Wednesday, March 31, 2010

Sidang DUN Perak Dicemar Puak "Sekolah Jahat"

English version attached below

Sidang DUN Perak yang berlangsung pagi tadi kecoh apabila kesemua 28 wakil rakyat pembangkang bersikap luar profesionalisma mereka sebagai wakil rakyat, lalu menjadi wakil diri sendiri dalam agenda mencerca pemerintah yang juga diundi oleh separuh lagi rakyat.

Kepala boneka, Nizar Jamaluddin yang menyuarakan bantahan dari suara Nga dan Ngeh, mengambil jalan "sekolah budak jahat" dengan menganggap bahawa kemeriahan cuma ada apabila provokasi bodoh dibuat.

Akhirnya mereka keluar Dewan dan sidang petang ini telah cacat akibat tindakan keluar Dewan oleh wakil rakyat bodoh dari Pakatan Rakyat yang tidak langsung menggambarkan mereka adalah wakil kepada rakyat yang mengundi mereka kerana permasalahan di kawasan mereka itu dianggap 'normal-grouses' atau rungutan biasa.

Semalam Ngeh Koo Ham dengan nada samseng kongsi gelap Cina dengan selamba menyuarakan bahawa kehadiran polis di dalam Dewan memungkinkan mereka ditembak jika menyuarakan sesuatu yang tidak disukai ketika perbahasan.

Itu adalah contoh peguam kampung Chin Peng yang kehabisan idea namun tetap mahu menunjukkan dia adalah seorang peguam yang sengaja melakonkan watak Cina kebun demi undi.


The morning session of Perak state assembly tarnished by the PR hooligans in a kiddo act, away from profesionalism and turning their people representative into self-representation. Forget they may, half of Perakian are voting for BN.

The puppet, Nizar Jamaluddin is leading the mission to carry out Ngeh and Nga's voice and utter out a circus of enlightened monkeys in a house of representative of a sovereign state. They plan for a chaotic correctional school students atmosphere and for that, they wish to entertain the people with provocation.

Abjectly, the resuming session is now dilapidated by the attitude of PR's monkeys that choose to halt down by walking out of the assembly. I wonder if this content of an ingeneur and two lawyers is now in a transition into uncivilized ancient sapien.

They put all the constituency problems into normal grouses and try to link it with flaws that they impose by manipulation of law to made exist in federal affair.

Yesterday, Ngeh Koo Ham, the Chin Peng town representative in his kiddo statement yet like some big shot from the Chinese underworld (as his face give a serious impression) that sounded like, IF THE POLICE ARE THERE IN THE DEWAN, THEY MIGHT SHOOT US DEAD IF THEY UNHAPPY WITH OUR WORDS. Isn't it stupid for a lawyer to make such statement?

Aren't they all, not suit to be there represent the now downhearted rakyat that vote them? Ngeh is telling the nation that a well educated lawyer is capable to act like an uneducated Chinese farmers just for votes.

Monday, March 29, 2010

Pembangkang Masih Menguasai Dunia Siber?

Aplikasi Facebook ini disebut E-Pilihan Raya dan mungkin dicipta oleh penyokong Pakatan Rakyat.

Dari keputusan yang dapat dilihat melalui siaran di dinding Home oleh rakan yang lain, jelas bahawa pengaruh BN di ruang siber masih kurang.

Indikasi dari posting blog ini boleh dipertikaikan tetapi apa yang dilihat dari corak e-pilihan raya ini, ianya hanya boleh diundi sekali oleh satu akaun Facebook. Ini bermakna jumlah undian telah melebihi pungutan suara rambang melalui soal-selidik.

Apakah pengaruh BN hanya rektorik yang disedapkan oleh media sahaja? Di mana pula perginya fan-fan kumpulan pro-kerajaan di Facebook?

Ini mungkin memberi indikasi bahawa penyokong kerajaan amat malas untuk menjalankan perang saraf secara pro-aktif di dunia siber.

Sebenarnya pengamal media alternatif pro-kerajaan perlulah lebih pro-aktif dalam 'perang' di alam siber.

Atau mungkin 'poll' yang dibuat itu terlalu baru untuk dinilai.

Friday, March 26, 2010

Akan Ada Lagi Fitnah Untuk PM?

Kata orang dari tajuk menggambarkan isi dari isi menggambarkan hati. Salah pilih tajuk, terus bawa ke refleksi hati.

Apakah tajuk yang dicipta di blog Cina Muslim milik Idham Lim yang disiar dari artikel entah siapa penulis yang dicipta pula ini membawa maksud yang jelas?

Kata orang, banyak Cina cuba berbahasa indah bak Melayu menyulam kata tetapi langkah kata yang sumbang membuatkan yang cuba dijadikan metafora bertukar kepada hamburan makna-makna yang tersurat.

Dengan menyebut "Siapa yang fitnah Najib dan Rosmah..." sudah cukup menunjukkan perilaku fitnah itu memang wujud. Kebengangan terhadap Zulkifli Nordin diperjelaskan dengan kesilapan mengatur tajuk yang akhirnya bukan sahaja dibaca sebagai metafora tak menjadi penulis itu sendiri, malah seperti mengiyakan kewujudan perlakuan fitnah tersebut. Bukan itu sahaja, ia menggambarkan seolah-olah fitnah untuk PM akan ada lagi sepanjang masa, cuma kali ini kononnya dipagar oleh Zulkifli Nordin.

Idham Lim, ADUN Titi Serong, satu dari 6 ADUN PAS di Perak merupakan orang yang bertanggungjawab menjadi perantara antara PAS dan DAP semasa percaturan politik Perak di tangan mereka. Hasilnya, negeri dijarah, istana diketepikan.

Cina 'Muslim' ini, dengan agenda politiknya, dan aturan tatacara keperibadiannya di platform PAS, kini dipandang tidak ubah seperti seorang komunis yang menyamar, menyelinap , memakai pakaian penduduk yang dicuri dari jemuran, kononnya menjadi mualaf dan mengunjungi masjid di kampung-kampung untuk mengumpul maklumat. Ini benar-benar berlaku hampir setengah abad yang lalu.

Sejarah mungkin saja berulang.

Wednesday, March 24, 2010

Caca Marba Bas Ipoh Terus Diabaikan?


Sistem pengangkutan bas awam di Ipoh masih lagi hodoh dan bertaraf negara mundur walaupun Perak kini diperintah oleh kerajaan yang bersifat apologetik.

Sejak pemerintahan BN lama, telah ada ura-ura untuk membangunkan Terminal Bas Bersepadu di Meru Raya, lokasi baru yang mula diangunkan di Jelapang, kira-kira 8km di luar pusat bandaraya Ipoh.

Namun kedapatan ura-ura menaiktaraf pengangkutan awam di bandaraya ini ketika pemerintahan DAP dan lokasi masih kekal di Meru Raya. Pada saat DAP membuat peraduan merekacipta bas baru untuk Ipoh, mereka hilang kelayakan memerintah negeri.

Secara bahasanya, istilah 'kemudahan' untuk rakyat tidak wajar menjadi 'kesusahan'. Selain itu, pelan pembangunan wajar dijadikan sesuatu yang efisien dan memberi manfaat kepada penduduk setempat mahupun para pelawat dan pelancong.

Jika dikaji, tapak paling sesuai untuk dijadikan Terminal Pengangkutan Bersepadu di Ipoh telah tersedia di belakang Stesen Keretapi Ipoh. Tanah milik KTMB yang menempatkan kuarters pekerja usang dan menjadi tempat pembiakan nyamuk ini wajar diubah menjadi kawasan Terminal Pengangkutan Bersepadu Ipoh, atau Ipoh Sentral seperti yang pernah diwar-warkan.

Pihak KTMB seharusnya tidak mengenakan pampasan yang tidak masuk akal kerana KTMB sendiri adalah GLC dan seharusnya mereka memenuhi aspirasi kerajaan untuk mendahulukan rakyat. Rugi KTMB tetap menjadi liabiliti kerajaan pusat. Manakala untung KTMB tidak pula membawa apa-apa perubahan dalam sistem keretapi negara ini melainkan dengan campurtangan kerajaan pusat juga.

Isu tanah KTMB di Kuala Sepetang menjadi contoh bahawa ada GLC yang tidak bekerjasama dalam usaha kerajaan memenuhi kehendak rakyat.

Justeru, dalam perancangan untuk membangunkan Ipoh sebagai hab pengangkutan, KTMB perlu melepaskan tanah pembiakan nyamuk mereka di belakang Stesen keretapi Ipoh kepada kerajaan negeri untuk dijadikan Terminal Pengangkutan Bersepadu Ipoh.

Keuntungan bagi pihak KTMB semestinya berlipat ganda apabila pelancong yang mahu ke Cameron Highlands atau Pangkor, dapat menggunakan perkhidmatan keretapi untuk turun di Ipoh dan mendapatkan sambungan perjalanan mereka di IPOH SENTRAL yang seharusnya dibina di tanah tapak kuarters tersebut.

Pihak kerajaan negeri juga harus sedar bahawa kemelesetan ekonomi negeri akibat pemerintahan Pakatan Rakyat yang buta ekonomi, tidak memungkinkan syarikat bas yang beralamat di 88 jalan Sultan Idris Shah itu akan digantikan dengan sebuah konsortium bas awam yang menggunakan bas yang canggih atas inisiatif negeri semata-mata. Justeru, bantuan kerajaan pusat seperti di Pulau Pinang perlu diperoleh!

Sukar sangatkah untuk mendapatkan bas baru di zaman bas dipasang di Rawang? kalau dulu mungkin susah kerana bas bukan dibina di sini. Hari ini, tiada alasan lagi. Untung rugi adalah di atas bahu kerajaan negeri. Ianya adalah khidmat untuk rakyat.

Atau sukar sangatkah untuk Ipoh mendapat bantuan dari Kementerian Kewangan Diperbadankan, pembiaya utama RapidKL dan RapidPenang untuk menzahirkan RapidIpoh sedangkan Menteri Kewangan Kedua adalah seorang Melayu Ipoh?


Tuesday, March 23, 2010

Jangan Paksa Kopitiam Memohon Status Halal

Perlukah ada paksaan dalam memastikan premis-premis makanan yang diragui status halalnya untuk diselongkar dapur, dikaji kandungan makanan dan disiasat resepi dan isi kandungan masakannya?

Persoalan di atas membuatkan kita tertanya-tanya apakah rangkaian kopitiam yang semakin bersepah-sepah, terutamanya sebuah rangkaian terkemuka yang ditutup francaise nya kepada Bumiputra, yang dikatakan milik pemimpin DAP ini akan patuh pada sesebuah paksaan?

Kedegilan dan pemalingan 'binatang-binatang' ini terhadap unsur Islamik sudah memang jelas diketahui. Jika berlaku keterpaksaan untuk mereka memohon status halal, dikhuatiri, selepas mendapat sijil tersebut, rasa dendam dan keseronokan mengianaya yang ada pada pihak franchaisee dan franchaisor tersebut akan membuatkan lebih banyak PORK & LARD akan dijadikan ramuan aniaya.

Selain itu, siapakah yang akan memantau setiap hari kemasukan bahan mentah bagi makanan yang 'berstatus halal paksa' yang bakal mereka sediakan. Adakah pekerja Vietnam dan Nepal yang mereka gajikan itu tidak akan berkompromi dengan status sembelihan?

Pucuk pangkalnya di sini ialah, tidak perlu untuk dipaksa pemilik kopitiam-kopitiam ini, terutamanya sebuah kopitiam terkemuka yang mempunyai beratus-ratus rangkaian restorannya itu, untuk memiliki sijil halal.

Cukuplah dengan menjelaskan bahawa keraguan atas status halal makanan di premis tersebut adalah berasas dan seterusnya kita biarkan orang Islam memilih sendiri untuk masuk atau tidak ke premis-premis tersebut.


Pemaksaan akan memungkinkan kemarahan dan kemarahan akan menimbulkan dendam. Orang Islam yang bijak dan teguh jati diri tidak akan masuk lagi ke premis meragukan seperti ini.

Manakala orang Islam yang berstatus lalat (lauk pun makan, tahi pun makan) memang telah lama wujud terutamanya di disko-disko dan mereka hanya perlu dinasihati. Kerana urusan celik hati adalah dari Allah SWT.

Komen Bodoh Pro-Demonstrasi Di Malaysia

Ada yang memalukan telah dipertontonkan oleh seorang pemanggil pro-demonstrasi dalam rancangan langsung TV1 beberapa hari lepas yang mengulas mengenai tindakan kumpulan baju merah di Thailand.

Ketika khalayak dibawa untuk mengeji tindakan melampau kumpulan tersebut yang menggunakan darah dalam demonstrasi menentang Abishit, PM Thailand ketika ini, si pemanggil dengan nada seolah-olah tidak sedar kesilapannya dengan bangga memberi sokongan kepada corak demonstrasi kumpulan baju merah yang disifatkannya sebagai politik yang matang.

Memang benar, kematangan politik mereka membuatkan tiada perniagaan yang rosak dan diganggu gugat mungkin kerana mereka sendiri tidak berani. Kebanyakan penyokong Thaksin adalah orang luar Bangkok terutamanya dari utara Thailand.

Namun, kenyataan paling dangkal yang dikemukakan si pemanggil ini cukup untuk menconteng arang ke mukanya sendiri secara langsung di TV.

Dia telah dengan selamba menyebut bahawa walaupun kekacauan politik terus berlaku di Thailand, matawang Baht tetap lebih kukuh dari negara ini.

Tetapi, tahukah dia bahawa kekukuhan Baht adalah disebabkan permintaan yang tinggi terhadap matawang itu akibat kemasukan pelancong asing?

Thailand menjana pendapatan yang tinggi melalui kemasukan pelancong asing dan 80% pelancong asing tidak berada di Bangkok, iaitu tempat berlakunya kacau bilau politik tersebut. Majoriti pelancong asing bersantai di pulau-pulau tengah dan selatan Thailand yang tidak terkesan dengan kekacauan di kota Bangkok.

Tetapi di negara ini, 50% hingga 70% pelancong asing tertumpu di Kuala Lumpur. Dengan kemasukan pelancong yang bukanlah dikira sebagai penyumbang terbesar GDP negara, ia turut tidak menyumbang kepada pengukuhan ekonomi melalui tukaran asing.

Nampaknya, sesetengah pihak suka menghalalkan sesuatu tanpa menyedari alasan yang mereka kemukakan hanya memalukan diri mereka kembali.

Friday, March 19, 2010

Karpal Singh Dan 'Moral'

Kita telah masak dengan politik Anwar dan kini kita tertengok pula politik Karpal Singh. Katanya kepada Ahli Parlimen Bayan Baru yang lebih kurang berbunyi " it is morally wrong to be Independents in the Dewan without the constituency endorsement".

Ini bermaksud "ADALAH SALAH DARI SEGI MORAL UNTUK MENJADI AHLI PARLIMEN BEBAS TANPA PERSETUJUAN PENGUNDI YANG DULU MENGUNDI MEREKA ATAS TIKET PKR".

Oh, Karpal mahu berkisah tentang moral. Tetapi adakah morally right atau adakah ianya molek dari segi moral untuk menjadi seorang wakil rakyat bagi seorang peguam yang diketahui hidupnya banyak membantu orang jahat, bersalah dan melakukan jenayah, demi wang ringgit?

Haha. Ini orang tua memalukan seluruh kaum Punjabi sehingga ke Punjab, India. Karpal Singh patut bertaubat dan diam.