Kerajaan Selangor mahukan saya tampil dan kemukakan bukti konflik kepentingan, penyalahgunaan kuasa dan salah laku pentadbiran negeri. Saya akan buat. Pada masa yang sama, saya akan kumpulkan bukti bagi kerajaan negeri tersebut melihat hingga ke dasar, namun wajar mereka melihat dua hal ini dulu.
Kes pertama melibatkan ipar Azmin Ali, Johan Taharin. Johan menemui seorang pemaju yang menghadapi masalah kelulusan sejak Pakatan Rakyat menguasai empat tahun lalu.
Saya mengenali pemaju ini beberapa tahun. Dulu dia adalah pengundi MCA. Pertama kali pada tahun 2008, dia mengundi Pakatan Rakyat. Dia pernah memberi peluang untuk saya berucap kepada jiran-jiran, sahabat handai dan keluarganya di rumahnya sendiri supaya undi akan diberi kepada Pakatan Rakyat. Hasilnya, ada sahabat handainya yang pulang dari Australia, Kanada dan Amerika Syarikat semata-mata untuk mengundi Pakatan Rakyat.
Pemaju ini mengadu si Johan datang ke syarikatnya setelah mengetahui dia menghadapi masalah dalam mendapatkan kelulusan untuk membantu, dengan bayaran tertentu.
Pemaju ini bertanya kepada Johan apakah kepastian kelulusan diperoleh selepas dia membayar kepada Johan? Adakah boleh dia membayar selepas kelulusan diperoleh, daripada membayar sebelum kelulusan? Ini kerana urusan projek tersebut ini melibatkan jutaan ringgit.
Johan menyebut dia hanya mewakili Azmin Ali dan jika mahu Azmin boleh didatangkan untuk kepastian lanjut.Para pemaju ini hanya menyebut mereka akan fikirkan tentang itu. Pemaju tersebut menelefon saya memaki hamun saya. "kamu undi PR sebab kamu. Sebelum ni kami penyokong MCA. Sebab kamulah pertama kali kami sokong PR."
Apa bezanya PR dan BN kalau mereka juga mintak rasuah?". Pemaju itu kemudian bertanyakan saya apa yang patut di lakukan. Perlukan mereka membayar permintaan itu. "Adakah saya dijamin mendapat kelulusan selepas membayarnya?". Saya memberitahu si pemaju itu, kita undi Pakatan Rakyat untuk menamatkan rasuah. Tapi jika kini kita perlu membayar suapan bawah meja kepada Pakatan Rakyat, mengapa susah-payah kita perlu menendang BN? Kan lebih baik kekalkan sahaja BN?
Si pemaju tidak membayar rasuah tersebut dan sudah tentu kini projeknya tersangkut. Dia bersumpah akan berkempen menentang Pakatan Rakyat dalam PRU mendatang.
Kes selanjutnya ialah berhubung kerja-kerja guaman yang disalur keluar dari jabatan perundangan MBPJ kepada kumpulan peguam yang telah menjadi barisan pemimpin PKR.
Sejumlah besar kerja berkait undang-undang yang serah kepada pemimpin-pemimpin ini mencetus rasa tidak puas hati dikalangan ahli majlis bandaraya yang terdiri dari wakil Pakatan Rakyat sendiri. Mereka berdiam diri demi kepentingan penyatuan parti. Mereka berpendapat jika mereka menceritakan hal ini, ia akan membahayakan peluang PR untuk pertahankan Selangor pada PRU mendatang.
Peguan-peguam ini ialah Derrick Fernandez dan Lateefa Koya, yang juga ahli majlis MBPJ dan pemimpin PKR, Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa dan Timbalan Presiden PKR yang baru, N. Surendran. Lateefa juga bekerja dengan Daim & Gamany, syarikat guaman Sivarasa.
Kerja-kerja penting berkait guaman di MBPJ telah dialihkan tugasnya ke firma Sivarasa, Surendran dan Derrick atas pengaruh Lateefa Koya dan Derrick. MBPJ sepertinya hak PKR. Jika ini bukan korupsi, apakah sekurang-kurangnya konflik kepentingan?
Anwar tahu akan hal ini tapi membiarkan. Anwar tak perlulah menyuruh saya sediakan angka-angka pula lepas ni sebab semuanya boleh diperoleh dari MBPJ.
MBPJ perlulah telus mendedahkan jumlah sebenar kerja guaman yang diberi kepada tiga buah firma ini dan semua yuran guaman yang dibayar kepada mereka sepanjang Pakatan Rakyat memerintah Selangor.
Daim dan Gamany berpindah dari pejabat selekehnya sekitar masjid India ke pejabat yang bagus berhampiran menara MBPJ. Surendran pula bukan lagi peguam miskin. Selalunya menaiki Proton Saga buruk mencari kerja. Sekarang dah ada pemandu dengan kereta kontinental. Kekayaan sekelip mata.
Firma Surendran bernama Edwin Lim Suren & Soh dan firma Derrick pula ialah Derrick Fernandez & Co. Sivarasa juga dalam senarai ahli lembaga pengarah Kumpulan Perangsang Selangor dan menikmati elaun pengarah berbelas ribu sebulan selain kerja-kerja guaman MBPJ.
OK, seperti saya sebutkan, marilah kita mulakan dengan dua kes ini sementara saya mendapatkan bukti-bukti untuk kes lain.
1 comment:
Jikalau benar, tak sebanding rakusan dan tirisan UMNO.
Post a Comment