada permulaan perniagaan mereka, kelayakan mereka.... dan sebagainya...Cuba dapatkan maklumat ini...

IPOH MALAY said...

Ulasan penulis hanya ulasan semata-mata sebagai wartawan. Nilaikan sendiriii

IPOH MALAY said...

Ulasan penulis hanya ulasan semata-mata sebagai wartawan. Nilaikan sendiriii

Gabenor johor said...

Dan Tun M juga yg menghalang HUDUD dilaksanakan

IPOH MALAY said...

Ulasan penulis hanya ulasan semata-mata sebagai wartawan. Nilaikan sendiriii

Anonymous said...

Najib duit 1MDB tu ada mana?

Anonymous said...

Mahathir lagi hina drp BABI, balik drp Mekah katanya tunai umrah, terus sebar FITNAH.

KENAPA TAK SAMAN NAJIB????

Anak Mahathir pon kaya raya Billionaire, anak2 Perdana Menteri yg lain yg tak terlibat politik? Siaoa yg kaya raya jadi Billionaire?

Mahathir... Aku diakan kau diazab dgn azab yg teramat berat, jika fitnah yg kau sebarkan tiada bukti.

Anonymous said...

Bkn nak kata..
Tp ramai yg kata..
Kak mah diikut kata..
Tun det kata tak dengar kata..
Jika hal ngra k.mah blh nasihat..
Takkan tun det nak nasihat tak boleh.
Tun det nasihat bkn utknya..
Tp demi masa depan umno dan negara.
Akhirnya umno bersengketa..
Melayu mula pening..
Apa nak jadi ni..
Adakah umno akan berpecah lagi..
Parti Ikatan sudah sedia menunggu..

Anonymous said...

Wow banyaknya kesalahan Najib tapi kesalahan sendiri bagaimana pulak? atau buat2 tak nampak?
Kesimpulannya: tiada yg layak menjadi PM selain drp Tun.. kah kah kah! mari kita sokong Tun jadi PM utk kali kedua.. keh keh keh!