The World, sebuah kepulauan buatan manusia terdiri dari 300 pulau di Dubai yang menyerupai peta dunia, semakin terbenam ke laut menurut sebuah kajian hartanah.
Pulau-pulau ini terletak agak jauh dari pantai Dubai. Bentuknya yang seakan-akan peta dunia hanya dapat dilihat dari satelit atau dari atas menara tertinggi di dunia yang juga terletak di Dubai, Burj Khalifa.
Kini dilaporkan, pasir-pasir pulau telah terhakis dan saluran pelayaran yang berada di antara pulau-pulau buatan menjadi cetek.
"Pulau-pulau ini perlahan-lahan kembali menjadi laut," kata Richard Wilmot-Smith penyelia kualiti dari Penguin Marine, seperti dipetik dari The Telegraph. Katanya, banyak bukti telah menunjukkan adanya hakisan dan kemendapan 'The World'.
Namun, salah satu jurucakap pemaju Nakheel membantah dengan mengatakan pulau-pulau itu tidak tenggelam.
"Berdasarkan pemerhatian ukur berkala dalam tempoh tiga tahun terakhir, tidak berlaku hakisan berpanjangan," kata jurucakap Nakheel.
Menurut pemaju, 70% dari 300 pulau telah terjual. Beberapa selebriti dilaporkan telah membeli pulau di 'The World'. Misalnya, Tommy Lee mengumumkan bahawa dia membeli Pulau Yunani untuk bekas isterinya, Pamela Anderson. Brad Pitt dan Angeline Jolie pula dikhabarkan telah membeli 'Ethiopia'.
Pengembang 'The World' adalah anak syarikat Dubai World, yang sebagian besar sahamnya dimiliki Emir Dubai merangkap Perdana Menteri UAE, Sheik Mohammed bin Rashid Al-Maktoum.Syarikat ini pernah menanggung hutang di tahun 2009.
No comments:
Post a Comment