Seorang pelatih wanita PLKN disahkan H1N1
13/01/2011 6:28pmTAPAH, 13 Jan. - Seorang pelatih wanita Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berusia 18 tahun di Kem Sentosa dekat Chenderiang, disahkan dijangkiti virus Influenza A (H1N1) pada Ahad lalu, kata Exco Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon.
Katanya, 47 lagi pelatih yang mempunyai simptom penyakit seakan influenza kini menjalani rawatan susulan dan pemantauan sepanjang masa oleh pasukan perubatan di kem tersebut.
"Kes itu dikesan pada Ahad lalu selepas 85 pelatih mengalami tanda-tanda influenza seperti selesema dan semua pelatih berkenaan menjalani ujian saringan influenza di kem berkenaan pada hari sama,” katanya kepada pemberita ketika melawat kem berkenaan hari ini.
Bagaimanapun katanya, semua keluarga pelatih tidak perlu panik dengan situasi itu kerana kem itu mempunyai kemudahan perubatan yang lengkap bagi mengawal keadaan. - Bernama
Thursday, January 13, 2011
Pandemik H1N1 Mungkin Kembali
Gempar kematian 22 orang dalam masa tiga bulan terakhir 2010 di Sri Lanka bersambung di tanahair. Petang ini virus H1N1 dikesan di kem latihan PLKN Chenderiang, Tapah menjangkiti seorang pelatih wanita berusia 18 tahun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment