Thursday, May 16, 2013

Kecemerlangan Husni Diiktiraf

Memang tak dinafikan, Husni Hanadzlah merupakan pemimpin yang disenangi di dalam Parlimen Tambun dan di dalam barisan jemaah menteri. Tidak hairanlah beliau menang dengan pertambahan lebih 14,000 undi dengan majoriti hampir dua kali ganda berbanding pada tahun 2008. Tahniah teman ucapkan.


Husni dilantik Menteri Kewangan Kedua untuk penggal kedua

KUALA LUMPUR - Setelah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang penggal 2008-2013, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dilantik sekali lagi sebagai Menteri Kewangan Kedua untuk penggal 2013.

Pada Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru ini, Ahmad Husni, 61, telah memenangi kerusi Parlimen Tambun, mengalahkan calon PKR dengan majoriti 9,325 undi.

Ini merupakan penggal kedua beliau memegang jawatan tersebut setelah dilantik buat kali pertama pada 2009.

Pengalaman beliau sebagai Menteri Kewangan Kedua pada penggal lalu dijangka membantu beliau untuk mengekalkan momentum positif ekonomi negara dalam misi mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Anak jati Ipoh, Perak, ini merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya, dan pernah mengikuti Program Pembangunan Pengurusan di Institusi Pengurusan Asia.

Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 2004 sehingga 2008 sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan pada 2008.

Beliau turut memegang jawatan sebagai Bendahari Barisan Nasional Pusat dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri Perak. - Bernama

3 comments:

Anonymous said...

Teman duduk sebelah YB Husni 2 minggu sebelum PRU..dan banyak kali dah YB Husni datang tempat teman. Teman bukan orang UMNO..tapi YB memang humble dalam bertutur kata dan amat sayangkan umat Melayu sambil menjamah lempeng pisang yg menjadi kegemaran beliau....

Anonymous said...

Kenal bebenor teman dengan budak-budak Taman Perpaduan belakang YB tu. Harap mereka akan jadi generasi muda yang berilmu dan berjaya di masa hadapan...

halil penghulu said...

teman juga adalah kawan baik dia dri kecik...kami sama2 mengaji quran. Ibu dia yg mengajar kami membaca quran. Tapi teman x mengambil kesempatan dri dia sbb kami dh berjanji KDA..Kawan Dunia Akhirat....syabas Datuk...u are my frenz..(Noni...pangilan manje dia mase kecik)