Thursday, February 28, 2008

Seruan Undi Rosak ?

Sejak saya di menang tanpa bertanding sebagai Naib Ketua Pemuda Cawangan pada tahun 2002, belum pernah saya menjadi sebegini skeptikal terhadap kepimpinan UMNO. Terlalu banyak cacat cela yang berlaku dalam parti sejak pengunduran Tun Dr. Mahathir. Melihat beliau di TV dan mendengar ucapan beliau membuatkan saya terasa agar kepimpinan beliau cukup dirindui.

Ketepikan soal kenaikan harga barangan yang sememangnya menjadi trend dunia masa kini, soal kempimpinan UMNO yang dicemari tangan-tangan tersembunyi sangat tidak dialu-alukan rakyat.

Ramai penyokong UMNO mulai bimbang akan wujudnya trend ini tetapi mereka tidak mampu berbuat apa-apa selain dari ekspresi mereka pada kertas undi.

Bagaimanakah caranya untuk Pak Lah mengembalikan sokongan orang Melayu kepadanya sedangkan diarus politik perdana, Islam diremehkan oleh puak pembangkang bukan Islam. Isu perkauman tidak lagi terlalu sensitif seperti di zaman Tun M.

Media mengecapi kebebasan yang terlalu besar sehingga mereka gagal menilai had batasan dalam etika kewartawanan. Isu diperluaskan dengan strategik. Rakyat menjadi tidak senang lagi. Orang Melayu menyedari bahawa ada nakhoda palsu yang sedang mengemudi bahtera negara.

Saya ingin maklumkan kepada para pengundi di Parlimen Tambun dan DUN Hulu Kinta serta Manjoi, agar tidak mengundi pembangkang pada pilihanraya umum akan datang tetapi rosakkanlah kertas undi anda sekiranya anda ingin mengajar kepimpinan BN yang tidak lagi mempertahankan perjuangan Tun M yang mahukan Malaysia Maju pada tahun 2020 tanpa maruah negara digadaikan. Andainya wakil BN anda merupakan seorang yang mendokongi aspirasi Tun M, maka berikanlah sokongan anda kepadanya tanpa berbelah bagi.

Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan
Batu 10
Tambun

No comments: