Diramalkan bahawa BN akan mendapat undi lebih rendah dari PRU ke 11. Ini didorong dari iklim politik semasa yang dihantui oleh krisis-krisis yang tidak difahami rakyat. Pakatan pembangkang yang tidak menubuhkan satu gagasan parti turut bakal menyumbang undi yang lebih kepada calon masing-masing.
Krisis ekonomi global yang berkaitan dengan kenaikan harga minyak kerap dimainkan oleh pihak pembangkang seolah-olah di tangan mereka tersimpan penawar bagi permasalahan tersebut. Rakyat yang kurang matang akan menelan bulat-bulat manifesto pembangkang yang adakalanya boleh menggugat ekonomi negara.
Tetapi krisis tersebut bagi sesetengah pengundi sememangnya seolah-olah perubahan iklim dunia yang heboh diperkatakan. Namun mereka lebih menumpukan fikiran kepada krisis dalam parti itu sendiri.
Diramalkan bahawa parti pembangkang dapat menafikan kemenangan dua pertiga yang dikecapi oleh pemerintah sejak sekian lama. Namun, apakah keadaan akan menjadi lebih baik? Ataupun kita sendiri yang akan menanggung kesan buruk dari keadaan tersebut.

No comments:
Post a Comment