Isnin, Mei 13, 2013

Amaran! Amaran! Amaran!


Polis Johor beri amaran kepada penganjur Perhimpunan Hitam

JOHOR BAHRU 13 Mei - Polis negeri memberi amaran kepada penganjur Perhimpunan Hitam supaya mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 dengan memberi notis awal 10 hari sebelum mengadakan acara itu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, perhimpunan anjuran parti pembangkang yang dijadualkan berlangsung Rabu ini di Dataran Bandaraya di sini tidak menepati syarat yang ditetapkan di bawah akta tersebut. - UTUSAN ONLINE


Ulasan

Nampaknya golongan pelanggar undang-undanglah yang dipilih-pilih  pengundi. 

Mau jadi apa negara ini? 

Tambahan pula pengamal undang-undang pun bersama mereka. 

Mau jadi apa negara ini? 

Golongan yang patuh undang-undang (tetapi selalu merasuah) juga kini bersama mereka. 

Mau jadi apa negara ini? 

Polis pula hanya memberi amaran demi amaran demi amaran. 

Mau jadi apa negara ini?

Tiada ulasan: