Friday, January 21, 2011

Selatan Sudan Sah Bakal Merdeka

Sah. Selatan Sudan bakal menjadi negara baru. Ini berikutan kemenangan puak pro-kemerdekaan untuk berpisah dari Khartoum yang dikuasai Arab-Islam. Referendum itu juga memastikan sebuah negara baru majoriti Kristian bakal tertubuh di benua Afrika.

Referendum yang ditaja Amerika Syarikat itu bakal membuatkan Sudan Utara di bawah Khartoum yang banyak bergantung kepada hasil bumi wilayah selatan tersebut bakal berhadapan krisis ekonomi berikutan kedudukannya di tengah padang pasir.

Sejumlah besar pelaburan Malaysia juga terletak di wilayah Selatan yang kaya dengan hasil minyak.

Majoriti penduduk selatan Sudan setuju merdeka

JUBA, Sudan 20 Jan. - Penduduk selatan Sudan memperolehi majoriti yang diperlukan pada pungutan suara yang diadakan baru-baru ini untuk membentuk sebuah negara baru setelah 60 peratus pengundi mengundi menyokong wilayah itu berpisah daripada Sudan.

Berdasarkan angka yang dikumpulkan oleh AFP menunjukkan sesetengah kawasan menunjukkan junlah sokongan tertinggi sebanyak 99 peratus pengundi menyokong supaya wilayah itu berpisah daripada Sudan.

Beberapa negeri daripada 10 negeri di wilayah itu termasuk Jonglei, baru memulakan pengiraan kertas undi hari ini selepas kertas undi dan keputusan dibawa daripada pusat-pusat pengundian di seluruh wilayah itu.

Bagaimanapun, angka yang dikumpul oleh AFP daripada para pegawai pilihan raya di negeri dan mukim di selatan Sudan menunjukkan 2,224,857 pengundi menyokong untuk merdeka, berdasarkan kertas undi yang dipulangkan petang semalam.

Jumlah itu mengatasi majoriti mudah sebanyak 1.89 juta undi yang diperlukan untuk membolehkan negara itu membentuk negara baru dan sekali gus berpisah daripada Sudan.

Sejumlah 96 peratus daripada keseluruhan 3,932,588 pengundi berdaftar mengundi pada pungutan suara tersebut yang berlangsung selama seminggu sejak 9 Januari lalu. - AFP


No comments: