Monday, August 10, 2015

Peniaga kacang putih hospital Ipoh dan media sosial Facebook


Media sosial Facebook ternyata menjadi 'tandas awam' terbaik untuk golongan beragenda mengencing puak berminda sempit kerana dengan mudahnya mereka akan tertipu dan menyebarkan pula penipuan itu.

Terbaharu kelmarin kecoh kisah wanita peniaga kacang putih di Hospital Raja Perempuan Bainun yang dikatakan dianiaya oleh penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh.

Berbagai kecaman keras dilemparkan pengguna media sosial ke atas tindakan tersebut hanya berdasarkan penyampaian maklumat tidak jelas oleh pemuat naik yang terdiri dari laman-laman popular yang menyerah kepada khalayak untuk menilai. Menilai? Hahaha.

Pengguna Facebook Malaysia jumud dan keterbelakangan pemikiran mereka jauh diatasi Singapura dan Indonesia dalam menilai sesuatu yang tidak dilihat dengan mata kepala sendiri.

Jika mereka itu bagus, mereka tentu sedar tidak mungkin penguatkuasa mahu mencampak dagangan peniaga ke atas jalan di mana itu akan mengotorkan kawasan jagaan mereka.

Malah penguatkuasa MBI yang menyaman letak kereta leluasa juga tidak bertindak apa-apa, hanya buat bodoh, apabila dimaki hamun oleh pemilik kereta yang mental ketika di saman. Apatah pula peniaga selemah itu.

Akhirnya ramai saksi mata yang tampil mendakwa peniaga tersebut mengamuk dengan melempar dagangannya ke jalan kerana diminta untuk tidak berniaga di kawasan tersebut kerana tidak mempunyai permit dan mengganggu urusan keluar masuk di kawasan hospital yang sememangnya sesak.

Jenis manusia pelempar komen nista begini tak mungkin akan berpusu memadam komen mereka semula. Lalu kebodohan mereka dipertinggalkan begitu sahaja untuk diperlihatkan. Mungkin saja mereka tidak mampu untuk mencari semula komen mereka untuk dipadam. Itulah bagaimana parahnya dunia media sosial hari ini.

Keterkebelakangan intelektualiti ini telah menjadi-jadi malah jika ditegur, tanpa segan silu mereka akan memaki kita kembali.




No comments: