Monday, February 02, 2009

Punca PKR Menang Di 2 DUN Kontroversi Dalam PRU12 - Malaysiakini

CHANGKAT JERING

Mohd Osman Jailu menang di DUN Changkat Jering adalah kerana faktor kertas undi Parlimen itu sendiri kerana sokongan bagi kerusi Parlimen cenderung memihak kepada PAS.Sebab apa? Sebab parlimen yang dipinjamkan kepada Gerakan selama 1 penggal dan disandang Tan Lian Hoe (mulut cabul tu..) diambil balik oleh UMNO. Nanti, bukan UMNO faktornya. Faktornya ialah, UMNO meletakkan Abdul Azim Mohd Zabidi sebagai calon mereka.Bagaimana Ketua Bahagian UMNO Bukit Bintang dan Bendahari UMNO Wilayah Perseketuan yang cadangnya hendak diletakkan bertanding di Putrajaya menggantikan Tengku Adnan Mansor itu boleh terlepas ke sana? Bagaimana UMNO Pusat tidak sensitif terhadap perasaan ahli UMNO Bukit Gantang? Akhirnya, pembangkang menang. Yang jadi mangsa, Mat Isa Ismail, Speaker DUN Perak ketika itu yang bertanding di Changkat Jering. Mendapat ler komer.


BEHRANG

Jamaluddin Radzi pula, walaupun bekas posmen, mampu menang di kerusi DUN Behrang. Sebab apa? Sedah tentu sebab faktor dia adalah Melayu. Selepas isu Hindraf kira-kira 3 bulan sebelum PRU12, Jamaluddin pasti mampu mendapat hasil dari penyokong India yang tergila-gilakan mainan politik Anwar dan dari penyokong Melayu tegar yang enggan memilih wakil rakyat MIC kesan dari isu Hindraf sedangkan Ong Ka Chuan yang bertanding di kerusi Parlimen Tanjong Malim, menang.Ini bermakna, Jamaluddin memenangi kerusi Behrang bukan kerana faktor PKR. Andainya UMNO yang bertanding di DUN Behrang, ada kemungkinan BN mampu memenangi kerusi tersebut kerana satu lagi DUN di dalam Parlimen Tanjong Malim yakni DUN Slim, Dimenangi Mohd Khusairi Abdul Talib dari UMNO dengan majoriti 3,526 undi mengalahkan calon PAS. Satu majoriti besar buat DUN yang mempunyai 13,321 pemilih!


RUMUSAN

DUN Hulu Kinta yang penuh dengan penyokong PAS pun boleh dimenangi oleh Ketua Wanita UMNO Tanjong Malim walaupun ramai orang UMNO sendiri tak berkenan. Sebab apa? Sebab PKR meletakkan calon India untuk bertanding di DUN yang mempunyai 61.5% pengundi Melayu.Pelajarilah kesilapan. Jangan main letak calon ikut suka. Pemerintah memerintah mengikut citarasa rakyat. Bukan rakyat yang terpaksa mengikut citarasa pemerintah. Jangan jadi PAKATAN RAKYAT yang memerintah mengikut suka hati mak bapak mereka hanya kerana mereka memakai perkataan 'rakyat'.


ARTIKEL TIDAK DISIARKAN KERANA BLOG INI TELAH DI BLOCK DI MALAYSIAKINI !

Demokrasi terpimpin katenyerr.. he he he.. bigo !

1 comment:

IPOH MALAY said...

Tagline Malaysiakini :

" Only lies & slanders that matter "

hehehe..