Tuesday, April 09, 2013

Imbasan : Kisah Politikus PR Menyokong Kemurtadan

Walaupun Group di Facebook ini telah ditiadakan, namun bekas kewujudannya kekal tersimpan di sanubari umat Islam yang sedar di negara ini. Adakah mengundi mereka membuatkan kita diredhai Allah? Faktanya, tidak usahlah menegakkan yang bathil demi kuasa politik yang sementara. Menghairankan, macai DAP beragama Islam sanggup memanipulasi hadis dan sebagainya demi menggesa agar Pakatan Rakyat disokong.


Pakatan Rakyat Bakal Izinkan Kemurtadan


Murtads In malaysia & Singapore , sebuah group di Facebook, turut disertai oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran (DAP) , ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai (PKR) , Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Hiew King Cheu (DAP), ADUN Rawang, Gan Pei Nei (PKR) , ADUN Kota Damansara, Nasir Hashim (PSM), Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye (PKR) dalam kumpulan yang berdiskusi memburukkan Islam atas komen komen yang cukup menyakitkan hati.

Kita wajar hairan mengapa politikus bukan Islam ini yang beria-ia menyokong kebersamaan mereka terhadap penghina Islam dengan kejian jahat. Memang mereka tidak memberi komen, namun kehadiran mereka di situ dengan profil rasmi sudah pasti merupakan sesuatu yang mereka kehendaki. Walhal, sebagai kafir totok, mereka tidak mempunyai kena mengena dengan kemurtadan kecuali penegak dogma sosialis yang tersisa, Nasir Hashim.

Puas hati? Betulkan jalan anda sebelum melihat permata atas jalan orang lain yang masih boleh dijual untuk dibuat duit. Tetapi sokongan terhadap Pakatan Rakyat menjual Islam dan membeli sekularisma total yang sampai bilapun anda tidak akan dapat tebus. Lihat sahaja Indonesia dengan 80% penduduk Islam. Mereka sendiri menyokong sekularisma total. Ia tidak dapat ditebus semula.



KOLEKSI ARKIB

8 comments:

مهمد شفاريز said...

Aik,bkn sekarang pun dah ramai ke org yg murtad?hurm,x caye tuan boleh tanya kat jamil khir,serious,bnda ni dah lame brlaku,bkn ape,memang perlembgaan malaysia dah membenarkan sesiapa yg berumur 18 tahun ke atas utk tkar agama,so,x kan masih nak salahkan pakatan raya

IPOH MALAY said...

org murtad hal lain.. pemimpin PR menyokong murtad hal lain.. fahami tajuk dan isi.. boleh fikir kalo nak fikir.. tapi kalau jenis membangkang itu memang kau.

مهمد شفاريز said...

Org murtad la hal yg besar,adakah tuan x gusar,kerajaan sekarang bkn lg menyokong,bahkan dah luluskan murtad,

IPOH MALAY said...

itu hal yang ditangani melalui pendidikan islam dari rumah dan peruntukan undang2 tertentu. mengerti? ini soal pilihanraya, memilih pemimpin, mengerti? katakan aku pengundi gopeng, aku mesti undi lee boon chye yang menyertai gerakan murtad? kerana menegakkan Pakatan Rakyat? prinsip apa mcm tu? bila aku cakap kau kaki putar, kau marah. kenapa ko buta mata hati? ko munafik beb. bagi aku artikel perlembagaan persekutuan yang membenarkan orang Islam menukar agama. PAS boleh ubah ? Ubah prinsip parti yang tak menentu dulu. Bukan semua orang sebengap korang.

مهمد شفاريز said...

Seriously kenapa tuan yg lari tersasar dr apa yg sy hujahkan?Hujah tuan panjang berjela,tapi xda 1 point pun yg sy bleh take note,sy rasa bukan sy yg marah,sebab tu tuan mencaci sy,tuan boleh semak blik mana komen sy yg mencaci tuan,?

Anonymous said...

Bkankah kerajaan bn ni yg x ambik tindakan ble ade isu sal murtad. Sape lebih awal menghalalkan klu bkn pemimpin bn malah presiden mca ngan selambernye ckp sal hudud n dah terang terangan x ske islam. Mane menteri agama, mane jabatan agama? Sumer tu berpaksi pade bn. Seperti mana yg tuan bg info td tuan sndiri pemimpn pr x de pin komen mencaci islam. Jika profil tuan muncul kat grup pro israel tntunye tuan pro israel maknanye

@blanka

Anonymous said...

Saudara Fareez.

MURTAD BUKAN BIDANG KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN yang mana sekarang di pegang oleh Pentadbiran BN. Tolong baca dan buat kajian dahulu

Bidang Kuasa untuk membicarakan isu murtad ialah bidang kuasa MAhkamah Syariah yang tertakluk kepada Enakmen Syariah negeri masing-masing.

Pentadbirannya Agama Islam negeri-negeri pula adalah di bawah kuasa Sultan melalui majlis agama negeri-negeri masing-masing. Pentadbiran kes murtad tidak ada kaitan dengan BN atau Pas atau DAP.

Yang berkaitann isu murtad dengan BN pula ialah pada tahun 1988 Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan telah di pinda dengan penambahan artikel 121 1(a)untuk memberi kuasa yang setaraf antara Mahkamah biasa dan Mahkamah Syariah. Mahkamah biasa sudah tidak ada bidang kuasa atas Mahkamah Syariah dan bermakna tidak ada kuasa untuk membicarakan kes-kes Murtad. Kerajaan BN pada waktu ini di pimpin oleh Tun Mahathir yang memegang majoriti 2/3 telah membuat pindaan ini. TERIMAKASIH TUN MAHATHIR. Kalau Pemimpin lain tak tentu lagi sebab pindaan PErlembgaan bukan isu main-maian. Perlu ada political will yang hebat bukan setakat cakap nak buat itu ini bila Karpal Sing berdehem terus jadi khunsa.

Yang ada kaitan kes murtad dengan Pakatan Rakyat pula ialah yang kita nampak contohnya dalam kes LINA JOY pemuka-pemuka dan lowyer-lawyer yang haramjadah dari PAKATAN telah bawa kes ini ke MAhkamah biasa tetapi gagal la sebab Artikel 121 1(A) pada tahun 1988 dah ada yang di pinda oleh Tun Mahathir dan rakan-rakan di PARLIMEN. Saya tidak pasti samada ahli Parlimen PAs berstuju atau tidak pada pidaan tahun 1988 ni. Kalau zaman sekarang pindaan ini di buat sudah pasti tak bersetuju sebab ikut cakap DAP. Takut Karpal Singh berdehem

Sesiapa orang PAs yang tak tahu apa artikel 121 1(a) ni jangan tanya Tok Guru kamu NIK Aziz sebab dia tak pernah sebut pun benda ni. Mungkin dia tak faham atau sengaja tak nak cerita. Tolong buat kajian sendiri ye. Jangan jadi bodoh.

Anonymous said...

Fareez hg suruh org ckp dgn fakta tapi aku tgk hg punya komen xda fakta pn..ermmm