Wednesday, April 10, 2013

KL Dilanda Banjir Kilat


KUALA LUMPUR – Hujan lebat selama sejam yang melanda Lembah Kelang sejak 5.30 petang, menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat.
Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Segambut.
Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, hujanlebat dan banjir kilat itu menyebabkan keadaan trafik sekitar ibu negara sesakteruk di beberapa laluan utama.
“Antara jalan yang mengalami kesesakan teruk adalah Jalan Tun Razak, Jalan Duta, Jalan Mahameru, Jalan Kuching dan Lebuhraya Persekutuan,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata sehingga kini, terdapat satu laporan membabitkan pokok tumbang di pekarangan parkir Masjid Negara dan pihak bomba serta petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang mengalihkan pokok berkenaan.
Katanya, tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan dan pemantauan kini dilakukan di beberapa kawasan yang dilanda banjir kilat.
Jurucakap itu turut menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga dan segera melaporkan kepada pasukan keselamatan jika kawasan rumah mereka dilanda banjir kilat. – BERNAMA
Banjir 1

Banjir 3
Banjir 1
Banjir 4
flood
flood
jalan tun razak

5 comments:

Unknown said...

Mohon Tuan Pautkan Blog Teman aktiviskepayangjr.blogspot.com dlm bloglist miker.. tima kasih..

abangman said...

Janji siapakah yang amat benar? Kuasa siapakah yang amat besar? Hukum siapakah yang tiada onar? "Fabiayyi ala irobbikuma tukazziban?" Nikmat Aku yang mana satu yang kamu dustakan?

Ini tanda bagi orang orang yang berfikir.

Anonymous said...

Insyaallah..hujan rahmat dan banjir sedang membasuh kotor di kl untuk menyambut kerajaan baru selepas 5.mei nanti..insyaallah lepas 5 mei tiada lg banjir di kl..

IPOH MALAY said...

demokrasi membebaskan kata2.. termasuk membebaskan ketengingan.. ishaa Allah .. ketengingan akan kalah.

Anonymous said...

Ntah aper fungsi terowong smart yg dibina tu?