Thursday, July 08, 2010

Bodoh Sombong

Dipetik dari blog Paneh Miang.

Menjelang 25 Syaaban, mako berakhirlah semua Sidang Permesyuaratan UMNO Peringkat Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO seluruh tanahair kecuali di Negeri Sarawak.

Melihat kepado telatah, perwakilan cawangan-cawangan ke Bahagian dan konsep "tai-chi" 80% barisan pimpinan Bahagian-bahagian UMNO seluruh Malaysia, mako, Pak Sedaro raso PRU-13. UMNO akan kecundang dan kalah teruk. UMNO akan dimalukan dan ditelanjang bulatkan.

Para perwakilan UMNO di semua sayap, amat daif Sikap dan Perasaan Kasih Sayang UMNO untuk mereka ahli dan perajurit UMNO. Masih wujud kalangan mereka barisan perwakilan Buta Agama, Buta Nahu Bahasa, Buta Perlembagaan UMNO, Buta Peraturan Persidangan UMNO, Buta Amalan Sunat, Buta Ibadat Fardhu Ain apalagi Buta Fardhu Kifayah, Buta Akal, Buta Hati dan Buta Ilmu.

Apakah perwakilan sebegini menjadi sandaran UMNO? Apakah hanya bahagian-bahagian tertentu di Malaysia sahaja yang beroperasi secara "istiqamah, bil-hikmah dan mengamal pendekatan al-adl wal ehsan"? Apakah hanya Bahagian Pekan, Pagoh, Telok Kemang, sahaja yang serius mencari IMAM MUDA, IMAM PELAPIS DAN IMAM PENGGANTI?

Tatkala UMNO mengalami gejolak ahli BODOH SOMBONG, yang kecut batang telur yang hanya rasa telur sebab terlalu suko pogang telur! Tatkala UMNO dirundung malang dek kerana gelagat barisan PENIPU, PENCACAI, PENGECUT yang bermaharajalela dalam UMNO! Tatkala UMNO dihurung oleh LANGAU, BIAWAK, PRIMADONA, BANJINGAN dalam kalangan Pemuda UMNO!

Kumpulan Pro PRU-13 semakin sibuk menyiap persenjataan peperangan politik daripada pelbagai segi dan teknik pertempuran. Hari ini, gelombang perikatan dalam Barisan Nasional sedang dijarah semula oleh mauduk Nasrani ala-Portugis menyerang Melaka dari dalam selimut dan kain dalam UMNO! Hari ini, Belanda sedang menunggu untuk dapat tanah!Hari ini British sedang mengintai untuk menjadi HERO KUASA SUAKA DAN PERDAMAIAN POLITIK UMNO KHASNYA MELAYU! Hari ini, Jepun akan menunggu peluang terpinggir yang semakin dilupakan oleh rakyat Raja! Akhirnya Komunis dan ajarannya Komunisme semakin garang dan gelojoh melanggar dan merasapi gelombang 53 tahun Merdeka.

Semua watak Portugis, Belanda, British, Jepun dan Komunis sedang dilakon oleh 78 Ahli Parlimen Malaysia termasuk 23 yang lain, yang bersikap seperti "katak oh katak"...

Ramai warganegara khasnya ahli UMNO masih Bodoh Sombong dalam politik kepartian UMNO. 90% yang menjadi ahli UMNO tidak ambil peduli dan tahu kedudukan serta hak mereka, berteraskan Perlembagaan UMNO dan Perlembagaan Persekutuan 1957 juga Akta Pertubuhan 1966. Mereka tidak ambil peduli akan gesaan yang dituntut dalam Subsekyen 2A, Akta 335 tersebut. Kenapa demikian? Kerana Ahli UMNO ialah kalangan kelompok yang sudah berada di penghujung riwayat keagongan ummah. Mereka sudah lupa panji-panji mereka. Yang sibuk ialah beberapa kerat yang masih cinta akan Perlembagaan negara ini.

Pak Sedaro nak tanyo kepada sekalian ramai Ahli dan Pemimpin UMNO di peringkat Pusat, Bahagian dan Cawangan, baik kelompok Dewasa, Wanita, Pemuda dan Puteri...

1. Bagaimana sebenarnya pengkisahan perlunya UMNO wujud di muka bumi ini?
2. Kenapa ia lahir dari rahim Istana Johor?
3. Siapa yang memegang amanah mereka cipta BENDERA UMNO?
4. Siapa yang mengkordinasi semua kegiatan awal UMNO?
5. Bagaimana Perlembagaan UMNO dipersetujui?
6. Bagaimana Perlembagaan Persekutuan 1957 menjadi penting dalam Perlembagaan UMNO?
7. Siapa sebenarnya yang menentukan jatuh bangun Bumi Melayu ini?
8. Bagaimana kedudukan ummah Melayu, jika tiadanya kelahiran UMNO?
9. Apakah ahli UMNO sedar bahawa Perlembagaan Persekutuan 1957 mempunyai sejarah pembikinan yang begitu panjang dan terperinci?
10. Bagaimana pentingnya Perkara 1, Perkara 3, Perkara 5, Perkara 6, Perkara 7, P.8, P.9, P.10, P.11, P.12, P.13, P.14, P.15, P.32, P.38, P. 152, P.153, P. 160, P.181 kepada UMNO?


Hari ini, ramai yang bercita-cita mengikuti persidangan sebagai PERWAKILAN, meletak darjah ikhlas pada hamparan takhta dunia. Demikian jugalah kepada ramai barisan pemimpin, yang sudah mereka ketahui BAHALOL DAN BAGHAL, masih juga ahli angkat dan lambung dalam Persidangan dan Perkumpulan mereka.

Cukuplah wahai Ahli UMNO yang sedang BERDENGKUR. Hari Rabu 7 Julai, Perdana Menteri akan merasmikan MRSM Felda Trolak, dengan menghimpun 30 ribu rakyat warga Felda di sana. Sudah tentu, belanja akan jejak RM 3 juta. Walaupun acara kurang 8 jam, Pak Sedaro berdoa agar Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri diberi Allah hikmah dan karamah tertentu untuk menghidu dan mengesan, gerakan-gerakan bawah tanah yang sedang ligat beroperasi di gelanggang FELDA, dan UMNO. UMNO ialah ibu kepada 67% umat Melayu sebagai Kuasa Politik negara ini. UMNO ialah bapa kepada 67% umat Melayu, walaupun ada yang tercicir mewujudkan PAS, PKR, AKIM, BEBAS sebagainya.

Kepada ahli dan pemimpin UMNO yang masih BODOH SOMBONG, BAGHAL DAN BAHALOL...jangan kau nyibuk bonar dalam politik. Kau nanggung doso yoooo.

Dipetik dari blog Paneh Miang.

No comments: