Isnin, Ogos 14, 2017

Meninjau kemungkinan wakil kaum Cina jadi Perdana Menteri Malaysia ke tujuh

Katakan senario PRU14 begini dan akibat anutan fitnah yang berleluasa di kalangan orang Islam negara ini, yang tentu sekali akan diazab di dunia ini sebelum di akhirat, kuasa memerintah dicabut dari orang Islam. Kesan dari itu, kaum Cina, dijadikan takdir Tuhan sebagai Perdana Menteri. Bagaimana ini boleh terjadi. Lihat senario di bawah :

CALON BERTANDING

BARISAN NASIONAL (222)
Umno : 115
MCA : 38
MIC : 12
Gerakan : 10
Lain-lain komponen Semenanjung : 5
Komponen Sabah & Sarawak : 42

PAKATAN HARAPAN (222)
PPBM : 63
PKR : 62
DAP : 60
PAN : 37

GAGASAN SEJAHTERA (205)
PAS : 155
Ikatan : 50

LAIN-LAIN (113)
Berbagai parti : 62
Bebas : 51

Kira-kira di atas adalah berdasarkan bayangan gambaran senario yang disesuaikan dengan calon bertanding pada PRU13. Begitulah juga keputusannya seperti di bawah :

CALON MENANG

BARISAN NASIONAL (116)
Umno : 31
MCA : 37
MIC : 8
Gerakan : 7
Lain-lain komponen Semenanjung : 0
Komponen Sabah & Sarawak : 29

PAKATAN HARAPAN (76)
PPBM : 25
PKR : 31
DAP : 11
PAN : 9

GAGASAN SEJAHTERA (17)
PAS : 16
Ikatan : 1

LAIN-LAIN (13)
Berbagai parti : 11
Bebas : 2

Berdasar senario yang digambarkan, Barisan Nasional memenangi Pilihanraya Umum Ke 14 dengan keputusan majoriti mudah seperti di atas dengan MCA buat pertama kalinya menggantikan UMNO dan menjadi parti paling dominan dalam Barisan Nasional dan secara hak, tradisi dan kaedah yang digunapakai oleh Barisan Nasional, Presiden MCA lah yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 7.

YAB Datuk Seri Liow Tiong Lai
Perdana Menteri Malaysia

Menjunjung kesepakatan dan tradisi yang bersistem dan adil, sebagai orang Melayu di negara ini terutamanya penyokong BN, ini adalah peristiwa unik yang seharusnya diraikan dengan cukup istimewa oleh semua pengundi BN tanpa mengira bangsa.

Kesepakatan BN yang kekal berprinsip dan adil dalam memberi hak-hak ke atas parti-parti gabungannya tidak boleh disanggah walaupun hal begini telah terjadi.

BN bukanlah lawan Pakatan Harapan jika dilihat bagaimana caca marbanya mereka berkalutan menempel muka-muka yang dianggap mampu beri pengaruh untuk kemenangan mereka biarpun mereka harus mencabul pendirian mereka sendiri.

Tidak mustahil kaum Cina beralih mengundi MCA pula kerana selain dari haprak DAP yang bilangannya beberapa kerat tetapi kelihatan ramai di media sosial dek akaun-akaun palsu, mereka tidak menggambarkan pendirian hampir 4 juta pengundi Cina di negara ini.

Jika ditakdirkan Liow Tiong Lai menjadi PM Malaysia seterusnya, teman masih mampu berasa bangga, teruja dan berasa tidak mengapa kerana penguasaan Bahasa Melayunya cukup baik dan yakin sekali positiviti ini bakal menggambarkan satu dimensi Malaysia yang baru.

Pencabulan DAP atas prinsip-prinsip yang mereka jaja selama ini dalam meraih undi kaum Cina, persekongkolan dengan dua parti sisa najis-najis UMNO, penerimaan parti 'Bumi only' ke dalam Pakatan Harapan yang sebelum ini berbangga dengan parti pelbagai kaum, penipuan tentang iklim ekonomi sehingga menimbulkan kegusaran tak berasas dan sikap tenang Najib menempuh fitnah yang menjadi anutan orang Melayu berdewakan Mahathir dan bermusuhkan Rosmah Mansor entah atas sebab apa, membuatkan hal ini tidak menjadi mustahil.

Mungkin juga tilikan siapa pengganti Najib selepas tamat teori RAHMAN terjawab apabila ditakdirkan penggantinya bukan orang Melayu lagi. 

Orang Cina yang bijak di negara ini tahu bahawa Malaysia boleh dipimpin oleh Perdana Menteri berbangsa Cina tetapi hanya melalui sistem perikatan yang diamalkan oleh Barisan Nasional. Bukan sistem menamakan siapa Perdana Menteri sesuka hati tanpa melihat struktur pecahan kerusi dalam kesepakatan mereka. 

Orang Melayu pula, dengan kemunduran pengetahuan tentang perjalanan ekonomi, mudah mempercayai, meyakini dan menyebarkan fitnah, mendewa-dewa pemimpin yang kononnya memberi kesejahteraan tanpa asas yang jelas dan mengundi dengan corak sekeluarga menyokong pihak yang sama juga membolehkan hal ini terjadi pasca-PRU14.

Sebelum ini terbukti 52% rakyat Malaysia telah memilih untuk menaikkan sebuah pemerintahan yang tak berketentuan apa-apa pada jalan yang jelas dan meyakinkan iklim ekonomi dan sosial pada PRU13 yang lalu cukup menggambarkan keterbelakangan daya fikir separuh rakyat negara ini tanpa mengira kaum.

Tetapi yakinkah kesemuanya memilih parti pilihan mereka semasa itu hingga le akhir hayat? Orang Melayu, mungkin. Tetapi orang Cina tidak begitu.

Ini kerana Orang Cina tidak mungkin mahu terpalit mentaliti Melayu walaupun selama ini menolak peluang untuk melihat wakil dari kaum mereka menjawat MO1 dengan mengundi DAP yang sejak 50 tahun lalu, hanya mampu berkokok dan menindas ahli sendiri dan tak mungkin mampu menjadi Perdana Menteri. 

Tetapi mungkin kali ini situasi berbeza? Kerana orang Cina mengundi dengan strategi holistik demi kepentingan bangsa mereka. Tidak seperti orang Melayu yang mengundi berdasarkan sentimen semata-mata.

Keadaan boleh mengubah corak undian orang Cina contohnya rusuhan di Jakarta pada tahun 1998 yang menyasarkan ke masyarakat Cina tanpa sebab, membuatkan hampir 80% orang Cina negara ini mengundi BN pada PRU 1999 bagi mengelakkan pertukaran rejim yang jika terjangkit dengan situasi di Jakarta, mereka merasakan terancam - sedangkan hampir 60% pengundi Melayu menolak BN dan UMNO kerana terkesan dengan pemecatan Anwar Ibrahim.



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lu nak PUJA si MCacing DALANG DUA MUKA HARAM JADAH ni?!!! BELAKANG, dok JILAT JUBOQ si spesis TERORIS PENJAJAH ZioNAZI PARASIT/PERASUAH/LANUN/PEROMPAK/PERASUAH/PENYANGAK/PEMBUNUH/PEROGOL BerSHIT-DAPjuboq BABI-si puaka2 RASIS/PORNO/HOMO-KULI2 ZIONIS/IS(IS)rael-MOSSAD-NA*O/CIA!

Tgklah betapa HANCOQnya bila si PENJAJAH PARASIT/LANUN/PEMBUNUH madey kutty kerala jadi PM - rupanya dia KULI kat TOKEY2 DAPjuboq BABI juga!

PI MAMPOS lu si DALANG DUA MUKA oi!

Tok Labu.

IPOH MALAY berkata...

Tak puja. Tapi kalo terjadi macam mana nak halang? Terpaksa ikut rule la.sebab undi siapa? Undi Melayu juga.Pi bagi kat puak yg salah.

Tanpa Nama berkata...

Tgk. sjlah KEM PENGANGKUTAN yg. GAGAL HARAM JADAH tu - di mana pemandu2 LORI/BAS2/KERETA2 HARAM JADAH-si binatang2 buas-disyaki SAMSENG2 DAPjuboq BABI yg. asyik dok MEMBUNUH bangsa ORANG ASAL/INDIGENOUS /BUMIPUTERA) Islam/MELAYU yg. disyaki MAJORITI mangsa2 KEMALANGAN JLNRAYA terutamanya penunggang2 MOTOSIKAL amat MALANG kami (umat Islam/Melayu senang diKENALI dr. pakaian/hiasan Islam/Melayu kita)! Aku syaki ini adalah MO GENOSID utk. MENGURANGkan JUMLAH bangsa Orang Asal/Indigenous Islam/Melayu kami!

Tgk. kes LANGGAQ anak2 KECIL bangsa Orang Asal/Indigenous Islam/Melayu MISKIN/SEDERHANA kami di Johor tu oleh si PENDATANG Cina amat CELAKA tu - apa jadi oi?!!!!!!!! Seolah mcm. SENYAP aja kes ni!!!! Banyak lagi kes PEMBUNUHAN di JLNRAYA mcm. ni!

Tok Labu.

IPOH MALAY berkata...

Dalam Malaysia ni cuma ada sorang cina je yang betul2 jujur. Khoo Kay Kim. Itu fakta.😂