Monday, December 03, 2012

Orang Luar Sambut Anwar Di Taman Perpaduan

Teman dah agak. Seperti yang diulas oleh Facebook Taman Perpaduan di Facebook Penyair Hitam, rata-rata yang datang ke Jelajah Merdeka Rakyat Anwar Ibrahim di Taman Perpaduan petang semalam adalah orang luar. 

Tapi memang ada la satu dua muka PAS tegar yang termenyih-menyih apabila Bapa Pluralisma merangkap Bapa Korupsi Nasional ni sampai ke kawasan tu. Tak ke ironik fundamentalis Islam memuja Bapa Pluralisma? Itu biasa bagi penganut Islam politik.

Untuk rekod, jumlah pengundi di DUN Hulu Kinta pada PRU 12 2008 ialah kira-kira 23,000 dengan 19,000 yang keluar mengundi. Dari jumlah tersebut, 6,000 orang mengundi PKR walaupun diletakkan calon India di DUN yang mempunyai 63% pengundi Melayu itu.

Namun, petang semalam, kurang dari 500 orang yang datang mendengar sembahan agung puak pluralis agama ini menyampaikan dakyah. Bicaranya berkisar tentang fitnah yang kononnya dilontarkan ke atasnya. Fitnah dia atas orang lain dia lupa nak cerita.

Jika ditolak dari mereka yang datang semata-mata hendak melihat aksi kelibat serta bas mewah yang dipimpin sebuah Toyota Camry yang bukan calang-calang, hanya 200 hingga 300 sahaja penjilat totok Anwar yang mahu hadir.

Menurut Facebook Taman Perpaduan, Taman Perpaduan mempunyai 12,000 orang penduduk dan menurut teman, dari jumlah itu, sudah tentulah tidak kurang dari 5,000 pengundi berdaftar ada di sana.

Walaubagaimanapun, PM Najib tak teringin kah nak datang Taman Perpaduan? PM Mahathir pernah dah datang dulu. Setahun selepas diterajangnya Anwar keluar kabinet. Pun begitu ketika itu, 10,000 orang dari berbagai pelusuk kawasan menyambutnya.

Teman petik kata-kata seorang penduduk Taman Perpaduan. "Belum jadi PM dah semewah itu, kalau jadi PM habislah duit rakyat". 


Foto dipinjam dari Facebook Penyair Hitam - Back to Album

2 comments:

Anonymous said...

Anwar dah beruban dan botak, muka pulak cangkung tak nampak sei langsung. Itulah tanda-tanda banyak dosa ataupun tanda dah lama tak main bontot.

Anonymous said...

teman pergi ke sana semalam untuk melihat sendiri bagaimana dajal menipu orang. (teman memang orang sana.)

Apa yang boleh di simpulkan baru la saya faham kenapa program Maharaja Lawak boleh laku. Orang kita suka benda yang melalut-lalut cuit sikit dah gelak. Siap ajak nyanyi-nyanyi lagu Najib dengan rentak TANYA SAMA POKOK. Bila gelak-gelak berdekah-dekah orang rasa melambung maka tercipta la feel good factor dan kesimpulannya jadilah persepsi yang buat persemabahan tadi bagus etc. Akhirnya translate jadi undi walaupun apa yang Anwar cakap semua menipu. Yang betul tang Bismilah je. (ada ka dia cakap kes tak ada kad pengenalan dan IC merah salah kerajaan jugak. Salah tuan punya badan la sapa suruh tak mohon?)

Anwar cukup memahami psyche orang terutamanya orang Melayu. Bila ucapannya untuk Melayu mulalah dia keluar topeng Islam dan Melayu dia . Semalam bila cakap dengan orang India dia guna loghat India. Habis hati Achi semalam. Habis hati imam-imam surau sekelilig Taman Perpaduan bila Anwar keluar ayat-ayat Quran.

Walauapapun saya bersetuju dengan komen empunya blog bahawa Pak Najib haruslah jenguk-jenguk juga yang bebawah ni. Janganlah detached sangat dengan pengundi. Orang yang bawahan yang akan memberi undi. Siapa yang akan mereka undi orang yang mereka gelak sama-sama di tepi jalan atau orang yang mereka nampak di TV sahaja. Itu pun menangis-nangis.