Jumaat, Mei 10, 2013

DAP Sedia Hantar Wakil Mereka Dalam Kabinet ?


DAP nampaknya bersedia untuk diterima wakilnya menyertai kabinet persekutuan sebagai wakil kaum Cina. Ini rentetan pendapat-pendapat yang membayangkan bahawa sikap keanak-anakan MCA yang menolak sebarang jawatan kabinet dibayar dengan melantik seorang dua wakil DAP ke dalam kabinet bagi mengadakan wakil masyarakat Cina.

Biarpun pendapat ini kurang popular, namun apa juga syor yang diutarakan berhubung wakil masyarakat Cina ini kini semakin bertiup kencang. Maki hamun juga harus dihadapi oleh kerajaan persekutuan dari penyokong UMNO sendiri andai wakil DAP diletakkan dalam kerajaan.

Tindakan tidak popular ini walaubagaimanapun dilihat sebagai permulaan dimensi baru kepada politik negara ini. Tetapi muslihat tersembunyi pembangkang dari jenis Melayu balaci harus ditangani terlebih dahulu. Keputusan harus dibuat dengan hati-hati. Hanya Melayu menjatuhkan Melayu. Bukannya Cina.

Kit Siang: DAP terbuka kepada cadangan mengenai perwakilan Cina dalam kerajaan

KUALA LUMPUR - DAP terbuka kepada syor dan cadangan mengenai keperluan perwakilan Cina dalam kerajaan dan akan memberi respons kepada perkara itu kemudian, kata penasihatnya Lim Kit Siang hari ini.
    
"Kelihatannya terdapat banyak syor dan pendapat baharu. Ini merupakan masa untuk meneliti cadangan dan syor itu, dan kami akan memberikan reaksi sewajarnya.
    
"Kami (akan) beri masa kepada mereka untuk mengemukakan semua cadangan," katanya pada sidang akhbar di sini semasa diminta mengulas gesaan agar DAP menyertai Barisan Nasional (BN) untuk memastikan ada perwakilan Cina dalam kerajaan.
    
Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin semalam berkata langkah itu pasti sukar diterima oleh DAP dan BN serta penyokong masing-masing tetapi perlu dilakukan demi keharmonian dan kestabilan politik negara.
    
Anggota Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan dalam temuramah dengan akhbar Sin Chew semalam juga berkata DAP boleh mewakili kepentingan masyarakat Cina di peringkat kerajaan persekutuan.
   
Lim berkata: "Biar mereka kemukakan semua cadangan, kemudian kami akan beri respons."
    
"Kami akan tunggu dan lihat," katanya ketika diminta mengulas lanjut mengenai perkara itu.
    
BN membentuk kerajaan persekutuan selepas memenangi 133 kerusi Parlimen mankala pakatan rakyat 89 dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lalu.

Najib mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Isnin lalu dengan ketiadaan wakil kaum Cina dalam kabinetnya yang bakal dibentuk.

Ini kerana pucuk pimpinan MCA, yang memenangi tujuh daripada 37 kerusi ditandingi parti komponen BN itu, memutuskan tidak mahu
menganggotai jemaah menteri baharu Najib.  
 

Sebuah lagi parti dominan kaum Cina dalam BN, Gerakan juga ditolak pengundi Cina dengan hanya memenangi satu kerusi Parlimen. - Bernama

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

CUKUP LAH PAS JADI KUDA TUNGGANGAN DAP KALI NI BN PULAK TAKUT TAK ADA WKIL CINA....MCA TAK MAU GERAKAN KAN ADA?LEE LAM THYE PUN ADA.JABGAN JADI BODOH LAH?KALAU AMBIK WAKIL DAP MENYESAL AKU UNDI BN DAN KEMPEN UNTUK BN.TADAH LAH KEPALA UNTUK KENA SEPAK LAGI...

Harimau Kumbang berkata...

Tolong lah...cukup lah apa yg sudah berlaku.Saya yang mengundi dan memangkah BN tak rela Kerajaan baru di cemar oleh parti paling rasis diTanah Melayu ini...Kalau terjadi saya tak perlu lagi mengundi di PRU 14.

Tanpa Nama berkata...

DAP SELALU TUDUH KERAJAAN BARISAN NASINAL KOTOR, KORUP DAN RASUAH.
SKRNG HENDAK PULAK PEGANG JAWATAN.....
WHATVA SHAME,
WHATBA DISGRACE.

ORANGVTIADA MARUAH......

Tanpa Nama berkata...

kenapa nak kena fikir wakil cina...diaorg yg x nak , so lupakan je....fikir ttg org melayu dan majukn melayu lg bagus....cina2 tu wakil diaorg duk atas jalanraya , biar je kat sana....siapa2 yg gemar sgt berumah atas jalanraya tu , biarkn jer...x payah nak layan....

Tanpa Nama berkata...

Tak setuju..nanti habis bocor maklumat rahsia negara ke negara2 luar..mereka tidak ada rasa cinta sekelumit pun terhadap negara ini..

Jangan buat silap lagi BN..