Tuesday, April 09, 2013

Mengundi Di Hari Bekerja? SPR Jangan Buat Hal

Ramai orang membantah Pilihanraya Umum diadakan di hari bekerja. SPR seharusnya peka akan hal ini dan seharusnya memikirkan jalan terbaik bagi memastikan peratus keluar mengundi meningkat.

Pengerusi SPR menjelaskan bahawa pihak SPR tidak menolak kemungkinan PRU13 diadakan pada hari biasa. 

Jika penjawat awam boleh diistimewakan dengan cuti peristiwa, ketahuilah terdapat berjuta-juta lagi pekerja swasta yang tidak mungkin dapat menikmati cuti untuk keluar mengundi.

Ramai yang mahukan tarikh 27 April ditetapkan sebagai tarikh pilihanraya umum. Tidak ada sebab bagi sebuah Suruhanjaya tidak lebih peka dari kerajaan memerintah dalam mendengar permasalahan rakyat.

Adalah diharapkan SPR tidak membuat keputusan yang pelik-pelik berhubung tarikh pilihanraya. Penurunan peratusan mengundi tidak memberi impak yang baik kepada negara.


120 comments:

مهمد شفاريز said...

Boleh percaya ke spr di negara kita bersikap neutral?

Anonymous said...

Salam fareezpro2. Hehe.
Tak caye aku bsifat neutral. Nape stiap kputusan spr akan slalu memihak pd bn.
Klu spr jujur dan kate undi adalah rhsia knape kakitangan kerajaan yg menyokong n undi pr leh dikesan n dibuang keje.

@blanka

IPOH MALAY said...

ha .. macam ni baru bagus.. jangan main terjah pakai bahasa tak bagus.. sure dilayan tak bagus..

SPR bersikap neutral saya percaya. tapi pengerusinya bersikap neutral saya tak percaya. sebab setiap individu ada pilihan masing2. kerja penjawat awam, haruslah menegakkan dasar2 pemerintah tidak kira parti apa dan tidak mengira dia menyokong parti apa. sedangkan beberapa petinggi penjawat awam di SPA pun pro-pembangkang. itu hak individu. tidak seharusnya terbawakan ke dalam organisasi kerana 's.o.p' semua pihak pelaksana dasar adalah neutral tanpa mengira fahaman politik. setakat ini kredibiliti mereka dinilai oleh pemantau antarabangsa dan tidak ada keraguan yang timbul kecuali dari pemuka2 pembangkang.

IPOH MALAY said...

Tanpa Nama

Ko kakitangan awam? Mana ada kakitangan awam pro pembangkang yang dibuang kerja. Buktikan. Sebab di ofis lama aku, paling hebat berpolitik ialah kakitangan ahli-ahli PAS. kerja sampai pencen dan menikmati semua faedah saraan. jangan bercakap tanpa bukti kalau taknak dilabel sebagai ekstrimis PR.

مهمد شفاريز said...

Welcome to this blog blanka,hehehe,sy ternanti nanti khadiran saudara dan saudari aisya ke sini,bkn apa,owner blog ni bnyak membiarkan soalan saya tergantung je

IPOH MALAY said...

oh.. panggil geng.. silakan..

مهمد شفاريز said...

Maaf, terlupa jawb salam,hehehe,waalaikumsalam

مهمد شفاريز said...

Untuk merancakkan suasana blog tuan yg sunyi,mohon berkongsi pndapat ye tuan

IPOH MALAY said...

silakan.. tapi aku bukan selalu hadap blog ye.. dan aku bukan blogger yang dibayar spt sesetengah blogger politik di kedua2 pihak.. aku ade banyak kerja dan 70% posting adalah scheduled... itu hangpa patut tahu.. jemput srikandi korang yang nak melawan Husni tu masuk.. nak berkenalan

مهمد شفاريز said...

Maksud tuan,puan siti aisyah?insyaallah bliau akan cube melawan husni tu,jgn risau,kita merancng tapi ALLAH yang menentukan kemenangan,tak gitu?

مهمد شفاريز said...

Sedangkan kerajaan firaun yg mengaku dia hebat pun boleh tumbng dengan kekuasaan ALLAH,inikan pula si dato husni tu..kami hantar srikandi sahaja

IPOH MALAY said...

kerajaan firaun tumbang sebab dia bongkak dan 10 perkataan terakhir di ayat ko, sangat jelas 'rendah diri tahap paras beku' itu. hehe.. silakan srikondi.. srikondi yang banyak berbakti.. srikondi yang tiap2 minggu turun ipoh untuk deliver to the people... kemenangan itu dijanjikan ALLAH bagi yang berhak... saya percaya itu... jika srikondi telah dipasang 4 tahun lalu membantu penduduk Tambun, saya yakin dia menang. Tetapi kalau dihantar dengan penuh riak dan takbur..... sekian sahaja.

Anonymous said...

Betul2 ku ckp betul

Anonymous said...

Betul2, lebai2 pas banyak yg dok kerja dgn kerajaan tak kena buang pun. Ini lah pemikiran sempit cai PR. Dengar org cerita je

مهمد شفاريز said...

Bknkah kerajaan sekarang pun dah bongkak dan takbur,blum apa2 lagi dah hebohkan di indonesia bakal menang besar,ini bkn statement sy.tp topik ni tuan yg kuarkan sebelum ni,tak gitu tuan ipoh malay

Anonymous said...

Dh tak boleh lawan lu bro. Tu yg en fareez angkat geng heee......

IPOH MALAY said...

akhbar indonesia memetik laporan AFP.. dan apa yang saya siarkan ialah ketiadaan tokok tambah penulis seperti kebiasaannya. adakah anda membaca berita tersebut? anda nyaris saya cela. tapi bahasa anda menyelamatkan anda.. hehehe

IPOH MALAY said...

hehe.. fareez akan masuk di setiap posting mulai hari ini.. mungkin saja dia agen ketua srikondi PKR yang nak dipertandingkan di Tambun. lanjutkan usaha.

مهمد شفاريز said...

Ini keratan yg tuan kuarkan seblum ni

"Kami sangat optimistis bahwa kami mampu memang besar, yang berarti berhasil meraih dua pertiga suara mayoritas," ujar PM Najib seperti dilansirAFP, Kamis (4/4/2013).

Mcm inikah bongkak yang tuan maksudkan?Punca kerajaan firaun tumbng kan?

مهمد شفاريز said...

Ujar pm maknenya kata pm kan?so,kira najib ni bongkak lah kan tuan ipoh malay?insyaallah beliau akan tumbng kan?x gitu

IPOH MALAY said...

tapi dia belum jawab soalan saya... adakah saya perlu mengundi calon PKR di DUN Hulu Kinta demi agama dan tanahair yakni seorang penjudi lumba kuda berketurunan india yang juga kawan saya? perbezaan politik tak pernah meruntuhkan persahabatan sehinggalah munculnya cai cai PR menegak dogma tak jelas membawa picagari berisi doktrin beracun. bersihkan pemilihan parti anda, maka keyakinan rakyat ke atas anda akan datang dengan sendirinya. jgn ibarat muka buruk, cermin dibelah.

IPOH MALAY said...

kalau Anwar sebut kami yakin akan menang, kami yakin kerajaan tukar 16 september 2008, tidak menafikan anggapan dia anugerah tuhan, ibarat imam mahadi, ibarat nabi, memuliakan kuasa rakyat melebihi memuliakan kuasa Allah, itu lambang rendah diri yang sangat mulia. kan? anwar akan menang kan? hahaha.. anda pertama kali mengundi, saya kali keempat mengundi. bukan semua undi saya untuk BN. tetapi bukan kali ini.

مهمد شفاريز said...

Saya bukan agen sesiapa, cuma mencari pencerahan sahaja

مهمد شفاريز said...

Tapi,mengikut komen2 yg tuan beri,sy yakin memang 4x tuan memangkah BN

Anonymous said...

Aku tak bcakap tanpa bukti sbb blaku kat kwn aku sndri. Kwn aku sorang ni pn tgh mnunggu tindakn krna memberi komen sal peguam perancis dihalang msuk. Ble tuan slalu sgt mndapat ksenangan pasti tuan akan melupakan kesalahan yg telah dibuat.

@

مهمد شفاريز said...

Sy bkn melawan wahai encik tanpa nama,sy cuma ajak berhujah sahaja

Anonymous said...

Wei bodoh .... susah le nak cakap ngan orang bengal ni. Dah lah menfitnah pastu nak nak terima kebenaran plak ... fareez bodoh...

مهمد شفاريز said...

Sy tidak faham apa yg encik tanpa nama ni brckp,betul2 ku ckp betul?

IPOH MALAY said...

1999 saya orang keADILan .. kenapa nak pangkah BN? 2004 saya bukan dalam keadilan lagi.kepimpinan pak lah ramai yang senangi. 2008 , seperti ratusan ribu lagi, saya adalah saboteur BN, kepimpinan paklah saya tolak. 2013 saya pangkah BN dengan tulus bukan sebab BN bagus. tetapi pembangkang jelik. anda jangan risau. di sini anda hilang hanya satu undi. di luar sana, anda kena berhadapan realiti. ratusan undi untuk PKR pergi tak kembali. jangan salahkan kami. salahkan pemimpin anda sendiri. anda tak salah. dia yang salah.

IPOH MALAY said...

kawan kau kena buang kerja sebab komen pasal peguam perancis tak boleh masuk? hahaha. siapa yang kesan, siapa yang buang? dia ada hak lawan di mahkamah. kenapa tidak lawan? atau dia ada salah laku lain yang melibatkan integriti?

مهمد شفاريز said...

Pemimpin kami mana yang bersalah?cuba bgtahu sy?nak juga sy tahu

Anonymous said...

Tuan sndiri menganggap dsai bgitu. Dsai x de ngaku seperti yg tuan tuduh.

@blanka

IPOH MALAY said...

perhatikan blog ini betul2.. kandungan blog ini tidak fokus ke atas salah laku anwar seperti blog lain. di mata kami, kesalahan BESAR pembangkang ialah berpolitik 100%. cuba fikir, samakah orang yang bekerja untuk kami, dengan orang yang memperkerjakan kami untuk kuasa politiknya? fikirkan. rakyat tidak bodoh.

مهمد شفاريز said...

Tuan kerja kerajaan ke?ok,snang mcm ni,tuan tahu imam muda masjid negeri di sebelah hospital besar ipoh?nama dia ustaz huri alias.oleh kerana beliau pro kepada pas dan akhirnye dipecat jawatan imam dah akhirnye cume bertugas di dalam pejabat agame sahaja

Anonymous said...

Aku kte kwn aku ni dibuang sbb dikesan pangkah pr dn sorng lg ni tgh mnunggu tindakan. Kwn aku ni cme org bwahan. Nak lwn kat mahkahmah cmne klu hak dah dnafikan.

@blanka

مهمد شفاريز said...

Dimana ayat sy yg fitnah?kmudian siapa encik untuk menilai sy bodoh

IPOH MALAY said...

aku tak rasa itu boleh jadi blanka.. ko hanya dengar cerita dia tanpa ko siasat apa kes sebenar. sebab aku ada Ketua PKR ranting kat opis aku dulu. steady berkhidmat sampai hari ini. mustahil tak siapa tahu. Sidek Hasan, KSN tu, dulu pun pro-PAS. masalahnya apa? masalah kawan kau tu aku yakin diada-adakan.

IPOH MALAY said...

huri alias berpolitik dalam masjid. seperti anda menyebut berpolitik di dewan orang ramai dan masjid itu sama saja tak baiknya, anda perlu sokong ustaz itu ditukarkan . tetapi takde sapa halang dia dari terus berpolitik di masjid di luar tugas. tentulah kerajaan yang tak mau politik di masjid akan menukar sesapa saja yang jelas2 menegak dogma umno atau pas. kalau hint2 tu lain cerita. kalau jelas2 tu tandanya tunjuk gedebe.

مهمد شفاريز said...

Jadi barisan x berpolitik 100% ke?

مهمد شفاريز said...

Islam memisahkan politik dngan agame ke?Bknnye ustaz huri menyatakan anda soknglah pas...

IPOH MALAY said...

barisan berpolitik 150% pun, tapi dengan cara bekerja untuk kami, no problem. kami memperkerjakan mereka. saya tuntut sesuatu dari ahli parlimen, seorang menteri, tanpa appointment. pegang bahu cerita satu2. PR belum boleh seperti itu. belum jadi menteri tapi? manakala.. PR, cuba memperkerjakan kami demi cita-cita politik mereka ke jalan-jalanraya, berpanas terik, secara kumulatif. namun hasil di tempat masing-masing, APA?

مهمد شفاريز said...

Mana tuan tahu ustaz huri alias berpolitik di dalam masjid?

IPOH MALAY said...

anda bercakap islam dan politik itu satu. tetapi anda masih duduk memohon kami mengundi pkr dan dap yang sekular. anda tahu maksud sekular kan? tuntutan blog ini garapan dari cakap-cakap rakyat sejak dari 2010 supaya PAS keluar pakatan dan jadi 3rd force bermodalkan rm11 juta sahaja untuk bertanding 222 parlimen dan 505 DUN, PERNAH KAH DIHIRAUKAN?

kenapa kali ini anda perlu kami hiraukan? sudahlah tak mendatangkan apa2 manfaat, menempa cerca pula disini sana.

IPOH MALAY said...

sebab saya dulu kerja kementerian kesihatan. itu tapak surau kami sebelum majlis bandaraya ambil jadikan masjid. dan saya ada puluhan handai di hospital ipoh.

مهمد شفاريز said...

Bekerja untuk kami?bkn kami bekerja untuk diorang ke?hasil diorang bersenang lenang?kenapa dah lebih 50 tahun bru kerajaan nak bg br1m?kenapa bru ada br1m 1 dan br1m 2?ini tuan ckp diorang bekerja utk kami?bekerja utk kami ke utk kroni?

usin said...

sori tumpang tui, ada sikit nk tulis kt fareezpro2.
persoalan: pm optimis bn boleh menang dgn majoriti lebih besar tu kira bongkak & takburkah? bagaimana pihak yg tuan sokong pulak bila bercakap? bukankah bernada sama? macam yg selalu nik aziz nik mat ungkapkan melalui mulutnya. penuh dgn ujub, riak dan bongkak. serupa dgn firaun juga layaknya. itu pasal la seluruh tok guru sekolah pondok dah sepakat mengundi pas haram. tuan ada solusi? pihak yang paling banyak membina masjid, mewujudkan begitu banyak entiti Islam, meletakkan agama Islam dalam perlembagaan (pas dah buang Islam dalam perjuangan sebab negara Islam tiada dalam al-Quran kata hj hadi), kurikulum agama Islam dalam sistem persekolahan dsb tapi tuan samakan sebagai firaun. agaknya tuan masih terlena tidur di dalam jamban...

Anonymous said...

Adakah sy perlu mengundi calon bn demi agama dan tanahair yakni seorang beragama islam tp mengamalkan rasuah dan mnunjukkan sifat bongkak.

@blanka

مهمد شفاريز said...

Bn pula 100% muslim ke tuan?

IPOH MALAY said...

tq usin.. pencerahan yang baik.

bekerja untuk kami bila mana hasrat kehendak dan keperluan kami dipenuhi. Husni adalah pemimpin UMNO paling cermat, paling kedekut dan paling jimat. Sebutkan skandal Husni dari segi integriti. Pernah nyaris bertumbuk dengan Jeffery Cheah sbb pemilik Sunway itu mahu jual lot2 kedai bumiputra tepi batu 5 tu kepada non bumi dan ditawarkan sekian2 juta ringgit. harini kedai tersebut kekal milik bumi. Srikondi PKR menyembelih diri sendiri.

manakala guan eng dengan tawaran tebusguna laut beratus ekar kepada syarikat demi terowong yang belum ternampak.

manakala azmin mensailang beberapa projek di selangor demi kroninya.

saya tak kecoh pasal kroni jika tugas sebagai wakil rakyat cemerlang. tapi kalau tugas wakil rakyat ke laut, kroni didahulukan, itu bukan BN. Itu jelas jelas PR.

مهمد شفاريز said...

Seluruh skolah pondok yang dah disogok dngan rm 2 juta untuk timbulkan fatwa dmikian?Tuan boleh cr tak menteri besar yg dah 22 tahun memerintah negeri tapi duduk rumah mcm rakyat biasa dan bknnya singgahsana seperti menteri hal ehwal agama di mana singgahsana beliau lebih besar dari masjid dpn rumah beliau?

Anonymous said...

Betulke sumer tok guru pondok tu ikhlas sepakat kate undi pas haram atau ader habuan menanti. Abdullah samaah kate undi dap haram, tut3 dpat sumbangan 2 juta. Undi mca pn haram jge klu gtu. Presiden die ble ckp sal hudud n memperlekehkan islam

@blanka

IPOH MALAY said...

anda kenal calon PKR hulu kinta? jangan spin banyak. aku takde hak mengundi tempat lain. tapi aku ada hak melobi pengundi tempat aku. tolak calon PKR dun Hulu Kinta dan Parlimen Tambun. itu sahaja. kami tak nak kawasan kami mempunyai jalanraya sehodoh permatang pauh, sekumuh kubang semang, seselekeh pekan penanti ,selopak guar perahu. walaupun MP nya ketua pembangkang, ketua umum parti yang 'bersih'. kerja untuk rakyat tempat sendiri dahulu. baru fikir tentang tempat lain.

Otak geliga said...

Saya KAGUM KEBEBASAN BERSUARA yg ada dlm blog pro-BN/UMNO.....mmg TERBAIK!!

Blog Ipoh Malaypun dah POPULAR sekrang.....Tahniah!

Anonymous said...

Bkan ke bn cengitu jg? Bagaimana tuan leh yakin sama skali. Pengerang kat johor tu 20 buah tanah kne ambik ade yg kne byr tp x berbaloi ngan hrge ade x dpt.

مهمد شفاريز said...
This comment has been removed by the author.
مهمد شفاريز said...

80% tanah di iskndar jb dah dibeli oleh cina singapore,salah pakatan juga ke tuan?

مهمد شفاريز said...

Encik ni dah salah tempat ni,tuan tanah ni bgtaw yg blog ni x memihak mana2 pihak

IPOH MALAY said...

saya mengundi di parlimen Tambun, dan mensasarkan tulisan ini kepada 88,000 pengundi di Tambun. sila kembali ke isu parlimen Tambun.

Soal di Pengerang, tuntutan soal tanah adalah dibidang kuasa kerajaan negeri johor. dasar2 tanah berbeza2 mengikut negeri. pemberian tanah 999 tahun juga melanggar kanun tanah negara. tetapi tak melanggar undang2 tanah di perak. anda harus tahu salurkan masalah ke pihak yang berkaitan tanah.. inilah contoh kerja PR. memperkerjakan rakyat demi populariti.. jika benar2 membantu rakyat, beri pencerahan. bukan memanfaatkan ketidaktahuan.

Otak geliga said...

Boleh saya nak mencelah???

kepada yg membandingkan KEBURUKAN yg UMNO/BN lakukan dgn parti pembangkang spt ayat....."BUKAN BN MCM TU JUGA", maksudnya PR juga melakukan perkara yg sama BURUK. jadi apa bezanya benda BURUK ke-2 belah pihak?

sepatutnya PR jgn buat sptmana keBURUKan yg UMNO/BN buat?....pelik...berlumba2 pulak nak menyusahkan rakyat....hahaha

pasal isu Pengerang.....kalau dah tahu BURUK bukan takat "RAMPAS" tanah rakyat, tp alam sekitar, kenapa ia nak dibawa ke Kelantan?....mungkin di Kelantan tiada RAMPASAN TANAH & alam sekitarnya akan terjamin jika projek dipindahkan??

IPOH MALAY said...

anda harus tahu kuasa pelaburan tidak dapat ditolak mana2 pihak. berapa banyak pula pelaburan singapore di penang dalam tempoh ini. adakah sesiapa menyalahkan pakatan selain dari persepsi anda sendiri?

Otak geliga said...

Kepada yg Bertanya adakah BN 100% muslim...kalau dah tahu kenapa tanya?

cuma buat masa ni hanya UMNO 100% Islam....PAS spt yg kita tahu la kan....haha

IPOH MALAY said...

jika Kelantan tiada rampasan tanah, mustahil PAS kalah di Galas walaupun menyogok orang asli terang-terangan.

IPOH MALAY said...

benar apa yang dikatakan geliga... blog ini, untuk PRU13, 100% pro-BN.

مهمد شفاريز said...

Sy pun nak tahu dimana kerajaan yg sdia ada ni membntu rakyat?

Anonymous said...

Dri cara tuan ckp nmpakne tuan ni seorng ade pengaruh. Ble seorng ade pengaruh tentu akn dlayan.

Otak geliga said...

berkaitan isu penghinaan MCA pd hukum Hudud

mungkin yg bertanya LUPA, MCA tu KAFIR & apa yg NA kata berkaitan dgn KAFIR menghina Islam?

extremnya DAP & MCA mungkin dr segi luarannya berbeza tp dalaman kita x jelas...kenapa berbeza?

DAP JELAS mengatakan melalui Karpal "langkah mayat dia dulu....." & LGE dlm wacana Sinar harian 2012 juga sekali lg menyatakan "DAP tak sokong utk Hudud dijalankan sbb tak boleh diterima oleh semua org...."

MCA pula JELAS melalui Presidennya menyatakan mereka menentang Hudud PAS yg JELAS BERBEZA antara negeri berjiran walaupun diperintah oleh PAS iaitu Terengganu & Kelantan

tapi slps UFB jumpa dgn beliau, apa beliau kata?.....MCA boleh terima Hudud jika itu adalah kehendak MAJORITI....kesederhanaan JELAS di situ....jd apa usaha PAS utk menerangkan Hudud pada Karpal, LGE atau DAP?....tunjukkan usaha yg telah dibuat

cipap merah pedih said...

Hidup PR

Otak geliga said...

80% tanah SUDAH dibeli oleh Singaporean.....di JOHOR tiada salah sesiapa....ke pelabur Singapore & pemimpin2 di Johor ada melakukan kesalahan semasa jual beli?

IPOH MALAY said...

soalan anda itu mengandungi jawapan. Seolah2 PR tidak perlu membantu rakyat sebab dan dan cai-cai semua melihat BN tidak membantu rakyat. sekali lagi saya jelaskan, kemenangan BN kelak bukan kerana mereka kuat. tetapi kerana kepincangan matlamat memimpin di pihak anda. 5 tahun disia-siakan. itu salah umno? itu salah bn? kalau begitu, maaf kata, anda jelas sekali menghidap penyakit delusional yang kronik. saya lemas nak jelaskan satu2 apa yang kerajaan dah bantu. sebab itu hasil peras ugut kami. tiada apa yang perlu dibanggakan. tetapi untuk memeras ugut contohnya LGE, sedia sahaja berhadapan dengan kongsi gelap seperti khabar yang kuat ditiup dari utara.

Otak geliga said...

di mana keraajaan skrg membantu rakyat?

Astaghfirullah.....hahaha tak tau nak kata apa dah....kenapa saudara keluarkan kenyataan mcm ni?

مهمد شفاريز said...

UFB yg brnikah di siam tu ka?Sblum dap menyertai pakatan lg puak2 umno dah menakut nakutkan dap tentang hudud...hudud bkn milik pas,tapi milik ALLAH,ex pm kita yg terang2an beragama islam sndiri yg ckp "kita sbg umat islam yakin akan hukum hudud,tapi kerajaan x kan melaksanakn kerana rakyat yg berbilang kaum"

cipap merah pedih said...

Hai farezz n blanka

مهمد شفاريز said...

Menjual tanah pada singapore x salah?mula2 pulau batu putih hilang,skarang iskandar pula

IPOH MALAY said...

tanah di johor berhampiran dengan singapura, secara geografinya, tidak apa yang menghairankan dengan pelaburan yang akhirnya memanfaatkan rakyat dengan peluang kerja. tetapi dari segi pemilikan harta, kenapa penang yang jauh dibondongi rakyat singapura? apa manfaatnya kepada rakyat? siapa yang membuka pintu seluasnya? siapa yang ke singapura setiap minggu?

IPOH MALAY said...

kalau bercerita tentang ex-pm , samalah bercerita tentang hadi awang yang menyebut kafir bekerjasama dgn bukan islam. cuba kembali ke dunia nyata mengikut masa.

مهمد شفاريز said...

Umno 100% melayu,bab islam sy tak tahu la,coz umno cume perjuangan BANGSA MELAYU

مهمد شفاريز said...

So,salah ke sy ckp ex pm kita tolak islam?

Otak geliga said...

sogoka RM 2 juta utk sekolah pondok:

bila dibantu kata SOGOKAN/RASUAH.....bila tak dibantu kata kerajaan menentang/menganaktirikan sekolah pondok.....sebenarnya apa yg kamu semua mahu?

22thn memrintah tapi duduk dirumah yg sederhana.....jika hanya melihat kepada SATU JALAN mmg nampak seperti ZUHUD.....tetapi anak2nya mcm mana pula?.....duit simpanan?....tanah? etc....itu semua kena ambil kira

rumah BESAR salah, rumah BIASA2 salah.....saya nak tanya berapa ramai pemimpin PR selain NA yg duduk rumah kampung?....cuma spekulasi byk sgt mengaitkan NA dgn mahligai sbelah rumah dia.....boleh bg link utk pencerahan, mahligai/bangunan apa sebenarnya sebelah rumah NA tu?

Otak geliga said...

UMNO 100% Melayu...Melayu tu islam atau kafir?

sekarang PAS bukan 100% Islam (takda istilah Melayu dlm PAS)

cuma nak tanya DHPP tu keISLAMANnya lebih dr UMNO atau TIDAK?

SOKONG ISLAM & SEORANG ISLAM adalah berbeza di sisi Allah....ke sama?

IPOH MALAY said...

pelabur menanam pelaburan dengan pajakan tempoh tertentu. tiada siapa akan menjual tanah kepada singapura. kalau dah dijual ke singapura, mustahil sultan johor tidak berteriak. tiada orang asing boleh membeli tanah seluas iskandar. bukan semua rakyat singapura kaya. ramai yang cukup makan sahaja. mereka hanya boleh beli rumah untuk program rumah kedua sahaja. itupun kriteria sudah diperketatkan.. satu lagi persepsi dangkal PR yang merosakkan kebolehpercayaan umum ke atas mereka. mempergunakan ketidaktahuan marhaen hampir umpama dengan merogol gadis yang innocent.

golden penis said...

Maaf tuan page ipoh malay..si farez ni mmg cmni..kt pg milosuam dia bolot sini pon nk menunjuk pndai..ilmu xstara mane pon...undi tu hak masing masing..xyah la nk membangkang sgt...ade baik buruk jgk si ipoh malay ckp tu..org lame byk pengalaman..perbezaan idealogi politik bkn bermksud kau nk bermusuh ngn sesiapa..wlaupon aku sokong pr..bkn brmkna aku nk kne mengiakn ape yg kau ckp...cube kau control emosi..amalkn sikap keterbukaan..

Otak geliga said...

apa masalah NIKAH dgn persoalan HUDUD di sini?

sekarang ni JELASkan apa usaha PAS utk menerangkan Hudud pada DAP yg dah takut dgn Hudud sbb UMNO hasut?

adakah PR akan perjuangkan Hudud?

kenapa dlm manifesto tiada langsung HUDUD?

IPOH MALAY said...

Saya tak suka nak sebut Anwar dan keselamatan Israel, Anwar dan undang2 homoseks, tetapi saya suka nak sebut, hudud ditolak PKR dan DAP, tetapi kenapa masih boleh bekerjasama? Anwar sebagai pemimpin Jaringan Islam Liberal nusantara, meliputi Malaysia dan Indonesia, menerima Islam? sebutkan masa bila Anwar menyokong hudud.

IPOH MALAY said...

Hudud kini tiada dalam agenda PAS. Hadi Awang sebut Hudud tiada dalam Quran. Tapi semua orang dapat lihat, hudud masih dipermainkan para cai.

Otak geliga said...

kenyataan ex-pm adalah menJELASkan situasi sebenar permasalahan Hudud di Malaysia....jika di Kelantan & Terengganu semasa PAS memerintah GAGAL melaksanakan Hudud sedangkan org MELAYU MAJORITI BESAR dlm dua2 negeri & beragama Islam, bayangkan satu malaysia

kenapa Hj Hadi kata Hudud hanya 0.0001% dr seluruh Islam?...apa kenyataan pemimpin2 PAS berkaitan Hudud?

apa kenyataan Nizar ex-MB Perak yg mendapat tepukan gemuruh pemimpin2 DAP Perak?

IPOH MALAY said...

aku pun sebenarnya malam2 je cakap baik2.. siang2 aku banyak kerja. bahasa pun tak cantik.. kot kalo terasa sori la.. tapi harus diingat, mesej yang nak disampaikan cukup jelas. cuma perlu baca keseluruhan komentar. bukan baca ayat pertama, dan taip komen. hehe

Anonymous said...

Ye ke x mmihak mn2 blog fareez. Aku tgk sumer salah pr je. Takde salah bn pun tuan tanah ketengah.

Otak geliga said...

cuba en fareez bg tau di mana penjualan tanah SALAH di sisi undang2

ya di sisi pemilikan tanah MELAYU (MELAYU???...mungkin dlm bab ini dibolehkan sebut MELAYU) merugikan org Melayu.....tetapi jika org2 Melayu ISLAM yg kaya di fitnah merata2 spt Syed Bukhari di mana jalan penyelesaiannya?

pembangunan perlu diteruskan....jika Melayu kaya monopoli, dikatakan KRONI.....habis tu nak buat mcm mana?.....dah Cina Singapore nak beli tanah utk dimajukan mengikut lunas undang2 sebagaimana tanah& balak di Kelantan

berkaitan Batu Putih.....ini mahkamah ICJ dah tentukan...kalau ikut SEJARAH & LOKASI sewajarnya Malaysia menang.....tetapi bukan itu ICJ lihat......dah kalah, kita nak menyerang Singapore atau mcm mana...sila beri cadangan atau memang PR sudah ada draf penyelesaian utk pengambilalihan semula Batu Putih dr Singapore?...kalau ada sila share

Anonymous said...

Hai cmp

IPOH MALAY said...

dia tak persoalkan macammana Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham dapat menyapu bangunan terbengkalai di Ipoh menukar kepada Tower Regency Hotel dengan kuasa rubber stamp siapa? Sekarang, PAS dapat diskaun tak kalau guna Tower Regency? hehehe

Otak geliga said...

sebenarnya tak perlu tuan blog nak bg tahu.....INI BLOG PRO UMNO/BN....sendiri faham sudah....x perlu nak bangkitkan perkara yg sedia maklum

kalau setakat nak main perli2....ok je...hehe

kalau dah blog pro UMNO/BN of kos la MAJORITI artikel hentam PR.....ke ada blog PR yg MAJORITI artikelnya HENTAM PR sendiri lepas tu claim kata INI BLOG PR?....itu kenyataan OXYMORON namanya...hahaha

IPOH MALAY said...

hehehe... nice one otak geliga :)

Otak geliga said...

begitu juga bangunan2 di Kota Bharu yg diambil oleh hanya sstgh syarikat utk dibina KONDO...itu BUKAN KRONI....itu usaha pemaju...hahaha

apabila orang mengaku "SAYA SEORANG YG BAIK, BERSIH, TAK RASUH, TIADA KRONI" makanya, org lain akan beri perhatian lebih pd si pengucap utk memastikan adakah si pengucap CAKAP SERUPA BIKIN

Anonymous said...

Aku tak dengar cerite die je tp org atasan die sndri bgtau hal ni. Leh jwb tuan blog. Adakah anda kakitangan kerajaan?

@blanka

Otak geliga said...

saya dah lama nak tahu...bila & siapa perkataan KRONI ni sesuai digunakan?

mungkin pro PR boleh beri pencerahan kalau sudi la

IPOH MALAY said...

aku bekas kakitangan awam. berhenti sebab aku tumpukan pada perniagaan. kawan aku semua jenis fahaman politik, kecuali di sini. aku nak tanya kau blanka, sebab apa kawan ko dibuang sedangkan berpuluh ribu penjawat awam pengundi pembangkang kekal bertugas, dan kekal bersembang politik setiap hari tanpa jemu jam 10 pagi, 1 petang, 3 petang , hatta sebelum start kereta balik kerja? kawan kau malang. mungkin malang yang diundang sendiri. kalau ko boleh dengar cerita sampai pegawai atasan dia, kenapa kau masih bekerja?

IPOH MALAY said...

saya tutup perbincangan yer. tidor awal menyihatkan minda untuk menjernihkan pemikiran. selamat malam.

Anonymous said...

Aku tak yakin umno 100% islam.

@blanka

Anonymous said...

Ler bekas penjawat awm rupernyer. Ader pernigaan sndri. Tentu byk projek masuk sbb tu berkeras sgt bn tu baik sgt. Nape tkut ker takde projek yg msuk ker ble takde takde org bpengaruh d sisi siap leh tepuk2 bahu pla. Ko dah lme bernti jd kerja karajaanmane ko tau keadaan dlm sektor kerja dlm kerajaan pd ms skrg. Lgpun ko pernah bekerja kat kementerian kesihatn, kat situ politik ape yg der.Rkn2 ko pla yg ko ktekan ahli2 pas , ahli pkr jika mereka kakitangan awm tu cuma sembang2 politik, berani tak mereka tunjukkan mereka menyokong pr membantu pr dlm pilihanraya nnt. Klu stakat stiap ari tgok tv ngan bc paoer yg dikawal bn ko cme tau cerite sebelah pihak je. Nampak sgt menutup sebelah mata tentang keburukan bn walaupun tau bn ni dah byk waot kesalahn. Projek mari projek mari

مهمد شفاريز said...

Encik ni dh salah fatka,yg sebut hudud tiada dalam al quran dan ciptaan ahli fiqh adalah tum m pujaan tuan tu.

مهمد شفاريز said...

Melayu sekarang terbhagi kepada 2,melayu islam dan melayu kristian tuan

مهمد شفاريز said...

Mohon pencerahan yg ni tuan

مهمد شفاريز said...

Itu cuma spekulasi,dimana faktanya

مهمد شفاريز said...

Bg menang dulu,bru lah tuan tahu

مهمد شفاريز said...

Anwar dan kselamatan israel?kalau anwar ada hubungan ngan israel,adakah beliau berpeluang untuk brjumpa dngan pemimpin hamas tuan?jgn ditanya bila anwar menyokong hudud,tapi tanyalah kenapa terang2an dlm media massa najib tolak hudud?najib ni islam ke kristian?

مهمد شفاريز said...

Sehingga johor jadi sbhg singapore?bru tuan kata salah?

مهمد شفاريز said...

Namepun bngunan terbengkalai,takkan la nak biar klihatan panorama di pekan ipoh hodoh dngan bngunan terbengkalai,salahkah dimajukan?

مهمد شفاريز said...

Tuan sndiri ckp tuan x mihak mana2 dan tuan sndiri ad hantam umno,tibe2 tuan ckp mcm ni pula

مهمد شفاريز said...

Mesti la x brni nak ckp diri pro pembngkang,nak kene posting ke?

enasong said...

sy bekerja dgn firma swasta milik syarikat asing.. bos sy pon org asing.. nk harap deme paham tu jenuh la pulak nk explain..huhuh... dh la sy mengundi di kampung halaman kt bidor perak (mujor la x jauh dr kolumpo) .. sy mesti2 blk mengundi kali nie.. adoi.. hrap2 SPR peka la dgn org yg keje swasta...huhu.. golongan kami pon byk yg mengundi ...

Anonymous said...

Bn sebenarnye suke ckp riak dan takbur. Ingat lg x pru sebelum ni. Yakin ckp leh menang besar. Tgk ape jd.

@blanka

Anonymous said...

Tuan tentu srikonda tambun. Berusaha mngatakn umno tu parti islam 100%. Pdahal tau ape kesalahn bn tlah lakukan.

@blanka

Anonymous said...

Btul2 stakat lpak2 minum ckp pasal politik mmg ble. Mn2 penjawat awm rkn tuan sla tunjukkn mereka menyokong pr ngan terbuka. Letak kat facebook ker twiter ke. Rkn anda terime akivat nyer

@blanka

Anonymous said...

Tnjung pagar tu bagaimana pla?

Anonymous said...

Jika ape2 hal yg berkaitan yg singapore dah tentu negara kite akn kalah dan tunduk. Singapore ade backup besar dn senjata cggih. Tak de undang2 malaysia ni mombolehkn org asing mbli tanah negara kite. Pmimpin bn yg mberi lampu hijau .Jika sebahagian besar tanah johor dh dmiliki oleh org singapore sampai 1 ms nnt mereka akn jual kat kerajaan mereka nnt.

Anonymous said...

Lebih baik majukn drpd biar terbengkalai. Pemahaman tuan pun dah salah. Klu bgunan pr je ahli2 dpt diskaun. Ade ke bngunan bn beri diskaun. Nak jge sy nengok. Tuan patut bsyukur dibina hotel ke ape ke? Tak payah le nk tengik sape ahlinye. Ble hotel tu dibuka tentu yg dpt manfaat penduduk tempatn sbb ade peluang pekerjaan ble diberi kpd pduduk stempat. Adakah tuan bekerja sndiri dn takde pekerja? Tuan hanya nmpk ape yg dibuat bn sumernye baik2 blaka. Bile tau tmpat tu dmajukan dan org nya org pr tentu tuan nampak sumer akn jd buruk.

@blanka

Anonymous said...

Aku x rse pn otak ko geliga. Stiap kali ckp undi tuk pr haram bru leh dpt bntuan ke. Jd nape pondok yg lain x diberi bantuan? Sbb drang x kate undi pr haram ke?

Anonymous said...

Kasihan nyeee cai2 pr ni heee....

Anonymous said...

Fareez tak boleh terima kenyataan ni heee.... yg pandai2 banyak keluar pr yg tinggal pandai cakap je heee.... sabar bro

Anonymous said...

salam anon 9.43 anda ada bukti ke?...berapa ramai? jngn buat fitnah