Thursday, October 30, 2008

Penternak Babi Gagal Kaya Cepat

Utusan Online, 30/10/2008 4:22pm
Mahkamah tolak saman cuai RM136 juta ke atas kerajaan

PUTRAJAYA 30 Okt. – Kerajaan Malaysia hari ini berjaya mengenepikan saman cuai bernilai RM136 juta yang difailkan oleh 184 penternak babi dan waris mereka yang meninggal dunia akibat wabak virus Nipah 1998-1999 selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mem benarkan rayuan kerajaan dengan kos.

Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria yang bersidang bersama-sama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nik Hashim Nik Ab. Rahman dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara membenarkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan 184 penternak babi itu.

Hakim Nik Hashim dalam penghakimannya berkata, kerugian yang dituntut oleh penternak babi berkenaan dalam saman itu adalah diakibatkan oleh penyakit virus Nipah dan kerugian itu bukan diakibatkan oleh kerajaan.

Beliau berkata, tuntutan oleh penternak babi itu tidak kukuh dan dengan itu wajar ditolak.

Katanya, dalam sebarang dakwaan terhadap kerajaan, pegawai kerajaan yang Didakwa bertanggungjawab melakukan tindakan itu perlu dibuktikan sebelum kerajaan dipertanggungjawabkan sepenuhnya bagi tindakan itu.

Beliau berkata, tidak memadai untuk sekadar mengenal pasti pegawai itu tanpa memasukkan pegawai itu sebagai satu pihak kerana tindakannya itu perlu dibuktikan. - Bernama



Ulasan

Pelik tapi benar. Kebodohan yang tergambar oleh penternak babi yang 'kerugian' ini disahihkan oleh mahkamah. Mereka menternak babi, mereka gagal memastikan persekitaran kandang babi mereka bersih, mereka langsung tak pedulikan langkah-langkah pencegahan dan pembasmian penyakit, mereka mengakibatkan kerajaan menghabiskan wang beratus-ratus juta untuk kerja-kerja mencegah, mengawal dan merawat pesakit, dan SELEPAS ITU MEREKA MENYAMAN KERAJAAN.

Kepada penternak babi-babi ini, ini bukan jalan untuk mencuba menjada kaya serta merta. Ini adalah sekadar kebodohan anda semua paling nyata. Sendiri bela, sendiri makan, sendiri kotor, sendiri sakit, sendiri tanggung. Mungkin Pakatan Rakyat dapat membantu kerana mereka jaguh dalam isu babi.

Tambang Ipoh - KL RM10.00

Utusan Malaysia, Khamis, 30 Oktober 2008

Tambang RM10, kereta api KL-Ipoh bermula 1 Dis.

KUALA LUMPUR 29 Okt. –Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memperkenalkan perkhidmatan kereta api Kuala Lumpur - Ipoh bermula 1 Disember ini dengan tambang RM10.

Pengarah Urusan KTMB, Abd. Radzak Abd. Malek berkata, perkhidmatan KL-Ipoh itu akan mengambil masa dua jam 56 minit dengan jadual perjalanan 10 kali sehari iaitu lima kali (KL-Ipoh) dan lima kali (Ipoh-KL).

“Berikutan KTMB pada masa ini hanya mempunyai 22 perkhidmatan kereta api antara bandar sehari, pihak pengurusan akan menambah 10 tren ulang-alik pada 1 Disember ini.

“Perjalanan kereta api ini akan melalui sembilan perhentian komuter antaranya Sungai Buloh, Sungkai, Tanjung Malim dan Batu Gajah,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan KTMB ke arah persijilan MS1722 iaitu sijil piawaian Sistem Pengurusan Pekerjaan, Keselamatan dan Kesihatan (OSHMS) dan seminar kepada kakitangan KTMB di sini hari ini.

Abd. Razak berkata, KTMB yang sentiasa mementingkan mutu perkhidmatan terbaik kepada pengguna akan memperkenalkan perkhidmatan tren pantas KL-Ipoh pada 2010.





Ulasan

Usaha KTMB ini amat dialu-alukan terutamanya pada pandangan golongan seperti saya yang sentiasa berulang alik antara Ipoh dan Kuala Lumpur. Tambahan pula, prasarana bagi landasan elektrik berkembar Ipoh- KL yang mula dibina pada tahun 2000 telahpun siap sepenuhnya. Cuma perolehan unit keretapilaju yang masih belum selesai. Dikatakan, keretapi laju Ipoh-Rawang akan mula beroperasi pada tahun 2010. Sebuah projek paling lama untuk disiapkan di Malaysia. 10 tahun!

Walaubagaimanapun, tambang RM10.00 antara Ipoh dan KL merupakan satu kadar tambang murah yang amat-amat menguntungkan pengguna. Ini kerana tambang bas Ipoh-KL hari ini mencapai RM17.00 termasuk surcaj diesel. Dengan perjalanan yang memakan masa 3 jam tepat dan tambang RM10.00 ia merupakan pilihan terbaik berbanding bas ekspres yang boleh mencapai 4 jam sekiranya berlaku kesesakan jalanraya.

Tuesday, October 28, 2008

Pemilihan Tahunan Disokong!

Bernama.com, 27 Oktober, 2008 16:58 PM

Pemilihan Umno Setiap Tiga Tahun Sekali Perlu Dipinda Bagi Kawal Politik Wang, Kata Tajol Rosli

IPOH, 27 Okt (Bernama) -- Pemilihan Umno semua peringkat yang ketika ini dilakukan setiap tiga tahun sekali perlu dpinda bagi mengawal politik wang daripada berleluasa, kata Pengerusi Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.

Beliau berkata untuk itu, kaedah pemilihan seperti yang pernah diamalkan dahulu di mana pemilihan peringkat cawangan diadakan pada setiap tahun, pemilihan peringkat bahagian diadakan dua tahun sekali manakala peringkat Majlis Tertinggi (MT) setiap tiga tahun sekali, wajar dilaksanakan semula.

Bekas Menteri Besar Perak itu berkata melalui kaedah pemilihan sedemikian, calon-calon yang berhasrat bertanding dalam pemilihan parti perlu bergantung kepada keupayaannya untuk berinteraksi dengan anggota parti di peringkat akar umbi serta aktiviti yang dilaksanakan di peringkat tersebut.

"Sama ada kita menghadapi pilihan raya atau tidak, pemilihan di cawangan, bahagian dan MT mesti diteruskan. Kalau ini berlaku saya rasa dia akan mengurangkan tohmahan, bukan semua yang bertanding itu menggunakan wang... hanya segelintir sahaja," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Deepavali Pengerusi MIC Perak Datuk G. Rajoo di sini, Isnin.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebelum ini turut mengemukakan cadangan serupa bagi membolehkan anggota parti di peringkat akar umbi bergerak lebih aktif berbanding sekarang yang disifatnya sebagai lesu.

Sementara itu, Tajol Rosli menolak desas-desus terkini yang mengaitkan peningkatan jumlah pencalonan daripada Perak yang diterima Mohd Ali untuk jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti Mac ini disebabkan Umno Perak agak kecewa apabila Bahagian Pagoh tidak memberikan pencalonan kepada wakil Perak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi bertanding naib presiden.

Beliau sebaliknya menegaskan bahawa pencalonan yang telah dibuat merupakan pencalonan suara akar umbi kerana anggota-anggota Umno mengamalkan demokrasi sepenuhnya pada proses pencalonan untuk pemilihan parti kali ini.

Bahagian Pagoh yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin pada mesyuarat perwakilannya telah mencalonkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Datuk Mohd Shafie Apdal bagi jawatan naib presiden.

Mohd Ali yang hanya menerima satu pencalonan pada minggu pertama persidangan iaitu daripada Parit Buntar, menerima empat pencalonan lagi daripada Bukit Gantang, Ipoh Barat, Batu Gajah dan Tapah pada minggu kedua persidangan manakala persidangan minggu ketiga semalam menyaksikan Ali meraih tiga pencalonan daripada Kuala Kangsar, Parit dan Gopeng.

-- BERNAMA

Ulasan

Saya amat bersetuju dengan cadangan ini kerana dengan cara ini, mandat bagi ketua-ketua UMNO peringkat bawahan dapat diperbaharui setiap tahun dan kegagalan para ketua ini memimpin akan membolehkan peralihan kuasa peringkat cawangan berlaku tanpa menunggu satu jangkamasa yang lama. Akibat jangkamasa yang lama ini, ada para ketua cawangan yang hanya 'bekerja' apabila tibanya tahun yang mana ada pemilihan akan berlangsung.

Cadangan ini, sekiranya dilaksana, secara tidak langsung, akan membuatkan ketua-ketua cawangan dan ketua-ketua pemuda cawangan dipaksa untuk bekerja kepada penduduk di kawasan mereka dengan berkesan sepanjang masa dan dengan ini, UMNO akan lebih hampir kepada masyarakat.

Amat malang apabila UMNO hari ini dijawatankuasai oleh mereka-mereka yang syok sendiri. Yang semata-mata berkhidmat demi parti dan ahli dan bukannya demi masyarakat. Pintu bagaikan tertutup, majlis tari-menari pun bermula.

Lebih malang lagi apabila pucuk pimpinan cawangan, malah bahagian, dipilih dari golongan yang hanya pandai bercakap di dalam persidangan parti tetapi lari apabila terserempak dengan situasi yang memaksa mereka berhujah dengan parti lawan.

Bertambah malang pula apabila kebanyakan mereka memenangi jawatan berdasarkan pengaruh kepuakan yang seakan-akan kongsi gelap dan ini mengakibatkan pergerakan wang berlaku dengan banyak sekali.

Tiada yang lebih malang, ada juga Ketua Bahagian atau Ketua Pemuda Bahagian yang dipilih TIDAK MEMPUNYAI ILMU POLITIK yang mencukupi malah ada Ketua Pemuda Bahagian yang menang tidak langsung tahu untuk berbicara soal art of politic dan merebut jawatan tersebut mungkin kerana menganggap ianya sebagai singgahsana yang boleh dibanggakan.

Sunday, October 26, 2008

Tambun Calonkan Mukhriz!

Perwakilan Tambun telah bersidang pada hari Sabtu lepas, dan telah mencalonkan Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Razali Ibrahim dan mendapat laungan hebat sokongan dari para perwakilan.

Barisan AJK yang baru juga dilihat dibarisi oleh golongan yang muda dan energetic yang tidak kelihatan pun semasa saya mula menjadi perwakilan pada tahun 2000 dahulu.Walaupun saya telah lama dalam UMNO pada suatu masa dahulu, tetapi saya tidak sanggup lagi untuk bersama gerombolan Pemuda ini, terutamanya di tempat saya sendiri yang sebenarnya lebih mulia jika dibandingkan dengan Ipoh Barat ataupun Ipoh Timur kerana Tambun merupakan 'kubu' UMNO.

Kelmarin saya ke sana atas kapasiti penulis blog. Cukuplah tulisan saya di blog, di akhbar Utusan Malaysia dan di laman web Pemuda Malaysia yang menjadi platform manifestasi saya. Tidak guna cakap berdegor-degor di base sendiri tetapi perubahan langsung tidak ada, malah dijauhi golongan muda kerana sikap elitism yang ada.

Nasihat teman pada barisan AJK baru yang diketuai oleh Shamsul Zairel yang menggantikan sahabat saya, Nasir Ismail sebagai Ketua Pemuda, pergilah menuntut ilmu politik dengan menyelak buku peradaban dunia dan perhitungan politikus berkonspirasi. Tambahkan ilmu di dada kerana tidak guna miker bercakap berdegor-degor di dalam rumah sendiri, tetapi bila diluar, tiada apa yang mampu miker semua lakukan.

Para penulis blog, para pengguna dunia siber berhadapan tentangan. Tetapi komer, setakat bergegar rostrum dihadapan para ahli sendiri pun tak guna juga. Ayuh, buang teks komer kalau berucap. Jadilah pemimpin yang membawa isi hati komer terus ke telinga pendengar tanpa perantara kertas.

Friday, October 24, 2008

كيت ڤرماءينكن نام الله؟

بياساڽ كيت مڠهادڤ توليسن رومي. اڤاكتا ارتيكل اين دترجمهكن كڤد توليسن جاوي

كيت بياسا مڽبوت عبدالله احمد بادوي دڠن برباڬاي نام. ڤڠڬيلن يڠ بياسا دسبوت اياله ڤق له

اڤابيلا كيت باچ نام عبدالله دالم توليسن جاوي، بوكنكه له ايت مروڤاكن سرڤيهن دري نام الله؟

اڤابيلا تيمبول ڤراسان تيدق ڤواس هاتي ترهادڤ ڤق له، برباڬاي نام يڠ كورڠ اينق ددڠر تله دماءين-ماءينكن اوليه ڤڠكريتيك ڤوليتيك

ڤق له يڠ دأمبيل دري ڤڠهوجوڠ ڤركاتان عبدالله يڠ ممباوا مقصود ءهمبا اللهء دمانيڤولاسي مڠيكوت كهندق ڤارا ڤڠكريتيك سيسوك هاتي مريك

وجودله بودوهله للاه حيله دان برباڬاي لاڬي كات كجي سلڤس نام ڤق له يڠ تيدق سداڤ ددڠر

تيدق كه مريك يڠ براڬام اسلام تراس برساله اڤابيلا مڠمبيل سباهاڬين دري نام الله يڠ ترداڤت ڤد نام ڤق له ايت، لالو دڤرماءين-ماءينكن؟

فيكيرله سنديري

Sunday, October 19, 2008

جمبن سنديري تاهي برسيڤه

بيلا كيت دڤرلاكوكن دڠن هينا، سڤرتي سبواه بڠسا يڠ تيدق لايق برڬاول دڠن ڬولوڠن يڠ مڠهينا ايت، مڠاڤ كيت ڤرلو ترهيڬيه-هيڬيه ملتقكن مرواه كيت دكاكي مريك؟

ايتله اڤ يڠ دليهت اوليه اورڠ چينا هاري اين. مريك هاڽ نمڤق، لالو ترجريت-جريت مروين اڤابيلا مليهت كڽاتأن اورڠ ملايو يڠ برصفة ڤرقومان

تتاڤي مريك سنديري تاهو بهاوا كڽاتأن ڤرقومان دري قوم مريك كڤد قوم ملايو مروڤاكن داره داڬيڠ مريك

مريك تله لاما مڠوتوق، مڠهينا دان منچرچا بڠسا ملايو ملالوءي ايديتوريال اخبار مريك يڠ مان مريك تاهو، مريك بيبس بربوات دمكين كران تياد اورڠ ملايو يڠ اكن تاهو اكن ڤركارا ترسبوت

ماله مريك جوڬ ترڠ-ترڠ مڠهنتم قوم ملايو سچارا ملولو د كداي-كداي كوڤي سرتا مشوارت-مشوارت ڤرتي

اينله عقيبة اڤابيلا كيت تيدق ممهمي بهاس مريك سداڠكن مريك تاهو اڤ يڠ كيت ڤركاتاكن

جك اورڠ چينا ماهوكن اورڠ ملايو ممبواڠ صفة ڤرقومان يڠ سڠاج دوجودكن، مريك هاروس مڠوبه ديري مريك ترلبيه دهولو

جاڠن سڤرتي مڠوتوق جمبن اورڠ، جمبن سنديري تاهي برسيڤه

Friday, October 17, 2008

تولرنسي ماكن ديري؟

أورع حيندو دمليسيا تلح ممبينا 1 كويل أونتوق ستياف 149 فعانوت حيندو

أورع إسلام دمليسيا جوما ادا 1 مسحيد أونتوق ستياف 2300 اورع فعانوتث

إينيكه فقتا يع مريكا تيدق ماحو امبيل كيرا افابيلا معاتاكن كراجأن ممبطسكن فمبينأن كويل حيندو دنكارا ايني؟

جيكا أورع إسلام ماحو، فستي مريكا ماحوكن لبيه بثف لاكي كويل درونتوحكن

سيكف تولرنسي أورع إسلام دنكارا إيني سدع ماكن ديري

بريكوت كومين سأورع يع تيدق برنام
ا

" extinction will never come to racist people... extinction only will goes to bloody tolerance people.. "


إيا مباوا مقصود، كاوم يع ممفوثأي صفت فركاومن يع تبل تيدق اكن فوفوس ، تيدق سفرتي كاوم يع معاملكن تولرنسي ممبابي بوتا سفرتي افا يع دأجر كفد أورع إسلام دمليسيا حاري ايني

أورع حيندو دمليسيا سسوعكوهث فرلو دأجر أونتوق ديام

Tuesday, October 14, 2008

Kenyataan Bodoh : Melayu Itu Pendatang

Bukti dari Wikipedia yang menjadi rujukan seluruh dunia. Adakah fakta yang disediakan kepada 6,000 juta penduduk dunia ini adalah SALAH hanya kerana rasa tidak puas hati 11 juta penduduk bukan Bumiputra di Malaysia, lalu fakta ini perlu dipalsukan?

Bukan sahaja daratan dikenalpasti, pelantar di lautan juga di ambilkira. Ini bukanlah sesuatu yang direka-reka semata-mata. Adakah para chauvinist bukan Bumiputra di Malaysia BUTA atau BERHATI DURJA lalu menutup mata pada fakta sejarah?

Inilah KAWASAN MELAYU / DUNIA MELAYU / ZON PERADABAN MELAYU atau dengan kata lainnya, NUSANTARA yang telah dihakis oleh zaman dan penjajahan dari Utara termasuk bangsa Thai dan Viet yang berhijrah ke selatan dari kawasan yang kini terletak di CHINA sehingga NUSANTARA menjadi semakin mengecil. Hari ini, pendudukan orang Melayu di Semenanjung Malaysia dikecam oleh pendatang baru dari China yang ingin memadam lagi kawasan NUSANTARA dengan mendakwa orang Melayu adalah pendatang di Semenanjung. BODOH DAN BERNIAT JAHAT. Ianya umpama tindakan mengulangi sejarah perbuatan bangsa Thai dan Viet beratus tahun lalu.

Hanya kaum Cina dan India yang bodoh, yang membutakan mata dari sejarah dan CUBA MENGHASUT bangsa sendiri dengan fakta yang salah yang akan menyebut bahawa "Kaum Melayu Merupakan Pendatang Dari Kepulauan Melayu".

Tan Lian Hoe, bajingan dari Gerakan, turut memperlihatkan kebodohannya. Dan memalukan, ada juga Melayu yang bodoh sejarah, buta geografi dan berlagak seperti pandai lalu mengiyakan pendapat PENGACAU DAUN ini.

Lihat sendiri laman Wikipedia. Itulah maknanya Semenanjung Tanah Melayu atau maksud bahasa Inggerisnya 'MALAY PENINSULA'. Laman ini adalah laman rujukan seluruh dunia.

Jika mereka BUTA GEOGRAFI, jika mereka terlalu sepet untuk memerhati, biar saya terangkan : MALAY PENINSULA ialah jaluran tanah dari Utara ke Selatan, iaitu dari sekitar berhampiran BANGKOK hingga ke SINGAPURA. Itu yang termaktub dalam Atlas dunia. Ianya mempunyai latarbelakang sejarah hingga 2000 tahun.

Hakikatnya, lebih separuh dari 'MALAY PENINSULA' ini kini berada di dalam negara Thailand. Jika mereka menyembah dan menganut fahaman Barat mengenai demokrasi, mengenai liberalisma dan mengenai hak asasi, mengapa mereka MEMBUTAKAN MATA terhadap fakta sejarah yang dilakar oleh Barat sendiri.

Jangan di samakan dengan pendatang Cina yang baru tiba di sini kurang dari 150 tahun dan pendatang Tamil yang tiba di sini kurang dari 120 tahun.

Jika 2000 tahun bukan merupakan kayu ukur, bangsa Korea boleh dikira pendatang di Semenanjung Korea, bangsa Jepun tidak berhak atas pulau-pulau yang membina negara Jepun. Begitu juga Taiwan, negara itu milik kaum asli yang terpinggir di sudut ceruk pulau tersebut. Jadi, penghujungnya, kita akan kembali kepada frasa " KITA SEMUA PENDATANG" berdasarkan teori "JOURNEY OF MAN"

Tapi dengan menyebut Semenanjung Tanah Melayu sebagai bukan tanah asal orang Melayu adalah tindakan BODOH dan BERUNSUR JAHAT.

DIINGATKAN kepada kaum yang bukan berasal dari DUNIA MELAYU, AWASI mulut anda kerana anda hanya memperlihatkan kebodohan anda dengan mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan fakta dan menggunakannya untuk mencari pengaruh.

Tan Lian Hoe wajar didakwa kerana memanipulasi fakta sejarah Dunia dan menyembunyikan hakikat sebenar demi meraih sokongan SESETENGAH YANG BODOH dikalangan mereka. Akta Hasutan 1948 untuknya adalah wajar.

Saturday, October 11, 2008

Datukship: The Next Nomineee

Berikut nama mereka yang mungkin mempunyai peluang untuk dianugerahkan Datuk:

Datuk Jackie Chan
Memilih Malaysia sebagai lokasi penggambaran The Police Story III.

Datuk Lee Hom
Mempunyai peminat d kalangan gadis tidak kira bangsa di Malaysia.

Datuk Chow Yuen Fatt
Menjalani penggambaran Anna & The King di Malaysia

Datuk Melly Goeslaw
Peka dan turut menyumbang terhadap seni muzik di Malaysia

Datuk Aznil Nawawi
Mempunyai populariti sebagai pengacara paling lama bertahan.

Datuk Asmawi Ani (Mawi)
Membawa polemik besar terhadap industri muzik di Malaysia.

Datuk Klaus Meine (penyanyi Scorpion)
Sukakan negara Malaysia dan pernah memuji negara ini melantun-lantun.

Datuk Dr. Shaaribu Setev
Gula-gula untuk mententeramkan dan juga kerana memberi kerjasama untuk tidak memberi gangguan kepada proses perbicaraan pembunuhan anaknya.

Datuk Celine Dion
Berjaya membuat konsert di Kuala Lumpur akhirnya dan persembahannya di hadiri YDP Agong.

Datuk Saiful Bukhari Azlan
Berani tampil dan mendedahkah skandal liwat Anwar Ibrahim ke atasnya.

Selebihnya, anda tentukan.

Friday, October 10, 2008

Datukship: Anugerah Murahan ?

Utusan Online, 10/10/2008 5:17pm

Melaka anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan

MELAKA 10 Okt. - Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, esok. Dengan penganugerahan darjah DMSM itu, Shah Rukh Khan akan bergelar Datuk.- Utusan.

Ulasan

Datuk Shah Rukh Khan. Kelakar lah. Nak ketawa pun ada. Nak menangis pun ada. Apa dah jadi dengan darjah kebesaran yang satu ini? Tan Sri Khalil Yaakob minat Shah Rukh Khan ke? Atau terikut desakan isterinya yang menggilai Shah Rukh Khan? Atau ada pihak di pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka yang menjadi 'kipas-susah-mati' kepada Shah Rukh Khan?

Apa jasa Shah Rukh Khan kepada negeri Melaka? Apa jasa dia kepada Malaysia? Apa sumbangannya kepada industri filem tanah air? Apakah beliau membaikpulih moraliti remaja negara ini? Apakah kebaikan yang dibawakan oleh seorang Muslim yang telah mengaku murtad ini? Apakah beliau telah menasihati anak-anak gadis Melayu supaya berhenti menggilai artis Bollywood bagai nak rak?

Di mana kediaman Shah Rukh Khan di Malaysia? Batu Berendam? The Mines Resort City? Sejauh mana manfaat yang diberi kepada sosio ekonomi dan budaya negara ini? Apakah harum wangi yang disemai oleh Shah Rukh Khan ini?

Jika Siti Nurhaliza, boleh lah diterima walaupun pelik. Nicole David pun sepertinya juga. Lee Chong Wei? Silver medallist? Eww. Itu pun boleh? Lantak mereka. Mereka ada benda yang membuatkan rakyat Malaysia merasakan sebagai seorang rakyat biasa, aristokrat akan menghargai pencapaian yang dibawa.

Michelle Yeoh? Oh. Gadis itu kelahiran sini. Bersekolah di Ipoh. Sekarang dia dah besar, pergilah jauh-jauh mana kau nak pergi. Dan merata dunia, dia berbangga, dia dilahirkan di Malaysia.

Jimmy Choo mendapat gelaran Sir! Jangan dibandinglah siapa dia. Mencipta nama di UK, terkenal hingga Hollywood. Anugerah diterima di UK, layaklah sebab memang UK lah tempat dia mencipta nama. Yunus Rais dapat Sir? Yelah, dia kan pakar bahasa Inggeris di UK. Dan menetap di UK.

Tidak lupa juga, Datuk Jaafar, seorang datuk yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Taman Perpaduan. Dianugerah gelaran Sir kerana demi menyelamatkan pegawai British suatu masa dulu, bersepai bontotnya ditembak komunis.

DATUK SHAH RUKH KHAN? Alasan, memperkenalkan Malaysia dalam industri filem Bollywood dan membuatkan bilangan pelancong India meningkat. Bukti please...!!! Hari ini, gelaran Datuk tak bermakna lagi. Saiful Bukhari Azlan, siap sedia untuk menerima gelaran Datuk. Begitu juga 'padayyappa-padayyappa' yang menentang Hindraf.

Semoga akan tiba saat di mana orang menolak anugerah gelaran Datuk atas alasan " DAH BANYAK SANGAT LAH! Takde istimewa dah! "

Wednesday, October 08, 2008

PM Baru Mac 2009

Utusan Online, 08/10/2008 5:28pm

Abdullah tidak pertahan jawatan Presiden

KUALA LUMPUR 8 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Mac tahun depan. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. – Utusan.

Ulasan

Akhirnya, beliau mendengar keluhan rakyat bawahan bahawa beliau tidak diperlukan lagi. Beliau merupakan Presiden UMNO pertama yang memilih untuk berundur secara terhormat setelah didesak oleh akar umbi UMNO. Namun, sesuatu yang paling pasti, seandainya UMNO sendiri tidak berusaha untuk memurnikan parti tersebut dengan memilih pemimpin yang seharusnya, Perdana Menteri Malaysia seterusnya belum tentu lebih baik dari Pak Lah. Malah mungkin lebih teruk dari beliau. Apapun, masih terlalu awal untuk menilai.

Dan sebagai 'racun' yang mengiringi polemik tersebut, terduduklah pelabur yang melabur di BSKL

Last Updated: Wednesday ,October 08 2008 6:14 pm

Bursa Malaysia Summary

Composite: 970.19 (-27.04) -2.71%
Industrial: 2184.44 (-28.14) -1.27%


Volume: 6495668 lots
Gainers: 117
Losers: 605
Unchanged: 175

ISA : Siapa Yang Rugi?

Mengapa mereka menjerit untuk hapuskan ISA? Tahukah mereka bahawa dengan adanya ISA, keselamatan mereka terjamin? ISA juga merugikan chauvinist Melayu. ISA merugikan pembela-pembela Melayu. ISA turut akan dikenakan kepada puak Melayu anti pendatang luar Nusantara.

Dengan adanya ISA, chauvinist Melayu dididik untuk menghargai kepelbagaian, dan dibiar terevolusi dalam kemajmukan masyarakat di TANAH MELAYU ini menjadi sebuah negara ala-Amerika yang ditaja BRITISH bermula separuh kedua abad yang lepas.

Sekiranya ISA dihapuskan, apakah ianya menguntungkan pelampau Cina dan Hindu di Malaysia? Apakah jaminan kepada mereka bahawa tiada orang Melayu yang akan menyerang dengan fakta dan undang-undang tubuh negeri dan syariah lalu mempertikaikan hak mereka sebagai warganegara ini dengan bermati-matian mempertahankan bahawa kewarganegaraan mereka cuma diukur oleh quid pro quo hak keistimewaan Melayu berselit kata-kata yang lebih tajam dari apa yang mereka dapat dengar hari ini?

Barangkali, ISA perlu dihapuskan. Dengan itu sahaja akan bangunnya lebih ramai orang Melayu yang akan mengeluarkan lebih banyak kenyataan yang bukan hanya mengguris perasaan kaum lain, malah mencalar balarkan perasaan mereka.

Sesungguhnya penghapusan ISA hanya mendedahkan negara ini kepada keadaan kucar-kacir kerana ianya memberi peluang kepada pelampau Melayu untuk mengumpulkan tenaga dan menjalankan perang saraf di ruang siber dan media.

Kemudian, barulah mereka sedar, gading bertuah yang diidamkan hanyalah kayu reput yang tak berdaya menampung mereka untuk berpaut.

MAKA JANGANLAH DIPERBODOHKAN OLEH AHLI POLITIK YANG DIPIMPIN OLEH BAPA SEGALA PROPAGANDA yang hanya mempermainkan sentimen untuk meraih sokongan rakyat yang BODOH.

Anwar Tak Yakin Agenda Sendiri

Anwar Ibrahim menuduh Utusan Malaysia mengapi-apikan orang Melayu dalam isu Hindraf di Rumah Terbuka Kabinet Islam. Adakah Utusan Malaysia adalah satu-satunya media yang melaporkan isu ini? Orang Melayu di Malaysia bukannya sebodoh seperti yang Anwar Ibrahim sangka. Orang Melayu di Malaysia dapat membaca akhbar Inggeris yang turut melaporkan isu tersebut.

Mungkin Anwar yakin bahawa orang Melayu tidak terikut-ikut dengan kempennya memboikot Utusan Malaysia. Lalu dia dihantui laporan Utusan Malaysia tersebut. Jika dia tidak yakin bahawa orang Melayu menyokong kempen boikot Utusan Malaysia yang dijalankannya, dia menunjukkan bahawa dia sendiri TIDAK YAKIN propagandanya untuk menjadi Perdana Menteri, dipercayai oleh majoriti Orang Melayu.

Jika demikian, APA PERLU UNTUK ANWAR IBRAHIM MENERUSKAN PROPAGANDA yang tidak popular itu? Mungkin beliau menganggap keseluruhan orang Melayu adalah sebodoh penyembahnya? BELIAU SILAP. Beliau boleh menipu ketua sami beliau seperti HISHAMUDDIN RAIS dan RAJA PETRA. Tetapi hargailah kepelbagaian pendapat yang wujud di Malaysia. ISU HINDRAF DAN TAHANAN I.S.A yang dibela oleh beliau tidak disukai oleh orang Melayu.

ISA diperlukan di Malaysia.

Saturday, October 04, 2008

Jangan Biar Rakyat Bertindak

Kelembutan kerajaan pimpinan Pak Lah memang diketahui umum. Setegas manapun tindakannya, ianya dilabel sebagai tindakan paling lembik oleh pemimpin yang tidak tahu di manakah martabat bangsanya sendiri.




Setelah kejadian Hindraf berbuat kurang ajar pada hari raya pertama kelmarin, ramai orang Melayu terpaksa mengawal emosi mereka dan kebencian datang meluap-luap terhadap pelampau Hindu ini. Jika pelampau Hindu ini berbuat demikian di tanah air mereka sendiripun, nescaya bersepai otak dan misai mereka dikerjakan oleh umat Islam di sana. Tetapi, mereka mempergunakan sebaik mungkin sikap toleransi orang Melayu.

Amaran rakyat janganlah dipandang ringan oleh kerajaan. Ini kerana, jika kerajaan sendiri gagal bertindak untuk MENGHAPUSKAN pertubuhan haram memperjuangkan Hindu yang ditaja Parti Islam, Parti Liberal dan Parti Sosialis yang membentuk Pakatan Rakyat ini, kemungkinan besar, majoriti rakyat yang tidak gemar politik akan bangun di sana-sini dan meletakkan justifikasi di tangan mereka.