Ramai politikus Cina di kem Pakatan Rakyat pandai dan gemar untuk memanipulasi terma-terma perlembagaan untuk mencabar Islam dan terkini, mereka berselindung di sebalik kecaman mereka terhadap parti Melayu.
Bijaknya mereka ini kerana mereka terdiri dari ilmuwan seni politik menyerang berdasarkan common law yang telah mereka pelajari serta ruas-ruas perlembagaan yang mereka manfaatkan.
Hakikatnya, antara mereka dan hero-hero UMNO yang menguasai banyak jawatan peringkat bahagian, adalah ibarat langit dan bumi.
Memang ada bahagian UMNO yang memiliki jaguh tersohor namun hiruk pikuk bahagian yang terdiri dari tin-tin kosong menyukarkan jaguh bangsa dari merangka strategi.
Mengikut perlembagaan, setiap Melayu adalah Islam. Dengan memanipulasi terma ini, pembangkang dan orang Islam yang menyokong pembangkang cuba melumpuhkan agenda pemantapan Melayu atas nama anti-perkauman.
Sifat mereka ini jika diamati, telah menjadi tentangan besar untuk memajukan 90% orang Islam di negara ini.
Tidak hairanlah toleransi melampau PAS dan PKR terhadap tuntutan bukan Islam menjadi-jadi apabila mereka diketuai DAP, penyokong totok sekularisma negara ini.
Sebenarnya terlalu banyak bukti untuk memungkinkan Pakatan Rakyat ditolak oleh umat Islam. Tetapi untuk menyokong UMNO, cukup Islamkah UMNO dari segi moraliti pemegang amanahnya hari ini?
Agaknya benarlah bagai dikata ramai orang, jika Konsensus Bebas bergerak sebagai sebuah entiti dalam PRU 13, Zulkifli Nordin layak menjadi PM.
Aduhai...
No comments:
Post a Comment