Monday, August 15, 2011

Usir Pengusaha Premis Judi Di Taman Perpaduan


Deretan kedai dua tingkat yang baru di bina di Taman Perpaduan, berhampiran sebuah stesen minyak yang sedang di bina, berhadapan dengan surau baru yang mula digunakan oleh umat Islam Taman Perpaduan, kini diselit dengan sebuah kedai yang separuhnya dijadikan kedai menjual CD/DVD, dan separuh lagi kedai jackpot menggunakan komputer!

Bagaimana boleh sebuah kedai judi wujud di penempatan 90% Islam ini? Jika UMNO Bandar Tun Razak boleh menentang kewujudan premis judi di Jalan Jujur dengan lantang, bersama PAS Bandar Tun Razak, bagaimana pula UMNO Tambun dan PAS Tambun?

Jika pada tahun 1999, sebuah kedai mesin jakpot kuda pernah diancam untuk dibakar oleh penduduk sehingga kumpulan kongsi gelap yang membuka kedai tersebut di Tingkat Perpaduan 2 itu menutupnya dengan serta merta, mengapa tidak boleh kali ini?

Ini kerana kedai itu kini tumbuh berhadapan jalan utama yang sentiasa sibuk dan dapat dilihat oleh sesiapa sahaja.

Saturday, August 13, 2011

Politik Kebertigaan - Political Trinity

Kebertigaan mungkin sinonim dengan ajaran Kristian baru versi 300 tahun lalu yang menyebarkan dakyah Tuhan Bertiga dengan jelas dan penuh bidaah yang menghasilkan Kristian hari ini.

Tetapi kebertigaan yang kita dapat lihat di gambar ini adalah Kebertigaan Pemusnah Islam yang datang secara bertiga. Ia diadaptasi menjadi Politik Kebertigaan atau Political Trinity Ketiga-tiga makhluk ini membawa kesamarataan sesama mereka dalam Pakatan Rakyat menjadikan unsur kebertigaan mereka ini mempunyai kesamarataan yang jitu.

Ini bermakna, andai 100% umat Melayu yang merupakan 60% dari penduduk Malaysia menyokong PAS, tiada lagi soal majoriti menguasai minoriti atau sebagainya yang menunjukkan amalan demokrasi sebenar.

Semuanya bertiangkan kesamarataan, malah dalam menyebar dakyah samarata itu, DAP secara automatik lebih mudah menunjal kepala orang-orang PAS kerana PAS masih berkhayal dalam tipu daya kesamarataan ini.

PAS pastilah terus memperjuangkan agama Islam di atmosfera di mana agama tidak diterima dalam menafikan hak individu yang mereka perjuangkan. Sebab itulah DAP sampai bilapun akan mendidik PAS supaya beralih dari parti beragama, menjadi parti sekular dan PAS tidak mampu menentang melainkan hanya tersedar sedikit demi sedikit bahawa mereka berada dalam gelanggang yang salah.

Sekularisme yang diperjuangkan bukanlah untuk menegakkan atheisme. Ianya adalah jalan untuk memberi ruang kepada Kristianisasi 'Tanah Mormon' ini berjalan lancar. Sila rujuk lain-lain rujukan.

Dengan hak individu, mereka menggerakkan kumpulan hak individu yang berdiri di atas parti dan kumpulan inilah yang mencipta atmosfrera barisan alternatif negara ini dan PAS menjerat diri dengan menyertai mereka.

Sedarlah.

Friday, August 12, 2011

DAP Memerintah Pulau Pinang Lebih Buruk Dari Pemerintah Singapura

Larang pembesar suara waktu subuh
Oleh Amin Ridzuan Ishak
aminridzuan@bharian.com.my
2011/08/12

PENGERUSI Kariah Masjid Padang Menora, Hamir Mahamud menunjukkan pekeliling JHEAIPP melarang bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara daripada masjid dan surau ketika ditemui di Padang Menora Tasek Gelugor, semalam.
PENGERUSI Kariah Masjid Padang Menora, Hamir Mahamud menunjukkan pekeliling JHEAIPP melarang bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara daripada masjid dan surau ketika ditemui di Padang Menora Tasek Gelugor, semalam.

Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang putuskan amalan bertentangan hukum syarak

TASEK GELUGOR: Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid.

Jika pemerintah Singapura melarang azan dilaungkan dari pembesar suara, umat Islam negara tersebut boleh mempertimbangkannya atas alasan, di ceruk manapun negara itu, umat Islam adalah golongan minoriti kurang dari 20%.

Tetapi, jika di Padang Menora, yang dikelilingi perkampungan Melayudengan 99% penduduk Islam pun dipaksakan larangan menggunakan pembesar suara untuk azan dan tarhim di subuh yang hening, ini merupakan penghinaan besar ke atas umat Islam dan lambang kecelakaan sikap DAP Pulau Pinang yang mengatasi perbuatan pemerintah Singapura.

Bayangkan kerajaan PAS Kedah yang mempunyai tampuk pemerintahan sebuah negeri yang sanggup menjilat dan mencium kaki seorang wakil rakyat DAP di negeri itu, dan perbezaannya dengan kerajaan DAP Pulau Pinang yang mempunyai seorang wakil rakyat PAS yang diterajang dengan hina dan bukan itu sahaja, umat Islam yang berjumlah 43% di negeri itu turut dijadikan biri-biri peliharaan sang singa. Ia adalah sesuatu yang jelas memalukan umat Islam keseluruhannya.

Itu belum di kira :

1. Isu bantahan DAP ke atas PAS Selangor berhubung serbuan ke atas gereja haram;

2. Isu bantahan DAP ke atas PAS Selangor berhubung penjualan arak;

3. Isu bantahan DAP ke atas PAS KL berhubung konsert artis luar negara;

4. Isu ahli politik DAP melafaz ayat al-Quran secara tunggang langgang dan menerima sorakan PAS;

5. Isu BERSIH dan isu air Selangor (di mana kerajaan negeri merancang menyerahkan projek urus air kepada syarikat Singapura atas nasihat DAP), yang mempergunakan PAS;

6. Isu perempuan DAP yang tidak suci diangkat sebagai pemimpin dan di benarkan berucap dalam masjid oleh puak-puak sesat PAS demi wang ringgit yang bakal dihulur.


Semua ini berpunca dari Nizar Jamaluddin yang dengan jelas, memberi indikasi kepada DAP bahawa, PAS adalah tunggangan yang patuh dan tidak akan sesekali membantah. Ini berlaku 3 tahun lalu. Akibat membantah saranan Mufti Perak supaya PAS dan UMNO pada waktu itu bersatu dan membentuk kerajaan campuran, dan menghina Mufti, PAS hilang maruahnya satu persatu dan tidak siapa dapat membantah bahawa Yang Maha Esa memberikan pengajaran kepada PAS melalui cara yang sangat memalukan.

Insaflah para ahli PAS, adakan referendum seluruh ahli untuk mengeluarkan PAS dari Pakatan Rakyat. Selepas itu, musnahkan parti ini, dan namakan ia dengan sesuatu yang baru, yang tidak lagi membawa sial bulan sebutir bernama PAS.

Sunday, August 07, 2011

Misi Kristianisasi Melayu Malaysia Yang Belum Berhenti

Ini dipetik dari laman web Prayer Way yang dikendalikan oleh World Evangelization Research Center. Mereka menyelidiki sesebuah bangsa dan mendoakan supaya Kristianisasi sesuatu bangsa itu berdasarkan permasalahan setempat sesebuah kawasan.


What are their needs?
Over 80% of Malay are rural farmers and fisherman who struggle to earn a living. Health care, clean water, electricity, education, transportation, and communication are all inadequate.

Although evangelical tools to reach the Malay are available, only a tiny minority of the people have become Christians. The western region of Malaysia, Peninsular Malaysia, forbids Christian witnessing to Muslims; yet the government continuously tries to convert Christians and other religious minorities to Islam. The government has imposed numerous restrictions on churches. In Eastern Malaysia, there is considerably more religious freedom, but Islam is still favored. Much prayer and added laborers are needed to reach the Malay with the Gospel.

Prayer Points

  • Ask the Lord to send Christian laborers into Malaysia who understand the culture and religion.
  • Ask the Holy Spirit to grant wisdom and favor to the missions agencies that are presently working with the Malay.
  • Pray for effectiveness of the Jesus film among the Malay.
  • Pray that God will reveal Himself to the Malay through dreams and visions.
  • Pray that the Malaysian government will give the people the freedom to share the Gospel with their countrymen.
  • Take authority over the spiritual principalities and powers that are keeping the Malay bound.
  • Ask God to raise up prayer teams who will begin breaking up the soil through worship and intercession.
  • Pray that strong local churches will be raised up among the Malay.


Selain itu, mereka memiliki data tentang kerja dakwah mereka ke atas orang Melayu dan mencatatnya dalam jurnal-jurnal mereka bagi tujuan gerakan dakwah masa depan. Menurut web ini, terdapat 1,340 ahli gereja berdaftar yang terdiri dari kalangan orang Melayu.

THE PEOPLE

  • People name: Malay
  • Country: Malaysia
  • Their language: Malay (Bahasa)
  • Population:(1990) 5,950,500
    (1995) 6,698,300
    (2000) 7,416,300
  • Largest religion:Muslim (Shafiite) 99.9%
  • Christians: <1%
  • Church members: 1,340
  • Scriptures in their own language: Bible
  • Jesus Film in their own language: Available
  • Christian broadcasts in their own language: Available
  • Mission agencies working among this people: 5
  • Persons who have heard the Gospel: 2,747,600 (41%)Those evangelized by local Christians: 202,300 (3%)
    Those evangelized from the outside: 2,545,300 (38%)
  • Persons who have never heard the Gospel: 3,950,700 (59%)

Bayangkan kajian mereka ke atas keberhasilan dakwah yang telah mereka jalankan sekian lama ini. Pernahkah kita disedarkan?

Hassan Ali Mangsa Pertama Kuasa Penyokong Murtad

'Saya rela dipecat'




KUALA LUMPUR 6 Ogos - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali, yang tidak disenangi oleh anggota Exco yang lain atas ketegasannya mengenai soal Islam, menegaskan beliau sanggup dipecat demi kepentingan akidah ummah.

Katanya: "Saya sanggup melakukan apa sahaja termasuk menerima kenyataan jika saya diminta melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan apa-apa jawatan sekali pun demi memperjuangkan apa yang saya yakin dapat membantu umat Islam, khususnya di negeri Selangor."

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas entri terbaru blog Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin (http://zul4kulim.blogspot.com) bertajuk Genggam Bara Api!

Zulkifli dalam tulisannya yakin Dr. Hasan akan digugurkan daripada jawatan Exco Kerajaan Selangor ekoran tindakannya menyokong Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah gereja Methodist yang dikatakan menjalankan kegiatan dakwah terhadap orang Islam di Damansara Utama baru-baru ini.

Beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas sebelum ini turut membid as Dr.Hasan yang mempertahankan tindakan JAIS itu.

Malahan seorang pemimpin Pas menganggap kenyataan Dr.Hasan dalam isu berkenaan tidak mewakili parti itu.

Mengulas lanjut, Dr. Hasan menegaskan, beliau telah memperjuangkan isu mengenai umat Islam di Selangor sejak dulu lagi, terutamanya berhubung isu penjualan arak di Shah Alam.

"Saya tidak mahu menyentuh isu gereja itu kerana mematuhi arahan tutup mulut (gag order) oleh Menteri Besar. Tapi saya hanya menjawab mengenai soalan saudara berhubung persoalan yang ditimbulkan oleh YB Zul mengenai nasib saya itu.

"Jika sesiapa pun yang percayakan kepada soal keharmonian beragama, maka soal kesucian agama Islam tidak boleh diganggu-gugat sama sekali dan itulah yang saya perjuangkan, adakah itu salah?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengikut rekod terdahulu, Dr. Hasan pernah diberi amaran oleh Jawatankuasa Disiplin Pas kerana membangkitkan mengenai soal penjualan arak di Shah Alam.

Tindakan itu diambil kerana Pas tidak mahu hubungannya dengan parti-parti dalam pakatan pembangkang, terutamanya DAP, terjejas ekoran pendedahan Dr. Hasan itu.

Dalam Muktamar Pas baru-baru ini Dr. Hasan gagal mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden kerana tidak mendapat sokongan daripada puak-puak Erdogan yang didokong oleh Anwar Ibrahim.

Ekoran kekalahan itu, Dr. Hasan turut digugurkan sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor.

Mingguan Malaysia difahamkan Pas Pusat dijangka bermesyuarat esok dan soal mengenai tindakan terbaru Dr. Hasan dalam soal gereja itu dijangka turut dibincangkan.

Difahamkan Dr. Hasan sering menerima tekanan daripada anggota-anggota Exco bukan Islam DAP dan PKR, jika soal-soal mengenai Islam disentuh.

Sebagai rekod selain Dr.Hasan terdapat sembilan lagi yang menduduki jawatan Exco Kerajaan Selangor iaitu Teresa Kok (DAP), Yaakob Sapari (PKR), Rodziah Ismail (PKR), Dr. Xavier Jayakumar (PKR), Dr. Halimah Ali (Pas), Iskandar Abdul Samad (Pas), Ronnie Liu (DAP), Elizabeth Wong (PKR) dan Ean Yong Hian Wah (DAP).

Dalam semua Exco itu, dikatakan Teresa Kok, Dr. Xavier, Ronnie Liu dan Elizabeth Wong adalah antara mereka yang sering menentang Dr. Hasan.

Dalam pilihan raya umum 2008, pakatan pembangkang merampas Selangor daripada Barisan Nasional setelah memenangi 36 daripada 56 kerusi. DAP mendapat 13 kerusi, PKR 15 dan Pas lapan kerusi.


Kebenaran demi kebenaran kini terkuak, untuk apa lagi PAS bersama mereka?

Saturday, August 06, 2011

PAS Patut Keluar Pakatan Rakyat

Program pemurtadan yang dirancang pembangkang ke atas umat Islam negara ini dilihat mempunyai trend untuk menjadi perbuatan sah yang dilindungi undang-undang. Ini kerana, Perlembagaan Persekutuan membataskan penyebaran Kristian ke atas orang Melayu.


Artikel 11(4)

State law and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya, federal law may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam.


Jika melihat kepada trend Melayu yang iri dan memendam dendam kesumat, corak undi ikut rasa supaya binasa tidak harus dipraktikkan. Sikap yang ibarat, biar apa pun terjadi, asal kau tetap ku benci, perlu dikikis dari menjadi anutan. Inilah yang membuatkan orang Melayu tidak tahu apa hak mereka ke atas negara ini.

Hanya parlimen yang menentukan orang Melayu boleh beragama Buddha, Hindu, Kristian atau tidak.

Rata-rata orang Melayu tidak membaca langsung Perlembagaan Persekutuan dan pindaan ke atasnya tidak diambil peduli asalkan benci membenci menjadi senjata. Orang Melayu pada masa yang sama tidak merancang langsung apa yang perlu dibuat untuk memerintah negara.

Ketika inilah ada pihak yang akan mempergunakan kecelaruan pada Perlembagaan Persekutuan untuk menjerat orang Islam.

Tambahan pula peguam-peguam ini seperti M Kula, ahli parlimen DAP Ipoh Barat, memang terkenal dalam membela Tamil yang murtad menjadi Hindu semula.

Kumpulan ini akan melagakan Artikel 11(4) dengan Artikel 5(1) yang menjamin kebebasan merangkumi kebebasan memilih setiap orang.

Artikel 5(1)

5. (1) No person shall be deprived of his life or personal liberty save in
accordance with law.


Orang Islam yang bersama mereka nescaya akan terperangkap dan terpaksa menurut pindaan yang mahu mereka lakukan. Mujur mereka belum berkuasa.

Orang Islam yang bersama mereka hanya tahu apa yang disampaikan ke telinga sahaja. Fakta di sana sini tidak diketahui. Jika terdapat 1000 pembaca blog politik sesebuah pekan kecil, terdapat berbelas ribu lagi yang tidak ambil peduli. Apatah lagi tentang perlembagaan.

Pihak anti-Islam nampaknya melihat PAS dapat membawa lebih ramai orang Melayu dalam perangkap Pakatan Rakyat kerana orang PAS boleh membantu golongan anti-Islam pejuang murtad ini menjadi lebih kuat sekiranya mereka berkuasa kerana hari ini, prinsip politik mereka, tiada siapa berhak menentang agenda DAP.

Bayangkan matlamat menaikkan golongan anti-Islam ini dibuat di masjid-masjid melalui ceramah yang meraih sokongan ke arah PAS.

Langkah orang Islam yang paling cerdas dan bijaksana tetapi tidak dibuat ialah PAS perlu keluar dari Pakatan Rakyat.

PAS Perlu Keluar Pakatan Rakyat Sebelum PRU13

Agenda Kristianisasi tidak pernah berhenti. Ia berjalan dengan senyap selama beratus-ratus tahun sehinggalah mereka memperoleh kuasa politik untuk melaungkan agenda tersebut.

Tetapi kuasa politik ini menggunakan proksi mereka dalam menguasai minda orang Islam supaya kekal berpecah.

Akibatnya sangat menguntungkan mereka. Mereka akan memperoleh sejumlah sokongan yang memberikan mereka kuasa untuk melaksanakan putar belit perlembagaan untuk memerintah negara.

Kebanyakan ahli politik DAP mahir undang-undang sivil yang dipegang oleh Malaysia kerana kebanyakan mereka adalah pengamal undang-undang manakala ahli politik Melayu memang kurang dari kalangan peguam.

Sebab itulah para pengikut ahli politik Melayu tidak pernah diajar tentang politik dan cara mengendali sistem politik itu sendiri.

Sesungguhnya PAS perlu keluar dari Pakatan Rakyat sebelum PRU 13.

Jika tidak, masjid bakal dibina dari tabung derma. Itu sosialisasi yang turut diperjuangkan DAP dan PKR.

Misi Selamatkan Islam. Malaysia Di Ambang Sekularisma Menyeluruh

Umat Islam di Malaysia akan mencapai 70% dari penduduk negara ini dalam tempoh kurang 10 tahun. Peningkatan ini pernah dikesan telah dibatasi oleh pihak tertentu yang menguruskan hospital bersalin kerajaan di negara ini. Jika 70% umat Islam ini menyokong 1 parti, jika tidak 5 atau 6 parti yang bekerjasama atas dasar-dasar Islam, dua pertiga yang diperlukan untuk meminda perlembagaan mengikut kehendak Islam, memang boleh sangat. Malah sistem parlimen Malaysia membolehkan Malaysia ditadbir oleh undang-undang Islam sekiranya persetujuan 2/3 diperoleh di Parlimen. Inilah yang ditakuti DAP kerana Islam itu musuh mereka. Mereka tidak pernah menyebut bakal meletak calon Islam, mereka menggunakan istilah calon Melayu. Bukankah ianya perkauman? Mereka mungkin menyebut setiap Melayu itu Islam mengikut perlembagaan, tetapi Islam sendiri tidak relevan bagi mereka. Mereka masih melihat penganut Islam dari sudut Melayu termasuk PAS. Jika mereka melihat PAS sebagai Islam, mereka akan hormati kehendak rakan Islam mereka dalam mengendalikan premis arak, judi, urut, ayam, konsert artis negeri dajal dan paling teruk, menyokong murtad. Mereka tidak hiraukan itu semua kerana kunci yang membelenggu dua puak Melayu Islam yang bercanggah itu gagal dibuka oleh orang Melayu sendiri. Orang Melayu dengan sikap Melayu tidak melihat perancangan sesebuah pihak ke atas mereka adalah kerana mereka semua adalah orang Islam. PAS hanya perlu keluar Pakatan Rakyat dan menghantar wakil ke semua 222 kerusi parlimen dan 555 kerusi DUN sebagai pilihan ketiga selain BN dan PR. Setelah undi berpecah tiga, PAS berhak menyertai mana-mana pakatan untuk menubuhkan kerajaan. Ini sah dari segi sistem yang diamalkan. Cara politik jenis ini disorok dari orang Melayu.

Friday, August 05, 2011

PAS Perlu Segera Keluar Dari Subahat Agenda Pemurtadan

Agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi sebenarnya dilakukan oleh pihak pembangkang jika dilihat kepada trend ahli politik bukan Islam dari PKR dan DAP yang cenderung berada di pihak yang mendukung kemurtadan.

Biarpun rata-rata penyokong kemurtadan di internet dikuasai oleh golongan atheist yang semakin berkembang hatta dikalangan orang Melayu, kumpulan ini mendapat sokongan simpati dari politikus DAP dan PKR melalui sokongan keahlian kumpulan tersebut di Facebook contohnya.

Khamis, Ogos 04, 2011
Pakatan Rakyat Bakal Izinkan Kemurtadan

Sebuah kumpulan penyokong kemurtadan yang digerakkan oleh seorang warga Singapura, bernama Murtads In Malaysia & Singapore turut disertai oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran (DAP) , ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai (PKR) , Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Hiew King Cheu (DAP), ADUN Rawang, Gan Pei Nei (PKR) , ADUN Kota Damansara, Nasir Hashim (PSM), Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye (PKR) dalam kumpulan yang berdiskusi memburukkan Islam atas komen komen yang cukup menyakitkan hati. Bacaan penuh

Kristian sengaja dijadikan kambing hitam oleh mubaligh mereka sendiri seperti Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham yang merupakan orang kuat gereja Methodist di Perak. Kristian mereka tidak sama seperti Kristian di Arab yang berkembar dengan Islam. Kristian mereka telah dianggap sesat sejak penubuhan Vatican.

Apa yang mereka mahukan ialah pemurtadan umat Islam negara ini yang dijalankan menggunakan rakyat Malaysia sendiri yang suka bercakap mengenai hak mereka masing-masing.

Hak adalah fatamorgana. Tetapi jika dengan diat menimbulkan amuk, itu merupakan satu provokasi. Adakah hak untuk memprovokasi dijamin oleh undang-undang?

Ramai Melayu Singapura telah buang Islam dari asas anutan. Mereka tidak menceritakan agama apa yang mereka anuti kemudiannya melainkan menyerang Islam dengan biadap.

Ini boleh terjadi di negara ini sekiranya, bahagian umat Islam yang masih menyokong politikus jenis penyokong kemulutcelakaan golongan anti-Islam di negara ini, terus memberi sokongan dengan cara kerbau dicucuk hidung oleh mereka.

Umat PAS perlu sedar akan hal ini.

Thursday, August 04, 2011

Pakatan Rakyat Bakal Izinkan Kemurtadan

Sebuah kumpulan penyokong kemurtadan yang digerakkan oleh seorang warga Singapura, bernama Murtads In Malaysia & Singapore turut disertai oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran (DAP) , ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai (PKR) , Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Hiew King Cheu (DAP), ADUN Rawang, Gan Pei Nei (PKR) , ADUN Kota Damansara, Nasir Hashim (PSM), Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye (PKR) dalam kumpulan yang berdiskusi memburukkan Islam atas komen komen yang cukup menyakitkan hati.

Cukup hairan apabila motif penubuhan group itu ialah untuk mengkritik dasar Malaysia yang menghalang kemurtadan tetapi mereka tidak berniat berbincang soal undang-undang dan cara meminda undang-undang tersebut.

Apa yang mereka buat ialah menghina Islam, junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dan Allah SWT. Mengapa? Pastilah kerana mereka mahu undang-undang dan kesedaran memegang dua pertiga hak mengubah perlembagaan itu dijauhkan dari pengetahuan orang Melayu!

Maka dengan itu, mudahlah mereka meminda perlembagaan sekiranya sokongan bukan Islam ke atas Pakatan Rakyat telah memastikan kuasa tersebut ada di tangan mereka hari ini. PAS di perkudakan di jalan raya. Ahlinya tidak tahu membaca Federal Constitution dan tidak dapat memberi pembelaan ke atas Islam melalui teknik-teknik perundangan pindaan dua pertiga ini andai pemerintahan jatuh ke tangan puak pembangkang.

Kita wajar hairan mengapa politikus bukan Islam ini yang beria-ia menyokong kebersamaan mereka terhadap penghina Islam dengan kejian jahat. Memang mereka tidak memberi komen, namun kehadiran mereka di situ dengan profil rasmi sudah pasti merupakan sesuatu yang mereka kehendaki. Walhal, sebagai kafir totok, mereka tidak mempunyai kena mengena dengan kemurtadan kecuali penegak dogma sosialis yang tersisa, Nasir Hashim.

Puas hati? Betulkan jalan anda sebelum melihat permata atas jalan orang lain yang masih boleh dijual untuk dibuat duit. Tetapi sokongan terhadap Pakatan Rakyat menjual Islam dan membeli sekularisma total yang sampai bilapun anda tidak akan dapat tebus. Lihat sahaja Indonesia dengan 80% penduduk Islam. Mereka sendiri menyokong sekularisma total. Ia tidak dapat ditebus semula.