Isnin, Mac 18, 2013

P 063 Tambun Kini Berjumlah Lebih 88,300 Pengundi, Kedua Tertinggi Di Perak



Parlimen Tambun telah mengalami kenaikan 27.83% jumlah pengundi berdaftar mengikut rekod SPR sehingga  12 Mei  2012. 

Mengikut rekod tersebut, Parlimen Tambun sehingga tarikh tersebut telah mempunyai 88,358 orang pemilih berbanding 68,699 orang pada PRU12 tahun 2008.

DUN Manjoi mengalami peningkatan sebanyak 37.5% iaitu 50,379 pengundi berbanding 36,640 pada PRU 2008 manakala DUN Hulu Kinta mengalami peningkatan sebanyak 19 % dengan 34,881 pengundi berbanding 29,326 pada PRU 2008.

Ia merupakan satu lonjakan yang cukup tinggi berbanding pada PRU 2008 di mana bilangan pemilih bagi parlimen Tambun berada pada kedudukan keenam paling ramai pemilih di negeri Perak selepas Batu Gajah, Ipoh Timor, Gopeng, Lumut dan Ipoh Barat.

Jumlah itu menjadikan Parlimen Tambun kini merupakan kawasan parlimen kedua tertinggi bilangan pemilih di negeri Perak selepas Parlimen Gopeng yang mempunyai 96,272 orang pemilih sehingga 12 Mei 2012.

Angka yang sah di hari mengundi kelak semestinya lebih tinggi dari ini kerana SPR akan menggunakan senarai daftar terkini pada PRU13 nanti.

Parlimen Tambun merupakan satu-satunya kawasan Parlimen bermajoriti Melayu di bandaraya Ipoh dengan kerusi parlimen dan dua kerusi DUN dimenangi oleh wakil UMNO pada PRU12 2008.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SELAMAT TINGGAL PR PERAK ! SELAMAT TINGGAL PR PERAK ! PAS SUDAH PUN DIBERI PELUANG OLEH RAKYAT PERAK PRU 12...TAPI ANDA GAGAL ! KERANA PERBUATAN NIZAR YG TAK BOLEH DI TERIMA OLEH KAMI ORANG MELAYU PERAK !!

asifadio berkata...

aku org tambun.. tambun mmg confirm ler BN pegang sebb semua org suka husni.. igt tak nk ngundi sebb BN confirm menang but takpe la aku tetap akan join ngundi sebb nak bg BN menang majoriti besar

dari penduduk tmn desa rambun, ipoh

Tanpa Nama berkata...

walaupun BN pasti menang besar di kerusi Parlimen Tambun untuk PRU-13 ni, aku akan tetap turun mengundi BN. PR boleh pergi jahanam...

IPOH MALAY berkata...

husni sebenarnya baik, mudah didekati, tak caya komer cuba hampiri dia.. bodyguard dia takkan halang.. mungkin dia tak bagi halang.... yes.. berikan mandat utuknya.. teman bukan ahli umno.. tetapi kali ini dia dapat undi teman. ayuh ajak rakan2 komer keluar mengundi bagi menunjukkan terima kasih kepadanya atas khidmat kepada rakyat di tambun. mana asri othman PKR lawannya yang dapat 20,000 undi dulu? mana rupanya pu teman dah lupa.. apa lagi kelibat musibatnya.. apa 20,000 pengundi asri othman dapat dari kelibat ini? tq anak muda tambun.

Tanpa Nama berkata...

Mohamad Asri Othman datang bertanding di Tambun semata-mata nakkan populariti je pun. Kalau menang tu hari, agak2 nya jadi pengikut bontot wan jijah dan nuar peliwat ke sana ke mari je la. Macam MP Kelana Jaya, apa kerja yang dia pandai buat?? Menang sebab jadi cameraman isu Lingam correct.. correct.. corect....