Khamis, Julai 30, 2015

Cabaran Kabinet Baru : Berapa harga minyak baru malam esok?



Cabaran bertimpa bagi kabinet baru bakal menjelma tengah malam esok apabila harga minyak akan ditetapkan untuk bulan Ogos.

Pengapungan harga minyak mengikut harga pasaran yang diperkenalkan Januari lalu menyaksikan harga minyak beroktan 95 turun kepada RM1.70 ada bulan Februari bersamaan harga minyak mentah ketika itu iaitu US$50 hingga US$55 setong.

Namun harga minyak terus meningkat sehingga harga pada bulan Julai telah mencecah RM2.15 seliter bagi RON95 bersamaan dengan harga minyak dunia bulan Jun yang menjangkau US$59 hingga US$64 setong.

Sehingga semalam, harga minyak dunia sepanjang Julai 2015 telah mengalami penurunan di mana sehingga ketika ini, berada pada paras US$48 hingga US$53 setong.

Persoalannya, adakah harga petrol baru bagi bulan Ogos dapat menyamai harga Februari yang lalu?

Cabaran besar untuk pemerintah adalah apabila rakyat kini sudah pandai kira-kira.

Cabaran pengguna pula ialah pihak KPDNKK tidak lagi membuat pengumuman kepada umum sejak Julai lalu melainkan memberitahu kepada Persatuan Pedagang Pengusaha Stesen Minyak tentang harga baru setiap kali peralihan bulan.

Mampukah dari RM2.15 harga minyak mampu kembali ke RM1.70 seperti awal tahun lalu.

Memahami kadar tukaran asing yang lemah hari ini, penurunan harga mesti tetap perlu berlaku dengan nilai yang agak besar jika tidak mampu turun maksimum 45 sen.

Reaksi masyarakat sesudah itu, adalah apa yang kabinet baru ini perlu hadapi.

Adalah wajar untuk pihak kerajaan membuat keputusan yang bijak.


Tiada ulasan: