Inilah suara majoriti yang dinafikan selama ini oleh penipuan kesepakatan Pakatan Rakyat di Perak selama 11 bulan yang mana peluang yang diberi oleh suara majoriti untuk gabungan kumpulan yang berpura-pura sepakat ini untuk memerintah telah disia-siakan dengan kontroversi yang pelbagai.
Penulis melintasi kediaman MB Perak pada jam 2.00 pagi tadi. Kelihatan beberapa orang petugas Unit Amal PAS sedang 'berkawal' dipintu masuk.
Kemudian beberapa kereta melintasi hadapan mereka dengan laungan "DAULAT TUANKU". Mereka hanya mampu mengangkat tangan. Ada yang melaung sindiran " DEMI KARPAL SINGH!" dan ada yang menjerit "BALIKLAH JAGA ANAK BINI".
Penulis kasihan melihat mereka berembun mempertahankan MB yang telah dibatalkan jawatannya oleh Sultan. Tiada Cina, tiada India di situ. Semata-mata Melayu Islam berlebai berkopiah.
Bila ditanya seorang apek, jawabnya " Itu sultan sudah sack. Tak boleh cakap apa lor." Tetapi Melayu juga yang beria-ia menyembah derhaka mengutuk sultan di internet.
Selama mana mereka akan bertahan. Selama mana Nizar mahu berkeras kepala? Majoriti yang berhak semakin bersuara. Penduduk Ipoh jemu melihat drama mereka. Adakah mereka menunggu dibaling selipar.
Mereka dibelenggu emosi yang menafikan hakikat. Sedangkan penduduk Ipoh meneruskan aktiviti seperti biasa. Bersiar-siar di pasar Gerbang Malam, menonton wayang dan berjogging di Padang Polo, bersantai di kedai mamak hingga dinihari bergelak ketawa, seperti tidak ada apa yang berlaku.
Mereka seolah-olah menunjukkan luahan hati bahawa "akhirnya, runtuh juga kerajaan eksperimen yang gagal ini.. lebih baik layan mereka seperti tiada."
15 comments:
buat tak tau je kat depa.padan muka!
Maklum balasa yang anda berikan amat menarik. Saya paste perangkaan mengenai jumlah undi diperoleh BN dan parti-parti di bawah Pakatan Rakyat di dalam blog saya.
Good luck
Owh macam ni rupanya...boleh la UMNO wat pilihanraya balik nih.
Tapi asal die tanak propose kat sultan soh wat pilihanraya balik??
confius2
ker mmg melayu umno pondan,pandai buat taik, kasi sultan tanggung.
Malu lah beb
tak payah buat pilihanraya..
kalau PR ada 30 org yg akan lompat masuk kandang depa, depa pun tak akan buat pilihanraya
dah tau dah taktik menipu pauk PR ni
Kalau tuhan kata jadi, maka jadilah ia.
Sdr PerakMalay
Mohon izin untuk paste pie-graph tuan utk letak diblog saya. Tk
menteri besar perak yg baru ni melayu ke india ? kat tv ada tunjuk dia sama-sama sambut taipusam.
08/02/2009 2:02pm
IPOH 8 Feb. — Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini berkata terpulang kepada pengerusi DAP Karpal Singh berhubung cadangannya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
“(Mengenai tindakan) Karpal Singh itu saya tidak tahu dan itu terpulang kepadanya,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Kuil Kallumai Arul Subramaniar di kawasan batu kapur Gunung Cheroh di sini.
*Seseorang yang 'dianggap' atau 'menganggap' dirinya pemimpin mestilah menunjukkan dirinya dikhalayak... dala m kes ni... merujuk kepada Ramlan 14:20.... NIZAR PUN HINDU GAK KE?
cakap jangan maca orang tak sekolah...
UMNO terima keputusan sultan...
bubar maka bubar.. tak bubar maka tak bubar..
UMNO lahir dulu ke sultan lahir dulu?
cakap jgn emo la wei.. ko rakyat mana hah.. tengok IC...
menyemak kat negeri Perak..
Pakatan Rasuah (PR)
Parti Kuat Rasuah (PKR)
Haru-Biru Untuk Malaysia (Harapan Baru Untuk Malaysia)
Gunakan slogan ini untuk mereka!
www.permatangpauh2u.com
Biarlah Nizar nk duk dalam rumah menteri besar tu. dia bkn ada rumah, kesianlah kt dia. kalo fakir miskin leh bg rumah PPRT, apa salahnya bg bekas MB duk rumah MB.. kira pejam mata je la, biarkan dia, asalkan dia dan anak isteri dia gembira.. kalo kt anak2 palestin kita leh derma, tkan dkt nizar anak penoreh getah yg berpelajaran tinggi dan bekas jurutera kita nk berkira..
nak ckap pun x slah..
x ckap pun slah..
dulu kt sekolah,kalau cikgu pangkah tandanya salah,x betol..
bila x besar,cukop umur..di surohnya pangkah,katanya betol, untuk ugama,bangsa dan negara katanya...
kalau org angkat diri,dicakap bongkak dan riak..
dlm demokrasi,angkat diri dikata tindakan bijak...
nak gelak sat...
keh keh kehhhhhhh...
Umno: Dulu menderhaka kini taat setia
Posted on Tuesday, February 10 @ 10:58:44 MYT by Paktam
Oleh Ahmad Tajdid
Malaysiakini melaporkan hampir seribu orang ahli pemuda Umno dan pertubuhan bukan kerajaan berkumpul di Padang Majlis Bandaraya Ipoh di Jalan Sultan Abdul Jalil dalam apa yang didakwa sebagai perhimpunan menyokong Sultan Perak.
Utusan Malaysia yang dimiliki Umno dan Bernama yang diterajui Dato' Seri Anuar Zaini (yang diketahui peranannya dalam pergolakan politik Perak) mendakwa perhimpunan itu dihadiri lebih 5,000 rakyat pelbagai kaum.
'Perhimpunan haram' yang berlangsung selama satu setengah jam itu tidak diganggu polis. Malah demonstrasi jalanan itu diadakan hanya beberapa hari selepas beberapa pemimpin Umno mendakwa BN tidak akan menggunakan kaedah 'demonstrasi jalanan' bagi menyelesaikan krisis politik yang berlaku di Perak.
Seperti biasa, orang yang menjadi hero kepada bantahan anjuran gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro-Umno negeri ini bersama BN Perak ialah Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. Khairy disertai Ketua Pemuda Umno Perak, Zainol Padzi Paharuddin dan Ketua Pemuda MIC, G. Shamugavelu.
Pemimpin Umno dan BN yang berucap pada 'perhimpunan haram' itu mendesak supaya tindakan diambil terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh yang dilaporkan menyatakan hasratnya menyaman Sultan Azlan Shah.
Mereka turut mendesak bekas Menteri Besar, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya menghentikan segala tindak-tanduk 'menderhakai' titah Sultan Perak.
Drama itu disudahi kemuncak dengan gimik kesediaan berarak ke kediaman rasmi MB Perak bagi 'menghalau' Mohammad Nizar dari situ.
Malah Khairy seperti kebiasaan beretorik kononnya pemuda Umno akan menghalang percubaan Nizar dan anggota exconya untuk ke pejabat mereka di Bangunan SUK Perak.
Khairy juga berikrar untuk kononnya mempertahankan institusi beraja hingga 'ketitisan darah yang terakhir'.
Begitulah hebatnya Khairy dan Pemuda Umno beretorik. Seperti merekalah orang yang paling layak mempertahankan Raja-raja Melayu.
Cuma kita ingin bertanya, jika keengganan Nizar untuk melepaskan jawatannya sebagai MB dianggap 'menderhaka' kepada sultan, bagaimana pula dengan keengganan pemimpin Umno Perlis dan Terengganu, Dato' Seri Shahidan Kassim dan Dato' Seri Idris Jusoh mentaati perintah Raja dan Sultan, 10 bulan lalu?
Pastinya kita masih belum lupa bagaimana Shahidan dan Idris dengan sokongan Umno Pusat khususnya Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi membantah calon MB istana.
Malah perhimpunan membantah keputusan istana diadakan di dua negeri terbabit selama beberapa hari. Di Terengganu, satu sepanduk yang dibawa penyokong Idris yang juga Ketua Perhubungan Umno negeri menyifatkan istana sebagai 'natang' (binatang).
Selantang-lantang Karpal Singh tidak sampai ke peringkat menyamakan istana dengan haiwan.
Mengapakah pada waktu itu tiada istilah 'derhaka' terkeluar daripada mulut pemuda Umno, apatah lagi yang menyokong tindakan derhaka itu tidak lain tidak bukan ialah Presiden Umno yang juga bapa mentua Khairy!
Sejarah negara juga memperlihatkan bagaimana institusi istana pernah dipijak dan dihina Umno. Lihat sajalah krisis Perlembagaan yang berlaku pada 1983 apabila perhimpunan-perhimpunan besar dianjurkan Umno untuk berhadapan pihak istana.
Bagaimana pula dengan episod pindaan Perlembagaan bagi menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu pada awal dekad 90-an. Bukankah Utusan Malaysia, akhbar yang dimiliki Umno telah menerajui kempen menghina Raja-raja Melayu pada waktu itu?
Setelah sepuluh bulan episod penderhakaan berlaku di Perlis dan Terengganu, tiada sebarang tindakan diambil oleh Umno untuk menghukum sipenderhaka. Shahidan terus kekal sebagai Ketua Perhubungan Umno negeri walaupun terlepas jawatan Menteri Besar.
Idris Jusoh diberi habuan sebagai Pengerusi MARA manakala sebahagian Adun Umno Terengganu yang bersama Adun Ajil, Rosol Wahid membantah calon MB pilihan istana, kini menjawat Exco Kerajaan Negeri.
Jelaslah bahawa Umno sebenarnya 'parti munafik' yang memperalatkan istana. Ketika kedudukan Umno dan BN kukuh, istana diinjak-injak golongan penderhaka ini. Apabila pengaruh Umno mula pudar dan orang Melayu mula meninggalkan parti yang dipenuhi kurap rasuah dan penyelewengan itu, Umno cuba berselindung di sebalik pagar istana dan berpura-pura menjadi pembela institusi Raja.
Jika para pemimpin Umno menganggap hasrat Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak sebagai 'menderhaka', apakah gelaran paling layak untuk diberi kepada Umno yang bertanggung jawab menghapuskan imuniti Raja-raja dan membolehkan mereka disaman di mahkamah terbuka? _
wo.. kena ingat sikit ye...
bukan UMNO yang cuba menderhaka kepada Sultan-Sultan bila krisis perlembagaan 1994 dahulu. Anda semua kena INGAT,
Tahun 1994, ketika itu siapa Timbalan PM? Anwar Ibrahim, dialah yang membawa usul meminda perlembagaan ini di Parlimen, maka orang UMNO yang lain berkemungkinan dipaksa mengikut ataupun terpaksa mengikut kerana ketika itu memang isu raja-raja yang buat salah memang hebat.
Yang jadi masalahnya kenapa raja-raja itu sendiri yang bertindak di luar batas? Di Perak, bukannya raja bertindak luar batas. Kena pandai bezakan itu ye..
Kalau raja-raja sendiri faham akan imuniti dirinya, sepatutnya raja itu tidak patut melakukan kesalahan yang berat.
Betul tu aL-MaRBaWi. Masa tu heboh kes jurulatih hoki kena belasah dengan anak raja dan beberapa kes yang lain. Masa tu Nuar brahim timbalan presiden Umno kan?
Post a Comment