Khamis, Mei 05, 2011

Rakyat Singapura 'Tak Boleh Tahan' Lagi


Kawan teman, Melayu Singapura, yang bekerja dengan perkhidmatan awam di sana mengakui tidak pernah mengundi PAP. Bila di tanya tentang politik Malaysia, dia secara spontan menjawab, untunglah Malaysia diperintah oleh parti yang jelas diketuai UMNO.

Mengapakah dia yang telah berkhidmat dengan perkhidmatan awam Singapura yang jelas mengenepikan Melayu, masih tidak berpuas hati terhadap kerajaan Singapura?

Ini banyak disebabkan oleh permasalahan ekonomi. Itulah ciri-ciri negara maju dengan rakyat yang maju.

Ciri-ciri negara ini yang boleh dikategorikan dihuni oleh rakyat mundur ialah apabila rakyatnya yang Cina bersemangat kecinaan dan rakyat yang Melayu terpaksa bersifat kemelayuan bagi mengimbangi langkah ke belakang yang dibuat oleh orang Cina.

Di Singapura, krisis perkauman telah lama tenggelam. Apa yang timbul tidak lain ialah corak pentadbiran yang semakin hari semakin menekan rakyat.

Singapura di bawah PAP didapati semakin bersifat elitis dan golongan tua yang miskin di Singapura hakikatnya bertambah. Lihat sahaja di lorong-lorong dan pasar-pasar tempat warga tua ini berkumpul. Kebanyakan mereka hidup kais pagi makan pagi.

Sedangkan pemerintah melalui Temasek Holdings terus meraih kekayaan melalui empayar perniagaan yang dijalankan dengan penuh tamak, haloba, suap menyuap, yang tidak tercatat dalam transparensi birokratik kerana negara tersebut dijalankan seperti sebuah syarikat.

Melihat Singapura yang cantik dan makmur tanpa sumber alam mungkin kita akan menyebut, patutlah, negara itu 600km² sahaja.

Tetapi jika melihat kemiskinan yang dihadapi oleh rakyat kebanyakan contohnya warga tua, mungkin kita akan menyebut, tak patutlah, negara itu 600km² sahaja.

Dengan golongan pekerja yang semakin tertekan akibat kenaikan cukai, dan masalah caruman pekerjaan, wajarlah pembangkang di negara tersebut bangkit dengan slogan 'Tak Boleh Tahan', memperlihatkan betapa pembangkang Singapura jugalah yang mula menjulang semula bahasa Melayu, yang merupakan bahasa kebangsaan negara tersebut.

2 ulasan:

al-zarqawi berkata...

INI KOMEN MENARIK DARI TAMASEK REVIEW PASAL CINA MALAYSIA KAT SINGAPORE:

Angeline Goh:
February 10, 2011 at 10:09 pm
Kuan Yew fears that Malaysia will attack Singapore. For all he knows it is the influx of Malaysian Chinese into Singapore that is going cause racial/nationality tension that will result in street battles. If ever riots were to erupt it will be between Singaporeans of all races against the Malaysian Chinese.
We already know too well about these fucking Malaysian Chinese scums including the fucking Ministers and MPs who were former Malaysians.
Like or Dislike: 47 3

جوجور كات berkata...

menarik!