Thursday, February 05, 2009

Anwar Mahu Desak Sultan!

NST Online, 05.02.09 Thursday

IPOH, Thurs (5:10pm):

5:08pm: Pakatan Rakyat has decided to defy the Sultan of Perak's ruling that their Menteri Besar and his Exco resign following defections from their ranks to the Barisan Nasional that has compelled the collapse of the 11-month old state government. PR leaders have described the BN's coming into power as a "coup."

Pakatan Rakyat leaders are claiming that the alliance of DAP, PKR and Pas was still in power. The PR leaders also claimed that they have not received official notice to vacate the state government.

According to beleagured Menteri Besar Datuk Nizar Jamaluddin, PR leaders plan to seek another audience with Sultan Azlan Shah with a more persuasive argument that the Ruler dissolve the state assembly.

"Alternatively, if the Sultan refuses, then the PR will seek a special session of the State Legislative Assembly to be convened to table a vote of no-confidence against the new BN government," he said.

Meanwhile, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has an audience with Sultan Azlan at 6pm. Reports have spread that the new BN Menteri Besar will be sworn in at this time.

Ulasan

PR mahu mendesak Sultan Perak supaya berfikir sekali lagi. Saya tak berpendapat bahawa Sultan Perak memberi pandangan majoriti dalam suara Istana. Sudah tentulah Raja Nazrin, Raja Muda Perak yang terkenal adil, yang memberi pengaruh.

PR yang diketuai Anwar berpendapat, sekiranya Sultan tetap pendiriannya, PR akan mengadakan undi tidak percaya kepada kerajaan baru BN kerana menuduh ianya 'rampasan kuasa'. Dengan BN Campuran yang mempunyai 29 wakil Melayu dan 2 wakil Cina, Anwar menyeru tentangan ke atas tindakan MELAYU PERAK RAMPAS NEGERI DARI D.A.P.

Nampaknya kuasa Dewan Negeri hendak digunapakai. Adakah ia menyebelahi mereka? Hee Yit Fong, ADUN Jelapang yang menjadi faktor sasaran mereka.

Jika BN berjanji melantik wakil MCA dan MIC dalam barisan exco dua tiga kerat, BN Perak akan mendapat mandat yang lebih besar kerana ihsan mulia dan menunjukkan DAP adalah parti rasis.

4 comments:

PAPA GOMO said...

JAHANAM LAH KAU NUAR PELIWAT...

JANGAN BAGI MUKA DENGAN DAP KOMUNIS..

NI DENGAR KATA PAKATAN NAK BERDEMONTRASI KAT SULTAN PERAK PASAL ISU NI.

KURANG AJAR BETUL...

Taminsari said...

Salam Ipohmalay...

Beginikah yang dikatakan sebagai bakal calon PM Malaysia. Pernah menjadi Menteri Kewangan sehingga negara nyaris tidak menjadi muflis. Tidak kah " Raja Demotrasi " ini sedar tahun ini tahun apa..2009. Dunia sedang mengalami kemelesetan dan impak/tempiasnya dah dapat dirasai sekarang. Adakah Anuar dan Nizar tahu berapa ramaikah pekerja-pekerja yang sudah dibuang kerja dan kilang-kilang ditutup? Adakah Nizar pernah ambil tahu tentang ekonomi Perak sebelum ini? Mengapa Proton di anak tirikan padahal kilang Proton adalah di Tanjung Malim. Kalau Nizar dah tahu Proton di Tanjung Malim, mengapa memilih Toyota Camry. Adakah Nizar dan Khalid Ibrahim tahu akan situasi sebenar Proton sekarang ataupun tidak pernah ambil tahu? Adakah kedua-dua mereka ini tahu berapa ramai pekerja Proton akan diberhentikan nanti akibat kegawatan yang baru bermula sekarang?

Berbalik kepada keengganan Nizar hendak melepaskan jawatan dan ingkar perintah Paduka Sri Sultan Perak. Mengapa Nizar mahu menderhaka? Adakah Nizar sudah " besar kepala " sama seperti Karpal Singh yang mempertikaikan keputusan Sultan Perak tidak lama dahulu. Adakah anda lupa disaat itu Anwarlah yang membela Karpal Singh. Anda sebenarnya cuma MB bidang terjun sahaja kerana tidak ada calon dari PR yang layak. Tidakkah anda pernah berterima kasih kepada Paduka Seri Sultan Perak diatas perkenan duli Sultan Perak? Maka Sultan Perak pun ada hak untuk memecat memanda baginda jika baginda dapati tidak sesuai?

Ingatlah asal usul anda wahai Nizar. Ingat kata-kata abang sulung anda iaitu Fadhil Jamaluddin. Beliau mengatakan yang adiknya Mohd.Nizar bagaikan kacang lupakan kulit. Fadhil menganggap adiknya, Mohammad Nizar tidak layak menjadi menteri besar bagi kerajaan campuran Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang. Menurut beliau, sebagai seorang abang sulung, beliau amat berharap adiknya itu sedar tentang apa yang berlaku sekarang dan mengajaknya supaya merenung semula sejarah kehidupan silam mereka sekeluarga.

Kata beliau, sebagai seorang Islam, adiknya itu sepatutnya mengenang budi dan jasa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah membantu menyediakan pendidikan kepada adik beradiknya hingga ke pusat pengajian tinggi di luar negara. Katanya, tanpa bantuan biasiswa kerajaan BN yang memperjuangkan dasar pelajaran bagi membantu kaum Melayu, sudah tentu adiknya itu tidak mampu menjejakkan kaki ke menara gading.

''Kami daripada sebuah keluarga miskin dan bapa kami hanyalah seorang penoreh getah, jika tidak ada biasiswa yang disediakan kerajaan BN macam mana kami 14 beradik hendak bersekolah apatah lagi hendak masuk universiti di luar negara.
''Jika hendak kira pendapatan bapa sebagai penoreh getah yang mempunyai 14 orang anak memang sukar bagi kami untuk bersekolah tetapi alhamdulillah... 11 orang daripada adik beradik kami berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

Ingat Nizar. Jika pilihanraya diadakan sekali lagi di Perak dimasa kegawatan ekonomi sekarang, berapa juta lagi terpaksa dibelanjakan bagi menguruskan pilihanraya ini. Pekerja semakin ramai dibuang dan kilang juga semakin banyak yang akan ditutup. Alangkah baiknya jika wang itu digunakan untuk membantu pekerja-pekerja yang telah diberhentikan akibat kemelesetan ekonomi sekarang. Jangan fikir periuk nasi sendiri sahaja padahal ramai anak-anak negeri Perak masih lagi menganggur tanpa pekerjaan yang sepatutnya disediakan oleh kerajaan negeri Perak semasa anda memerintah.

Situasi anda samalah seperti apa yang berlaku kepada Anwar lebih sepuluh tahun yang lalu apabila beliau di pecat dari kabinet diatas salah laku rasuah kuasa dan seks sehinggalah terjadi reformasi besar-besaran di ibukota. Berapa banyak harta benda yang musnah? Adakah anda mahu atau berniat hendak melakukan yang sama dengan apa yang Anwar telah lakukan. Tidakkah anda pernah mengambil iktibar dengan peristiwa tersebut? Adakah anda dengan Anwar hendak melakukan sekali lagi di bandaraya Ipoh. Anda ( PAS ) sebenarnya salah memilih kawan? Anda harus mengakui hakikat ini.

Sudahlah Mohd.Nizar, kerajaan PR sudah hilang majoriti di DUN Perak. Hormatilah keputusan baginda Sultan Perak yang menolak anda sebagai memanda baginda. Terimalah kekalahan ini dengan tangan yang terbuka. Sesungguhnya anda sudah tidak diperlukan lagi sebagai Menteri Besar Perak.
Wallahuallam.

Taminsari

IPOH MALAY said...

saya amat bersetuju dengan pendapat saudara Taminsari

dhomirhahs said...

nampaknya doa orang-orang Pakatan Rakyat untuk tukar kerajaan telah termakbul , tahniah ..

Tahniah M.B ( bekas ) Nizar

Tahniah Penyokong P.R