Ini sama dengan sikap pemilik Titanic yang berani menyebut bahawa " Tuhan sekalipun tak akan membuatkan Titanic tenggelam".
Begitu juga dengan sesetengah pihak dalam UMNO, PKR, PAS dan DAP yang bersungguh-sungguh melakukan onar atas kedamaian bumi yang dirahmati ini.
Pun walaupun buminya dirahmati, belum tentu penghuninya diredhai. Jadi kita harus sedar bahawa dengan apa juga ketaksuban dan kesombongan kita sendiri, akan ada penyesalan yang menanti dihujung jalan.
Lebih jelik perilaku puak yang sombong ini, lebih jeliklah kesudahan yang menyedihkan sedang menanti mereka.
Pada saat itu, menyesal pun tak guna lagi. Sesetengah berani menyebut anak cucu akan kencing ke kubur tok nenek mereka (iaitu kita di hari ini) atas tergadainya bumi bertuah ini ke tangan orang lain.
Memalukan. Kerana mereka yang berkata seveginilah sedang merancang kubur sendiri yang dikencing anak cucu sendiri akibat kedangkalan dan ketiadaan kapasiti pada diri mereka, tetapi sibuk mahu mengemudi kapal bangsa. Akhirnya karam dek kerana tangan mereka dan mulut mereka jua.
Sedarlah wahai bongkak berkata
Saat ibunda berlangit ungu
Bangsa yang lampai kelak melata
Hasil nakhoda kepala dungu
No comments:
Post a Comment