Thursday, August 27, 2009

Semakin Ramai Cina Tak Tahu Berbahasa Melayu!

Satu ketika, di zaman pertengahan di antara tahun negara mencapai kemerdekaan hingga hari ini, tahap perpaduan kaum di negara ini boleh dibanggakan. Murid-murid Cina berlumba-lumba memasuki sekolah kebangsaan dan ramai sudah pandai berpantun dan bersajak.

Hari ini, keadaan menjadi buruk. Seolah-olah kaum Cina di negara ini baru tiba dari tanah Tongsan. Penulis berhadapan dengan banyak keadaan di mana orang Cina tidak faham bahasa Melayu. Terlalu banyak Cina yang terpinga-pinga apabila ditanya soalan dalam Bahasa Malaysia. Penulis yang memahami beberapa kerat bahasa Kantonis turut kecewa apabila mereka ini memerlukan 'jurubahasa' dikalangan kaum mereka setelah mereka berkata " hoi kong meh aa " yang bermaksuud " apa dia kata? " pada rakan mereka yang lebih tahu. Rakannya pula membantu berbahasa Melayu dalam tunggang langgang.

Inilah hasilnya apabila sekolah-sekolah vernakular di negara ini terlalu diperkasakan. Bayangkan satu hari nanti apabila 60% penduduk Cina negara ini tidak lagi mampu menguasai bahasa Melayu dengan baik tetapi pada masa yang sama menuntut jawatan dalam perkhidmatan awam.

Apakah kerajaan akan mula mencetak Perintah-perintah Am dan Pekeliling-Pekeliling dalam bahasa Cina? Apakah negara ini akan dicinakan akhirnya? Pada ketika negara ini hanya mempunyai 25% penduduk Cina, Kerajaan akan akhirnya terlalu menuruti kehendak minoriti ini secara melampau.

Jika mereka ini tidak diberikan tempat dalam perkhidmatan awam atas sebab buruknya penguasaan bahasa kebangsaan mereka, bayangkanlah apa tindakan parti chauvinist Cina yang mereka sokong. Lebih malang, parti ini disokong pula oleh sebilangan Melayu tidak sedar diri.

Akhirnya, negara ini akan hilang jati dirinya dek kerana terlampau 'baik hati' terhadap bangsa penghijrah. Umpama pohon hujan yang ditumpang pepohon parasit, lambat laun, dahan yang perkasa pasti mereput dan patah gugur apabila ditiup angin kencang.

Zaman di mana murid-murid Cina menghafal lagu "Malaysia Oh Tanahairku", "Bahtera Merdeka" dan "Malaysia Berjaya" sudah berlalu. Mereka kini rakyat Malaysia yang tidak ada nilai kebangsaan.

9 comments:

Anonymous said...

Apabila di sekolah-sekolah kebangsaan dan universiti lebih mengutamakan bahasa Ingeris berbanding bahasa Melayu sendiri sudah tentu bangsa lain akan melihat bahawa bahasa Melayu sudah tidak penting.

Begitu juga dengan rancangan-rancangan tv tempatan yang menggunakan penyampaian dalam bahasa Ingeris. Ini diburukkan lagi dengan seminar/sidang akhbar yang mana menteri sendiri lebih mengutamakan bahasa Ingeris.

Bahasa Melayu sekarang ini kalau kita lihat dah jadi macam bahasa kedua.

Inilah padahnya ababila kita lebih mengutamakan bahasa Ingeris.

Orix Concepts said...

Kome Anon 11:36 adalah komen kurang cerdik. Nak ulas dan bagi penerangan kepada dia pun buang masa sebab tujuan dia hendak membangkang saja.

Ipohmalay, saya minta izin linkkan post ini di Facebook saya.

AnakWarisan said...

Di Amerika dan Britain orang cina fasih cakap bahasa english sebab mereka sedar mereka bertuankan orang putih.Tapi aneh di malaysia terjadi di sebaliknya pulak.Walau macammana pun kita orang melayu wajib berterima kasih pada UMNO.Kerana UMNO telah berjaya memperbodohkkan bangsa melayu dengan gula2 UMNO membela melayu.Sekarang siapa yang bertuankan siapa di malaysia?maaf kerana lancang berkata2 di bulan puasa.salam.

Anonymous said...

Anon 11:36,

Bukan nya akibat menggunakan Bahasa Inggeris. Akibat dasar sekolah vernakular "Jenis Kebangsaan" yang membenarkan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa penghantar di sekolah2, saperti Ipoh Malay kata di rencana nya. Di sekolah2 saperti itu kanak2biasa nya tidak bercampur dengan kaum lain dan bertutur dalam bahasa mereka sahaja.

Bahasa Inggeris ia lah bahasa antarabangsa yang di gunakan di banyak negara di dunia. Bahasa Mandarin ia lah Bahasa Resmi People's Republic of China. Ia bukan pun bahasa ibunda kaum Cina di Malaysia; kaum Cina di negara ini tidak menggunakan Mandarin bila bercakap di rumah dan di tempat kerja. Bahasa Tamil ia lah Bahasa Resmi Tamil Nadu, satu negeri di selatan negara India. Mandarin dan Tamil tidak boleh di gunakan bagi urusan resmi di Malaysia yang Bahasa Resmi nya ia lah Bahasa Melayu. Sekolah2 ada lah urusan resmi.

Kumpulan Blogging Demi Negara telah mengeluarkan cadangan Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) supaya di adakan satu sekolah dalam satu bahasa penghantar (Bahasa Kebangsaan) dan satu korikulum sahaja. Sila lah baca cadangan mereka di Demi Negara blog.

Anonymous said...

Sdr Ipoh Malay,

Saya merasa bangga fan mengalu2kan pendirian anda berkenaan Bahasa Melayu, Bahasa Resmi, Bahasa Kebangsaan kita.

Saya, dengan hormat nya, mencadangakn Sdr bambangkan lencana SSS di blog Sdr sebagai tanda sokongan kapada cadangan memperagungkan Bahasa itu melalui Satu Sekolah dan meresapkan sistem sekolah vernakular ke dalam sistem Sekolah Kebangsaan yang ada sekarang.

Timbul nya pendirian mereka saperti itu ada lah berpunca dari pendirian yang tidak menghargai hal bahawa pemimpin Melayu sabelom Merdeka telah bersetuju mereka di beri kerakyatan negara ini salepas Merdeka.

Sabenar nya, mereka tidak menunjukkan ta'at setia kapada negara yang mereka mahu menjadi rakyat nya. Di mana mana pun, ta'at setia kapada negara di ukur dari penghormatan kapada dan kesanggupan mengikuti Perlembagaan negara. Kedudukan Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia tertera sebagai Bahasa Resmi di dalam Perlembagaan kita.

Hujjah mengatakan sekolah vernakular sudah ada sejak salepas Merdeka tidak boleh di pakai. Sekarang 52 tahun salepas Merdeka mereka tidak sedar lagi, tidak mahu berganjak pendirian dan masih mahu pegang kapada bahasa yang bukan pun bahasa bertutur harian mereka. Ini lah masaelah nya.

Perasaan perkauman semangkin meningkat sekarang. Kita semua mesti mencari jalan untuk mengurangkan jurang perkauman. Satu cara yang paling baik ia lah melalui Satu Sekolah Untuk Semua. Memupuk dan membendong pendirian rakyat sejak di bangku sekolah, melentur di masa rebong. Walau pun hasil nya lambat di lihat, hakikat perlu nya di lakukan ada lah nyata.

Salam bahagia.

fast-easy-weight-loss-for-teens said...

Saya setuju ngan anakwarisan.

"Walau macammana pun kita orang melayu wajib berterima kasih pada UMNO.Kerana UMNO telah berjaya memperbodohkkan bangsa melayu dengan gula2 UMNO membela melayu.Sekarang siapa yang bertuankan siapa di malaysia?"

Ngape x kita buat macam kat kelantan? cina kelantan cakap kelantan.

Sori. saya bukan sokong mana2 pihak. tapi saya nakkan supaya bangsa melayu maju dan bersatupadu di bumi melayu sebab sekarang ni melayu nak hidup kat malaysia pun payah. rata2 orang boleh hidup cukup makan pasal kerja ngan kerajaan. kalau berniaga, kena tindas ngan bangsa lain le jawabnya.

Anonymous said...

DAPSY MAhu KONGSI RAYA (SELANGOR)
DAPSY tak MAHU KONGSI KUASA PPINANG

Teman rase kalu berita DAPSY tak mau kongsi kuasa (kongsi raya nak...nanti ade cite kat bawah ni)
di war war kan kapada ORANG KETURUNAN MELAYU di Kawasan Ampang Selangor dan Cheras,tak jadi apa ape jadi malahan di sambut dengan kata kata tak percaya.
Pada 27hb Sept DAP Teratai dan DAP Cheras KONGSI RAYA pakai duit Kerajaan selangor,dan anjur kan kempen ajak orang Melayu masuk jadi ahli istimewa Seksyen Melayu.
Orang Melayu pun masuk dan mungkin bilangan nya ramai.
Pada saya ini adelah:
1.Sapertimana di Pulau Singa pada tahun 1965 ramai Melayu masuk PAP, kerana ade pemimpin Melayu yang berkarisma. dll...dan juga untuk "survival"... ta de kerja ketika dan zaman itu.
2.Sapertimana di Afghanistan sekumpulan evangelis dari Jepun bagi pertolongan kpd orang afghanistan dengan makanan pakaian dan dlll dan minta Afgan tu masuk kristian.
3.Sapertimana misonary kristian masuk dalam hutan dan kampung Orang asli dan bagi bantuan dan ajak masuk kristian.
4.sapertimana Pati Kominis Malaya tubuh kan Rejimen dan seksyen Melayu 1948 1965.
Pade say tak terperanjat orang Melayu mahu dan rela juga bolih masuk DAP sebab:
1.Penceramah dalam tazkirah Jumaat di Ubuddiah ade sebut bahawa 500,000 Melayu sudah murtad dan tunggu dapat tukar nama di MYKAD ala Lina JOY(bila tahun tak tahu dan Nauzubillaah).
2.Melayu dah nampak pati pas baik ngan DAP,dan DAp peluk peluk ngan pat.(tak haram kut)
3.Naluri Melayu senang di pujuk olih bangsa Cina,terus cair,cepat makan budi,cepat nak balas ngan bodi kpd cina.
4.Naluri Melayu cepat kembang dan besar hati kena jack sikit,bagi pangkat dah kira lagi baik dari UMNO konon nya....
5.Mungkin Mealayu Ampang dan Cheras ,Mereka ni pernah di sisih dan di pinggir (atas alasan dan sebab tertentu ,cari aje ,tak susah)olih UMNO, maka masuk DAP ade power kat Teratai dan Cheras dan bolih dabik dada.
6.Dan sifat Melayu berdendam dan hati kurang Iman,membara nak balas balik...kalu aku jadi.... aku nak tibai.... betul betul..
Pembaca bolih lah ulasan yang banyak dan lebih bernas ...,
saya setakat kongsi pengelaman dengan taktik PAP, ya PAP secara dekat,gaya PAP (sini DAP) tarik Melayu kawasan bandar memang sama ngan zaman 1963 1965.
Tapi ade kebaikan kalu dah masuk, dah "turnover" "make over" bolih jadi kuda "trojan"atau "mole"..
Kapada Melayu Ampang dan Cheras yang dah masuk DAP, saya cadangkan anda semua belajar Bahase Mandarin dan tulisan Mandarin dan juga antar anak anak ke sekolah cina, baru lah dapat manafaat sepenuhnya di dunia Selangor.Belajaw cakap kantonis pun ok,banyak wayang drama Kantonis di TV.
Satu aje,tak payah kempen dan Dakwah kpd Jenise dan Teresa,dia orang dah lama jadi anak murid pati pas.
Nanti anda kena sebiji ayat ...
atau dua ....
changkat lobak.
arjuna waspada.

Anonymous said...

Hendak seribu daya. Kalau benar-benar hendak mengatasi isu bahasa dan negara sebegini, ia memerlukan warga yang berjiwa besar. Jika tidak sampai kiamat pun tak ke mana. Termudah, wajibkan sahaja setiap warga menggunakan nama yang bercirikan Malaysia (Melayu) seperti mana dilaksanakan oleh Indonesia dan Thailand. Hapuskan seperti Dong Zong Zong, atau Ting Tiong Lai.

Anonymous said...

Hendak seribu daya. Kalau benar-benar hendak mengatasi isu bahasa dan negara sebegini, ia memerlukan warga yang berjiwa besar. Jika tidak sampai kiamat pun tak ke mana. Termudah, wajibkan sahaja setiap warga menggunakan nama yang bercirikan Malaysia (Melayu) seperti mana dilaksanakan oleh Indonesia dan Thailand. Hapuskan seperti Dong Zong Zong, atau Ting Tiong Lai.