Raja Petra hari ini, 06.12.2010, sedang mewawarkan untuk membina Kuasa Ketiga dalam politik tanahair dari kubunya di London. Ini mungkin untuk menunjukkan dia "tidak lagi" bersama Anwar Ibrahim.
Satu forum akan diadakan dan dihoskan oleh dia, Yolanda Augustine dan Farouk A. Peru (siapa kejadah entah), bakal diadakan di Holiday Villa, Leinster Gardens, London pada hari Ahad, 12.12.2010.
Walaupun gerakan yang sedang dikuasakan olehnya itu tidak diberi nama "parti", tetapi Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) turut akan berbincang beberapa nama untuk diletakkan sebagai calon dalam pilihanraya umum mendatang. Bacaan lanjut boleh klik di sini.
MCLM ditubuhkan pada 30.10.2010 di London dengan dipengerusikan oleh Raja Petra Kamarudin, Haris Ibrahim sebagai presiden, Yolanda Augustine sebagai setiausaha, Natalie Sylvia Chow sebagai bendahari, Gilbert Jacobs sebagai penasihat undang-undang dan 3 ahli jawatankuasa iaitu Farouk A. Peru, Jeff Tan dan Sam Chong. Kumpulan ini juga mempunya 3 ahli lembaga pemegang amanah iaitu Amarjit Singh Sidhu, Lee Wai Siang dan Paramjeet Singh Karam Singh.
Sungguh kemalaysiaan bukan? Komposisi kaumnya cukup menunjukkan bahawa Raja Petra sendiri adalah seorang yang ditawarkan kerusi manakala Haris Ibrahim adalah penjawat jawatan gula-gula. Jika tidak masakan hanya 2 Melayu dalam kepimpinan 11 orang "rakyat Malaysia".
Untuk apa pulak politik Malaysia perlu dicorak di London. Jika "third force" yang jenis ini, tidak perlulah diberi sokongan kerana dilahirkan di sebuah negara Barat.Tidak sama tatanegara Barat dan Timur!
Untuk apa pula menyokong seorang penipu yang mungkin merancang penipuan yang lebih besar?
Adakah Anwar Ibrahim yang menyedari kemeruduman populariti dia umumnya, Pakatan Rakyat khususnya di kalangan orang bukan Melayu, maka Raja Petra diarah supaya mewujudkan opsyen bagi PAS-PKR-DAP yang akhirnya akan menyertai Pakatan Rakyat juga.
Ini taktik basi yang tercium bau basinya sebelum lidah menentukan. Hanya mereka yang membenci kemelayuan negara ini yang tergamak menyokong sebuah pergerakan yang lahir di bumi penjajah.
No comments:
Post a Comment