Thursday, July 30, 2015

Serpihan didakwa milik MH370 ditemui di Pulau Reunion



Serpihan flapperon pesawat dipercayai milik Boeing 777 MH370 yang hilang bersama 239 jiwa 8 Mac tahun lalu ditemui di Pulau Reunion semalam.

Pulau Reunion merupakan wilayah jajahan Perancis terletak di Lautan Hindi barat di antara Diegogarcia dan Madagaskar.

Memetik laporan dari Telegraph.co.uk, seorang pakar penerbangan Perancis percaya serpihan itu dari pesawat MH370.

Xavier Tytelman, seorang bekas juruterbang yang kini bekerja sebagai pakar keselamatan udara, dihubungi oleh seorang penduduk pulau Reunion. Lelaki berkenaan menghantar gambar serpihan yang dijumpai dan Tytelman berkata ia mungkin dari pesawat yang hilang itu.

"Saya sudah mengkaji beratus-ratus gambar dan berbincang dengan rakan sekerja".

"Dan kami yakin ia menyerupai bahagian sayap Boeing 777 - pesawat yang sama dengan MH370", kata Tytelman kepada Telegraph.co.uk

"Polis di Reunion yang memeriksa serpihan itu berkata ia kelihatan sudah berada di dalam air lebih kurang setahun, menambah lagi kenyakinan ia dari MH370. Kami tak boleh pastikannya, tapi kami fikir ada peluang (ia dari pesawat MH370)". - Siakap Keli

No comments: