Thursday, June 14, 2012

Tarikh Paling Sesuai PRU13



Tarikh yang sesuai untuk membubarkan parlimen adalah pada saat selesainya sambutan Hari Malaysia ke 49 pada 16 September ini yang mana hari tersebut perlu dirayakan dengan pengisian kenegaraan yang maksimum sehingga memberi kesan kepada rakyat tentang pentingnya mereka memastikan masa depan yang lebih baik bagi negara ini.

Sambutan Hari Malaysia tahun ini sewajarnya diisi dengan unsur-unsur kenegaraan yang tinggi dan jika boleh, tidak perlulah untuk dibayangi peluang menonjolkan mana-mana parti politik sebagai jaguh selama ini kerana rakyat yang bijak mampu menilai pada siapakah mereka harus bersama menongkah gelora dunia serba mencabar yang menanti negara ini.

Hasil progres negara yang mantap dan berkesan perlu dihebahkan manakala rancangan jangka panjang kerajaan perlu dihuraikan sepanjang 31 Ogos hingga 16 September dan ini memberi keyakinan penuh kepada rakyat untuk terus memberi mandat kepada Barisan Nasional untuk meneraju negara ini memandangkan barisan Nasional telah mengalami rejuvenikasi dan kembali relevan.

Kita bukan menolak Anwar Ibrahim bulat-bulat kerana di sebalik sifat demonstrasi jalanannya pada tahun 70an , dia diterima baik sebagai barisan pemimpin negara sepanjang 80an dan 90an.

Bukan kita tidak menguji dia sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana dalam hanya 3 bulan di tahun 1997 dia memangku jawatan tertinggi negara itu, dia telah menyelewengkan banyak perkara bagi menggendutkan akaunnya diluar negara.

Kita tidak mahu Bapa Korupsi Negara yang melaung-laungkan ketelusan, anti-rasuah dan kata-kata yang sinonim dengan integriti dengan raut wajah penipu besar ini, menjadi pemimpin kita kerana sehingga hari ini, dia masih menyimpan malah menggunakan hasil penyelewangan wang negara tersebut!




No comments: