Monday, May 13, 2013

Ini Jawapan "Apa Lagi Cina Mahu"

Teman hampir terlupa bahawa teman pernah menulis artikel di bawah 16 bulan lalu. Sebenarnya inilah jawapan kepada "Apa Lagi Cina Mahu?".

Jawapannya, kita tidak perlu bertanya "Apa Lagi Cina Mahu". Tetapi tanyalah diri kita sendiri "Apa  Lagi Yang Kita Mahukan (Harapkan) Dari Mereka".

Maka sebab itulah trend penulisan teman sangat memohon orang Melayu meminjamkan undi kepada BN sebanyak mungkin pada PRU ke 13.

Apapun, segalanya sudah terjadi. Walaupun ada peningkatan signifikan pinjaman undi orang Melayu kepada BN pada PRU ke 13, namun tidak lah sampai untuk pucuk pimpinan pihak yang sepatutnya membela orang Melayu ini wajar berasa puas hati.

Khamis, Januari 12, 2012

Cina Tidak Akan Undi BN Dalam PRU 13

Jika tidak semua, 90% Cina tidak akan mengundi BN dalam PRU 13. Berilah mereka USD1,000 setiap seorang sekalipun, mereka telah disogok fahaman bahawa Barisan Nasional dikepalai UMNO. Pakatan Rakyat boleh membuatkan Hasan Ali dipecat.

Tiada orang Islam di kalangan Pakatan Rakyat yang simpati terhadap pemecatan itu. Itu kemenangan moral bagi mereka.

Orang seperti Hasan Ali ini membunuh dunia yang mahu mereka cipta di Tanah Melayu yang bergelar Nan Yang (南洋) atau kawasan Laut Selatan oleh mereka ini sejak sekian lama.

Nanyang juga bermaksud empayar orang Cina yang menduduki bumi Melayu.

Berilah USD1 Trillion untuk sekolah-sekolah Cina sekalipun hingga setiap satunya mencecah awan, mereka tidak akan undi BN kerana hanya DAP yang mampu menunjukkan siapa mengetuai siapa.

Ini adalah hakikat. Bukan fitnah atau hasutan. Malah, Chua Soi Lek sendiri entahkan ya entahkan tidak, memberi undi kepada BN.

Selepas 44 tahun tragedi berdarah 13 Mei, nampaklah akhirnya yang mereka bakal merampas negara ini dengan penuh bijak, atas KEBODOHAN orang Melayu sendiri.

Mari kita lihat fakta apabila Cina kesemuanya mengundi Pakatan Rakyat dan sekiranya dengan cara ini, Pakatan Rakyat merampas Putrajaya :

1. Pakatan Rakyat akan dikuasai wakil rakyat Cina dan negara Malaysia akan diperintah oleh politikus Cina.
2. Buat pertama kali, Perdana Menteri bukan Islam berbangsa Cina akan dilantik.
3. Malaysia akan menjadi negara majoriti orang Islam pertama yang ditadbir urus oleh orang bukan Islam.

Kenyataan ini bukanlah bertujuan menakut-nakutkan. Pepecahan umat Melayu dan penzahiran kuasa DAP yang luar biasa dalam Pakatan Rakyat telah memberi peluang kepada hal ini untuk berlaku.

Adalah untung andai lebih ramai Hasan Ali dapat kita hasilkan kerana mereka-mereka inilah yang mampu melakukan tindakan bagi mengelak tragedi terulung dalam sejarah pemerintahan Melayu selama 600 tahun di negara ini.

Lebih baik lagi andai PAS segera keluar Pakatan Rakyat, dan menyertai Barisan Nasional.

Ini kerana jika PAS keluar Pakatan Rakyat dan membentuk pilihan ketiga dan menjadi pilihan seluruh umat Melayu sekalipun, selagi tidak memperolehi lebih 50% kerusi Parlimen, akan wujud anasir menyatukan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat dalam membentuk kerajaan campuran yang sepertinya, akan menjadikan umat Islam sebagai pembangkang di negara ini.

Tetapi, PAS dalam Pakatan Rakyat hanya membina lebuhraya untuk bukan Islam menakluk pemerintahan negara ini.

Malaysia akan menjadi Kedah yang hanya memiliki seorang ADUN DAP, tetapi kuasanya seperti mempunyai 50% wakil rakyat dalam DUN negeri.

4 comments:

Perakman said...

Salam, sejarah pru12 yg lalu telah membuktikan PAS di Perak tidak sekali2 akan menerima UMNO walaupun ditawarkan 3 jawatan exco dalam kerajaan negeri, tapi mereka nakkan jawatan satu saja jawatan exco daripada PR disebabkan dendam kesumat daripada lubuk hati mereka yang telah busuk utk melihat umno ditumbangkan. Maaf cakap, hanya kerana mereka beragama islam, tak semestinya mereka menyokong kepimpinan islam dari kalangan BN. Hakikatnya, PAS tetap parti ajaran sesat!

IPOH MALAY said...

benar.. tahniah, anda nampak apa yang saya nampak.

مهمد شفاريز said...

Pas parti ajaran sesat?dimana jab agama islam?knape x bwat kerje?

Anonymous said...

Pas sepatutnya join umno. Sbb dendam mereka sangup besekongkol ngn DAP. Bila 60% melayu bepecah kepada 2 , maka pihak ketiga yg untung . Siapa lagi klu bkn cina. Sejarah sudah byak kali berulang tpi amat sedih mereka masih xnampak. Aku bkn org politik tpi aku syg bangsa aku.