Masih tertanya-tanya apakah sehina ini undang-undang Filipina yang masih membiarkan Jamalul D. Kiram bebas setelah tiada bukti apa-apa yang diperlukan lagi kerana segalanya telah jelas bahawa dialah yang menggerakkan perlakuan pencerobohan bersenjata ke atas kedaulatan negara jiran mereka, Malaysia.
Malah selepas kejadian syiling 50 sen negara Malaysia yang diperolehi secara misteri oleh seorang kanak-kanak di hadapan rumah Jamalul Kiram oleh lelaki misteri yang mengambil foto jarak dekat rumah Sultan palsu ini, pihak Filipina mengerah anggota keselamatan mereka mengawal rumah Kiram dari sebarang kemungkinan.
Selain itu seorang senator Filipina menuduh pihak Malaysia tidak bersikap terbuka berhubung kebenaran wartawan mereka untuk masuk membuat liputan di Lahad Datu dengan mengambil contoh Perang Teluk dan Perang Vietnam. Persoalannya, yang memberi kebenaran membuat liputan dalam dua perang tersebut ialah pihak yang menceroboh.
Bukankah bodoh sebodohnya seorang yang bertaraf senator masih dalam mode MEMBELA PENGGANAS dengan bersikap mengkritik pemerintah negara yang diceroboh ketika rakyatnya sendiri melakukan kejahatan dengan menceroboh negara tersebut?
Benigno Aquino boleh diletakkan ketepi kerana pula pemerintahan Benigno Aquino sangat menyayangi perjanjian damai antara pihaknya dan MILF di Mindanao Oktober lalu yang diusahakan Malaysia.
Khabar-khabar angin pula menyebut Filipina amat mengharapkan curahan pelaburan dari Malaysia dengan termeterainya perjanjian tersebut demi membangunkan Mindanao yang mana mereka tidak mampu lagi menguruskannya.
Namun, TV-TV Filipina saban hari menemubual ahli politik dan sejarawan yang membela malah menyokong tindakan penceroboh dalam menuntut Sabah. Tidak pernah pula mereka mewawarkan bahawa majoriti besar rakyat Sabah menolak sebarang usaha untuk negeri tersebut dijajah oleh Kiram demi tembolok Filipina.
Dalam konteks pembangkang Filipina, membiarkan Malaysia melabur di Filipina hanya menguntungkan Malaysia. Tetapi merampas Sabah menjadi sebahagian Filipina adalah cara untuk Filipina bernafas semula. Kerana itulah hubungan baik ketua pembangkang negara ini dengan pihak pembangkang di Filipina sangat akrab.
Malah semua dapat saksikan tok dalang itu bersalaman dengan Estrada, bekas presiden Filipina, yang merupakan 'ketua pembangkang' Filipina yang mengepalai United Nationalis Alliance yang juga bekas banduan akibat salah guna kuasa. Pada masa yang sama mempunyai keakraban tidak ternafikan dengan Nur Misuari, juga bekas banduan yang ditahan oleh Malaysia atas permintaan Filipina, 11 tahun lalu atas tuduhan melancarkan keganasan.
Malah semua dapat saksikan tok dalang itu bersalaman dengan Estrada, bekas presiden Filipina, yang merupakan 'ketua pembangkang' Filipina yang mengepalai United Nationalis Alliance yang juga bekas banduan akibat salah guna kuasa. Pada masa yang sama mempunyai keakraban tidak ternafikan dengan Nur Misuari, juga bekas banduan yang ditahan oleh Malaysia atas permintaan Filipina, 11 tahun lalu atas tuduhan melancarkan keganasan.
Inikah jawapan sebenar kepada "SABAH NAK HILANG" ?
Persoalan besar sekali, secara halusnya, wajarkah kita mempercayai Filipina keseluruhannya selain dari Benigno Aquino? Dalam konteks ini, pada siapakah pembangkang Filipina akan bersekongkol untuk menjatuhkan Benigno di pihak Malaysia? Pada Najib? Jangan buta kali ini. Buta kali ini bermakna buta selamanya.
Kiram jelas melakukan jenayah. Mengapa masih dilindungi anggota keselamatan Filipina?
4 comments:
Ayuh kita kibarkan Jalur Gemilang seluruh pelusuk Sabah tanda solidariti kita kepada Sabah milik Malaysia selamanya...
Ayuh rakyat Malaysia kita kempen dalam Facebook, blog, twitter, WhatsApp... Jalur Gemilang bukan hanya untuk dikibar masa hari kemerdekaan sahaja!!!!
BRO.musuh dlm negara bertopengkan agama lebih bahaya dari Filipina dan penganas kiram !! jgn lupa !!
MAG, saranan disokong 100%.
APS, itu kita tahu. nak hapus mmg tak boleh. tugas kita skrg menjadikan mereka segelintir kecil puak sesat.
Adakah Kiram bersendirian di Filipina? nantikan post terbaru jam 11.27 malam nanti. Promosi plak dah. Hehe.
philipina tak akan mampu berperang dengan malaysia kerana mereka sedang perang dingin dengan china,vietnam dan jepun berhubung kepulauan spratly.
Apa yg.perlu malaysia buat adalah berterusan menghalang barang keperluan harian dari sabah masuk ke negara mereka. Bila harga barangan harian melonjak mahal, maka secara otomatik rakyat mereka sendiri memerangi kiram.
gen2felda
Post a Comment