Saturday, February 07, 2009

Perak : Tumbangnya Kerajaan Pendusta

Ipoh tenang. Perak tenteram. Yang tinggal hanyalah pembuat kacau yang diimport dan puak-puak yang segelintir meneruskan fitnah dan tohmah bertopengkan kuasa rakyat di internet.

Ketenteraman Ipoh menunjukkan suara majoriti yang sebenar. Suara yang menolak politik ala Anwar yang menggunakan PAS dan DAP. Politik ala Karpal Singh yang mempergunakan PAS dan PKR. Politik ala PAS yang DIPERGUNAKAN PKR dan DAP.

404,106 undi. Itu yang perlu saya ulang berkali-kali. 404,106 undi yang bersatu dibawah satu bumbung telah 10 bulan dinafikan suara mereka oleh undi-undi yang dipaksa bergabung walhal mereka akui, haluan mereka berbeza.

Tiada orang PAS mengundi PAS untuk 'menentang negara Islam'. Tiada orang DAP mengundi DAP untuk 'menegakkan negara dan undang-undang Islam'. Tetapi mereka membohong rakyat yang bersatu ini dan mewujudkan kerajaan 'lackadasical'.

404,106 undi ini jauh terlalu besar berbanding undi bagi DAP atas manifestonya, undi bagi PAS atas manifestonya dan PKR atas manifestonya. Tetapi demi kuasa, mereka menggunakan kelicikan mereka untuk bersatu dalam hakikat setiap mereka tidak pernah menyatu.

Tetapi hari ini suara 404,106 undi ini telah dikembalikan ke tempat asalnya. Kemenangan telah datang bagi yang berhak.

Selepas permainan lompat parti memakan diri, kali ini, permainan 'suara rakyat' pula memakan diri mereka. Siapa yang menipu demi kuasa? BN atau mereka?

Rakyat Perak jangan ditipu. Inilah hukuman sewajarnya bagi kerajaan penipu. Arahan Sultan jangan disanggah.

3 comments:

Tok Pawi said...

Jangan lupa 300,000 yang tidak keluar mengundi adakah mereka sokong kelompok "rakyat" yang menderhaka? Daripada 10 orang yang aku jumpa, semuanya menyesal tidak keluar mengundi kerana kata mereka, kalaulah mereka keluar mengundi, BN tentu tak hilang kuasa.

Panglima Perang Cyber said...

itulah yang dirasai oleh DYMM Sultan Perak.

Pakatan mengkomuniskan rakyat sudah gugur dan tahniah kepada DYMM Sultan atas perkenan memecat Nizar yang sudah hilang kelayakan menjadi MB lantaran hilang majoriti.

Kita telah berjaya dan moga pengkhianat akan segera diusir dari negara kita.

Takbir!!!

hangjebat said...

DAULAT TUANKU.....patik-patik tetap setia bersama Duli Tuanku...