Selasa, Mac 05, 2013

Gabenor Wilayah Autonomi Islam Minadano Gesa Geng Kiram Tamatkan Pencerobohan


Mesej Mindanao kepada Kiram


Mesej Mindanao kepada Kiram

KUALA LUMPUR: Gabenor Wilayah Pentadbiran Autonomi Islam Mindanao (ARMM), Mujiv Hataman mengulangi gesaan kepada pengikut waris Kesultanan Sulu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Jamalul Kiram III supaya menamatkan pencerobohan ke atas Sabah.

Menurut Mujiv, ARMM akan meneruskan usaha memujuk kumpulan penceroboh itu supaya berundur dan mengingatkan mereka supaya mempertahankan persaudaraan atas nama Islam.

"Semua orang Islam bersaudara. Saya sekali lagi menggesa mereka (penceroboh) menamatkan pencerobohan di sana," kata Mujiv dalam satu kiriman mesej kepada Astro Awani.

Tambah beliau, ARMM sehingga ini terus berhubung dengan kumpulan Kiram namun mereka bertegas dengan pendirian untuk tidak berundur.

"Kiram mendesak rundingan dijalankan pada peringkat neutral seperti badan-badan antarabangsa mengenai tuntutan (ke atas Sabah) sebelum menghentikan pencerobohan," ujar Mujiv.

Sementara itu di Manila, jurucakap Presiden Benigno Aquino III, Ricky Carandang hari ini berkata, kerajaan Filipina telah menggunakan semua pendekatan untuk mengelak pencerobohan di Sabah berakhir dengan keganasan.

Kenyataan itu dibuat selepas kerajaan Malaysia melancarkan serangan ke atas penceroboh yang berkubu di Kampung Tanduo, dekat Lahad Datu, mulai pagi ini.
 
"Kami telah melakukan segala yang terdaya yang boleh bagi menghalang kejadian ini berlaku tetapi pengikut Kiram memilih jalan tersebut," kata Carandang.

Pencerobohan Kiram setakat ini mengorbankan lapan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sorang gila nak jadi PM Malaysia, sorang gila nak jadi Gabenor Wilayah Autonomi Islam Mindanao

Tiada ulasan: