Teman benci kalangan ahli PAS yang hari ini mengamalkan politik benci demi cinta. Benci orang Islam demi cinta kepada musuh Islam. Benci melulu sehingga apa yang dibuat pemerintah salah. Demer dah tahap Indon. Apa je pasal Malaysia, attack. Sama la dengan demer. Apa je pasal BN, attack.
Tapi tak semua. Bukan semua demer macam tu. Tapi kalau yang berpikiran positif dikalangan demer tidak memberi nasihat kepada mereka yang memikul negativiti dalam kelompok demer, maka boleh lah teman kata teman 'tak gemar'.
Negatif dengan postitif menghasilkan elemen negatif juga. Kecuali elemen negatif dengan elemen negatif bertembung sesama mereka, maka itulah yang menghasilkan elemen positif untuk kita. Macam hukum matematik pulak kan.
Walaubagaimanapun, elemen positif yang mendukung Kerajaan Perpaduan atau Unity Government dalam PAS merupakan sesuatu yang mempunyai kuasa yang sangat besar. Jauh lebih besar dari elemen negatif yang banyak bunyi secara melulu dalam PAS itu sendiri.
Mereka mempunyai kuasa untuk menenggelamkan tongkang-tongkang penentang perpaduan Melayu Islam di negara ini. Para penentang ini dikatakan rela dihempas badai Unity Government dan menanti diselamatkan oleh tongkang DAP.
Teman tak pernah lari dari konsistensi teman menulis pada Selasa 29 Julai 2008 dengan tajuk Ke Arah perpaduan Islam Hakiki seperti yang disarankan oleh Mufti Perak pada waktu itu.
Teman berani cakap, PAS akan mendapat lebih kerusi Parlimen sekiranya bersatu dengan UMNO dan Barisan Nasional walaupun berbeza parti kerana orang Melayu Islam tidak mahu mengundi PAS hanya kerana hubungan PAS dan DAP yang terlalu 'obvious' sedangkan orang Melayu Islam sedar, DAP tidak mempunyai maksud hati yang baik terhadap orang Islam di negara ini.
Maka bersyukurlah teman ke hadrat Allah SWT apabila hati beberapa pemimpin PAS dibuka untuk melihat betapa hanya dengan menyatukan Muhajirin dan Ansar, Rasulullah berjaya membina sebuah negara Islam yang mantap lagi berjaya.
Maka sinar untuk melihat BN dan PAS bergandingan memerintah negara ini melalui Unity Government semakin kelihatan. Untuk bacaan lanjut komer boleh rujuk :
The Malaysian Insider
Blog Pusaka Ayahnda
Harakahdaily

2 comments:
Salam Yob..
Instinct teman mengatakan bahawa pertemuan tersebut bukanlah berkenaan UG..munkin hae lain seperti royalti minyak ke..bantuan kewangan kepada Kelantan/Terengganu ker..
Nik Ajis terlalu Ego utk bertemu atas dasar UG.
Tapi apa2 pun teman harap telahan teman ini salah..maksud teman, kalau betul ianya berkenaan UG, temanler yg paling gembira..insyaAllah.. apa2 pun kite tunggu perkembangan seterusnya yak?..
-OghangKuale-
betul.. kita hanya mampu mengharap dan berdoa..
Post a Comment