Wednesday, December 05, 2012

Ranking Malaysia Memulih Dalam Indeks Persepsi Rasuah 2012


Di sebalik persepsi negatif rakyat yang jiwa kacau, Indeks Persepsi Rasuah 2012 menunjukkan kedudukan Malaysia memulih 6 tangga dari tangga ke 60 , kini naik kepada tangga 54.


Tidak bersalahan dengan tindakan dan kenyataan Tunku Aziz Tunku Ibrahim, Pengerusi Transparency Malaysia yang keluar DAP dan kini pro-kerajaan, bahawa apa yang kerajaan memerintah lakukan adalah betul, dalam memerangi rasuah dan menjalankan transformasi.

Amat melegakan bagi warga anti-rasuah macam teman yang tidak pernah menawarkan wang kepada pihak polis - kalau saya salah, saman je lah, saya rayu kat mahkamah - atau tidak pernah teringin menerima wang dari mana-mana pihak dalam sebutharga dan tidak pula terasa untuk dibayar dalam menjalankan blog ini selama 4 tahun 9 bulan kerana ini merupakan kemenangan bagi orang-orang seperti teman.

Kekalahan pula berpihak kepada golongan warganegara yang bobrok yang sentiasa memomokkan bahawa negara ini kusut akibat rasuah.

Berikut adalah kedudukan tahun  2011 - 2012 bagi negara-negara Asia Tenggara.

Singapura  : 5 - 5
Brunei : 44 - 46
Malaysia : 60 - 54
Thailand : 80 - 88
Indonesia 100 -118
Vietnam 112 - 123
Filipina 129 - 105
Timor Leste 143 - 113
Laos 154 - 160
Cambodia 164 - 167

Tahniah SPRM!

No comments: