Blog jawi pertama di negara ini telah mula beroperasi hari ini, Khamis 5 Mei 2011. Blog bernama JUJUR KATA ini akan menampilkan isu-isu yang dikupas dari sudut berbeza dan menjadi lidah jujur orang Melayu yang sedar bahawa percaturan ke atas negara ini sedang dimainkan dengan tujuan untuk merugikan umat Islam di negara ini. JUJUR KATA merupakan adik kepada IPOH MALAY, di bina dan dikendalikan oleh teman juga. Semoga blog ini mendapat perhatian para pembaca blog, para pendukung perpaduan Melayu Islam, dan para pecinta warisan jawi. Sebarang teguran bagi penambahbaikan amatlah dialu-alukan.
3 comments:
Syabas tuan atas pelancaran blog jawi nih. Orang PAS pun tak berani buat atau mungkin juga baca jawi pun tak tahu!
Mat Tong Tang
terima kasih, sedara.
Syabas!! Telah sekian lama saya nanti-nantikan blog bertulisan jawi seperti ini. Langkah pertama memulihkan 'bijaksana melayu' iaitu "Kepintaran Rohani" pusaka yang terlena sekian lama. Kalau nak dapatkan Kepintaran Rohani (SQ) dimulakan dengan membaca dari kanan ke kiri. Jadi saya perlukan bahan bacaan yang akan mencerna otka kanan saya kembali aktif, mudah-mudahan akan bertambah cerdas hendaknya.
Sundatanamala
Post a Comment