Jumaat, Januari 06, 2012

Kewangan Negeri Perak Surplus

Banyak pihak kononnya mengatakan bahawa ekonomi negeri Perak amat nazak selepad BN mengambilalih pemerintahan negeri. Tetapi hakikatnya, kerajaan negeri pimpinan Dr. Zambry Abd Kadir telah berjaya membawa kewangan negeri Perak ke tahap yang baik.

KEDUDUKAN KEWANGAN NEGERI TAHUN 2011 CAPAI TAHAP SURPLUS


Kedudukan kewangan negeri Perak untuk tempoh tahun 2011 adalah pada tahap surplus, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Katanya tahap surplus itu dicapai selepas mengambil kira perbelanjaan dan kutipan hasil bagi tahun lepas.

Katanya, bajet yang dibentangkan menjangkakan hasil 2011 adalah sebanyak RM784.4 juta tetapi jumlah kutipan hasil yang berjaya dikumpulkan sepanjang tahun lepas adalah sebanyak RM812.6 juta.

“Walaupun sebelum ini kita umumkan bajet defisit, tetapi dengan kutipan yang melebihi jangkaan itu, kita mempunyai lebihan sebanyak RM28.2 juta. Maka dengan ini kedudukan kewangan 2011 bagi Perak sebenarnya mencapai tahap surplus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco yang pertama untuk tahun 2012 dipejabatnya hari ini.

Menurut Menteri Besar seperti tahun 2010, kerajaan negeri berhasrat menggunakan lebihan hasil itu bagi tujuan pembangunan bagi projek yang memberi faedah lansung kepada rakyat.

Tiada ulasan: