Khamis, Januari 13, 2011

Interlok Kembali Laris

Teman ingat, teman je mencari Interlok untuk simpanan teman. Teman habis lupa isi yang teman baca selak menyelak. Itu jer dah membuatkan teman nak beli naskah tersebut.

Rupa-rupanya novel tersebut juga sedang dicari oleh ramai orang. Baguslah.

Ramai bertanyakan Interlok di kedai buku

KUALA TERENGGANU 12 Jan. - Sejak tercetusnya kontroversi Interlok di media tempatan, novel berkenaan mula menjadi sebutan termasuk ramai yang mula mencarinya di kedai-kedai buku.

Pengurus Kedai Buku Ibzanis Sdn. Bhd., Nor Ida Ibrahim berkata, kebelakangan ini terdapat ramai pelanggan yang berkunjung ke kedainya itu untuk bertanyakan tentang novel tersebut.

"Ada juga yang menelefon untuk membelinya. Mereka bertanyakan harga buku itu dan ada juga yang begitu bersemangat menyuruh saya membuat tempahan.

"Walaupun saya pengedar tunggal buku dan majalah Dawan Bahasa dan Pustaka (DBP) di daerah ini, Interlok tidak lagi dijual kira-kira 15 tahun lalu kerana tidak ada lagi yang bertanyakan novel itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Novel Interlok dijadikan teks untuk komponen sastera (Komsas) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula tahun ini.

Kemuncak bantahan itu, naskah novel karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain dibakar oleh kira-kira 100 penduduk berketurunan India di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK), Selangor baru-baru ini kerana mendakwa Interlok mempunyai unsur menghina kaum itu.

Tambah Nor Ida, syarikatnya yang mula menjadi pengedar kepada DBP sejak awal 1990-an mempunyai lebih 600 judul untuk dijual kepada orang awam serta institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti.

1 ulasan:

Nasionalis1982 berkata...

ada hikmahnya juga ye..baguslah. mari perangi INTERLOK-O-PHOBIA.