Nampaknya kelulusan untuk disko terbuka telah diberi ke atas sebuah syarikat pengurusan acara antarabangsa di depan Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Raja, Kuala Lumpur.
Acara ini akan dipenuhi remaja hedonis yang memegang botol arak dan menari berpelukan lelaki dan perempuan menikmati bingit lagu parti jalanan antarabangsa yang menampilkan DJ DJ terkemuka dunia.
Nanti. Itu sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Oleh kerana dalam Pakatan Rakyat tiada yang mengetuai sesiapa, maka DAP mempergunakan haknya dan memberi gula-gula kepada golongan hedonis ini yang rata-rata adalah penyokong mereka.
Maka meloponglah makcik bertudung yang tergamak mengisi keahlian parti itu.
Pemuda PAS menentang acara itu tetapi DAP mudah menyumbat mulut mereka dengan kuasa dan peluang kekayaan duniawi. Pemuda PAS sebaliknya mengeluarkan fatwanya tersendiri dan larangan untuk orang Islam menyertainya dikuatkuasakan dengan ketat.
Namun, Kuala Lumpur telah ternoda. Semakin banyak acara maksiat dihidupkan. Parti hedonis besar-besaran diadakan, rumah-rumah urut diwujudkan, bar-bar diperbanyakkan, rumah-rumah pelacur dipelbagaikan dan rumah urut homoseksual didaftarkan atas nama hak asasi manusia.
Judi bolasepak? Bukan sahaja bolasepak, badminton, taekwando malah kuda longkang juga akan dihidupkan seandainya potensi untuk ianya memberi keuntungan yang tinggi sebuah negara maju berkebajikan ala DAP yang pakar ekonomi.
Sejarah membuktikan, Melayu dalam Pakatan Rakyat rata-rata tidak berpelajaran tinggi malah bodoh dalam soal ekonomi. Mereka mungkin menikmati ilmu di UITM tetapi peluang untuk mereka menjadi peneraju tidak ada kerana telah mendapat position blocking dan mental blocking oleh cerdik pandai bukan Melayu dalam Pakatan Rakyat. Mereka digunakan di jalanraya sahaja untuk berdemonstrasi.
Semua dagangan maksiat akan memberikan pulangan percukaian yang tinggi dan DAP sudah tentu mahukan wang dan menyokong rakan mereka PAS untuk keluarkan arahan tangkap untuk orang Islam yang menyertai sistem ekonomi berlandaskan maksiat dan mencabar maruah Melayu Islam di Tanah Melayu.
PAS hanya diam. Negara menjadi makmur. Malah lebih makmur dari Singapura. Hasil lendir dan arak terlalu tinggi. Hinggakan profesional serantau mencari lubang berbayar di sini. PAS hanya tunggangan memungut undi Melayu untuk membolehkan golongan tidak beragama dan ultra-sekular memerintah.
Kakitangan awam akan lebih puas menikmati hasil dari 'cukai perkhidmatan' yang tinggi yang boleh mencecah 60% dari KDNK. Malaysia menjadi sangat maju dan ultra sekular. Kehidupan beragama semakin hari semakin diperangi.
Itu sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. BN memerintah mengikut sistem yang dipersederhanakan. Ini kerana ketua bagi gabungan itu adalah orang Islam dan parti dominan di dalam BN ialah parti orang Melayu yang tidak mahu negara ini menjadi negara pedagang maksiat yang menjadi mata pencarian utamanya.
Siapa yang mengepalai Pakatan Rakyat? Pengkaji ilmu politik dari seluruh dunia yang mengkaji rantau ini pun tahu, DAP merupakan kepala Pakatan Rakyat.
Berbalik kepada pemerintahan BN, gambar di atas ialah apa yang dilihat malam tadi di Dataran Merdeka di mana persiapan untuk acara Citrawarna 2010 anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sedang dibuat.

4 comments:
PARTI ISLAM MELAYU ©®™
PARTI MELAYU ISLAM SEBUAH BLOG YANG AKAN MEMPERJUANGAN HAK ORANG ISLAM KHUSUNYA MELAYU. DISAMPING MEMBERI PANDANGAN DAN TEGURAN KEPA AHLI-AHLI POLITIK DAN PARTI-PARTI DEMI MENJAMIN PERSAUDARAAN MELAYU SENTIASA TERJALIN ©®™
http://parti-islam-melayu.blogspot.com/
terima kasih Hang Jebat
akan saya senaraikan
QUOTING :
"Sejarah membuktikan, Melayu dalam Pakatan Rakyat rata-rata tidak berpelajaran tinggi malah bodoh dalam soal ekonomi. Mereka mungkin menikmati ilmu di UITM tetapi peluang untuk mereka menjadi peneraju tidak ada kerana telah mendapat position blocking dan mental blocking oleh cerdik pandai bukan Melayu dalam Pakatan Rakyat. Mereka digunakan di jalanraya sahaja untuk berdemonstrasi."
Saya yakin UiTM tak bersalah dalam perkara ini. Mungkin ada beberapa manusia yg pernah belajar di UiTM tapi tersalah asuhan dan pegangan. Cadangan saya, kalau boleh jangan libatkan nama UiTM atau mana-mana IPTA?IPTS kecuali ada bukti kukuh.
penggunaan UiTM tidak menghina UiTM jika dibaca bahawa mereka adalah golongan yang dibela dengan baik oleh kerajaan dan akhirnya berpaling untuk merebut peluang yang tak pasti. corak penulisan blog lebih kasual dari penerbitan akhbar. harap encik faham. terima kasih
Post a Comment