Tuesday, March 19, 2013

Lim Kit Siang Dari Ipoh Timur Ke Gelang Patah

Lim Kit Siang yang dikenali tidak berjasa di Ipoh Timur, berpindah lagi. Diwawarkan Parlimen Ipoh Timur akan ditandingi oleh Ahli Beliawanis MCA Pusat yang telah melakukan kerja untuk rakyat Ipoh Timur dengan cemerlang.

Dia yang mahu bertanding di Johor dikatakan memilih kerusi Parlimen Gelang Patah , parlimen yang mengumpul sebahagian besar Cina di Johor Bahru.

Di parlimen ini juga letaknya loji air yang membekalkan air ke Singapura dan DUN Skudai yang disandang oleh wakil DAP, ketua pembangkang di Johor,  seorang rasis yang enggan memakai songkok ketika majlis angkat sumpah DUN Johor 2008 silam.

Ini membuatkan Chua Jui Meng yang beria-ia mahu bertanding di kerusi tersebut telah diketepikan.

Adakah  mesej yang hendak disampaikan oleh Tan Ah Eng bahawa beliau dapat menjamin kelangsungan politik tokoh pembangkang ini sehingga sanggup melepaskan Ipoh Timur yang dimenanginya dengan majoriti puluhan undi ke sebuah Parlimen yang dimenangi BN sebelum ini dengan 8851 undi?

Berbanding Ipoh Timur yang memiliki 80% pengundi kaum Cina, Gelang Patah hanya mempunyai 54% pengundi kaum Cina mengikut data tahun 2008.

Padan muka Chua Jui Meng.

PKR "serah" kerusi Gelang Patah kepada Kit Siang


JOHOR BAHRU 18 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya 'mengalah' kepada DAP apabila memberi laluan kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk bertanding kerusi parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis anjuran DAP di Taman Sutera Utama di sini malam ini, sambil menyifatkan isu 'perebutan' kerusi di Johor sudah selesai.
"Kita tidak nafi memang ada sedikit masalah yang timbul berhubung kerusi itu sebelum ini, namun Kit Siang memberitahu saya dia sudi bertanding di situ, jadi saya menyokong penuh hasratnya itu," kata Anwar.
Kerusi Parlimen Gelang Patah menjadi punca sengketa antara PKR dan DAP Johor apabila Pengerusi PKR negeri, Dr. Chua Jui Meng menyatakan hasrat untuk bertanding di kawasan tersebut tetapi ditentang oleh Pengerusi DAP negeri, Dr. Boo Cheng Hau.
Pada pilihan raya 2008 lalu, kerusi tersebut ditandingi oleh wakil PKR, Dr. Zaleha Mustafa tetapi tewas kepada Tan Ah Eng daripada BN dengan majoriti 8,851 undi manakala pada 2004, ia ditandingi oleh calon Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Sementara itu, kelibat Jui Meng tidak kelihatan pada majlis itu malam ini. - UTUSAN


2 comments:

Anonymous said...

Ternganga la mulut Chua Jui Meng dengan strategi MP TAIKO KATAK BESAR (sebab selalu tukar kawasan parlimen setiap kali pilihanraya).

Sejarah MP TAIKO KATAK BESAR (Lim Kit Siang)..

1969–1974 Bandar Melaka
1974–1978 Kota Melaka
1978–1982 Petaling Jaya
1982–1986 Kota Melaka
1986–1999 Tanjong
1999-2004 Kalah bertanding di parlimen Bukit Bendera
2004-2013 Ipoh Timur
2013-?? Mahu dicalonkan di Gelang Patah pulak..

KATAK OH KATAK, kenapa selalu mahu tukar kawasan??

Anonymous said...

Wah, Lim Kit Siang melarikan diri ke Gelang Patah??? penat mencari undi di Perak??