Khamis, Januari 13, 2011

Harga Timah Semakin Meningkat, Peluang Melayu Melombong Semula?

Di sebalik kenaikan harga getah di pasaran dunia, teman teringin nak beralih menyentuh kenaikan harga timah sedunia pula. Ini kerana bijih timah amat sinonim dengan Ipoh.

Bijih ini mencetuskan perang saudara, perang kerabat raja, kemasukan orang Cina, dan pergelutan dengan penjajah Belanda dan British.

Bermula dengan Krisis Bijih Timah 1982-1986, hasil bumi ini mengalami kejatuhan dari RM40 sekilo pada 1982 menjadi RM14 sekilo pada tahun 1986 terus menyusut sehingga RM13 menjelang 1993.

Tahukah anda, hari ini, komoditi tersebut telah mencapai RM80 sekilo ! Ini merupakan antara rekod tertinggi harga komoditi tersebut, hampir sekali ganda berbanding zaman kegemilangan bijih timah pada tahun 1970an.

4 Jan 2011 - Harga bijih timah di Bursa Timah Kuala Lumpur (KLTM) meningkat US$285 untuk ditutup pada US$26,800 setan semalam.

Kenaikan ini menurut pelabur adalah kerana dagangan timah yang meningkat di (LME) Jumaat lalu.

Harga timah di LME, yang biasanya akan mempengaruhi harga komoditi tersebut meningkat $US320 kepada US$26,920 Juamaat lalu.

Di KLTM, jumlah dagangan meningkat kepada 40 tan dari 39 tan Khamis lalu dengan penyertaan pedagang tempatan, Jepun dan Eropah.

Ketika dibuka, pembeli membida 50 tan manakala penjual menawarkan 30 tan.

Perbezaan harga antara KLTM dan LME telah mengecil kepada US$285 setan daripada US$320 setan yang dicatatkan Khamis lalu. - BERNAMA

Harapan teman agar orang Melayu Ipoh dapat mengambil kesempatan ini setelah lombong-lombong ditinggalkan oleh orang Cina selama hampir 30 tahun dan status tanah ini telah dikembalikan kepada kerajaan negeri Perak.

p/s : Tu pasei la Nizar-Nga-Ngeh meleleh air liur melihat negeri kiter ni Chor!

6 ulasan:

shafawi berkata...

bagus le gitu..kalau boleh biar le maju orang melayu kite lepas nie daripada hasil kenaikkan harga timah nie....saya pun kagum juga dgn berita kenaikan harga timah,yelah kalao dulu timah orang cina usahakan...tue blum kira masa zaman penjajahan british habih hasil bumi tu dibawak lari ke england....la nie ipoh n harga timah dah naik,saye harap biar lah orang melayu cari inisitif untuk usahakannya...angkat balik nama Ipoh (Lembah Kinta) di mata dunia ,nie tak asyik2 lembah kelang....

IPOH MALAY berkata...

tepat sekali... kerajaan negeri haris menggalakkan orang melayu melombong timah di Ipoh di mana tanah-tanah lombong lama telah dikembalikan kepada kerajaan negeri.. kalau dulu british boleh bagi line kat cina korek tanah rizab melayu sampai kubur dan keramat semua dialihkan... walaupun cina akhirnya menentang british dengan menyokjong komunis.. kali ini, buatlah pembetulan sosio ekonomi.

lelakiseksi berkata...

baru jer jual timah tadi...dpt rm 2.8 sekilo....
kalo berminat ngn story2 best g kat sini
http://lelakiseksi.blogspot.com/p/18sx-story.html

chan hor yin berkata...

saya rasa orang cina akan mengusahakan polombongan bijih timah dengan lebih cekap berbanding kepada orang melayu

Tanpa Nama berkata...

Kalau orang melayu usaha takde nye cina ke, jepun e yang cekap.. Sape2 yang berminat, belajar, dia pon lebih cekap...
Asalkan hati nak ..

Tanpa Nama berkata...

saya ada bijih timah,sesiapa yg berminat untuk membeli boleh hubungi saya ditalian 0177102996.saya boleh membekalkan sehingga 2tan setiap bulan..tq..