Wednesday, May 22, 2013

Kini "Kementerian Pendidikan" Semula


Penggabungan selesai sebulan

Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan Menteri Pelajaran II, Datuk Seri Idris Jusoh; Timbalan Menteri Pelajaran I, Datuk Mary Yap Kain Ching dan Timbalan Menteri Pelajaran II, P. Kamalanathan sejurus tiba di Kementerian Pelajaran bagi memulakan tugas sebagai Menteri Pelajaran di Putrajaya, semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA 21 Mei - Proses penyeragaman struktur Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang digabungkan di bawah satu kementerian dan akan dikenali sebagai Kementerian Pendidikan dijangka selesai dalam tempoh sebulan lagi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, proses tersebut bertujuan meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan di negara ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, cadangan menamakan kementerian yang menggabungkan dua entiti itu sebagai Kementerian Pendidikan akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat ini.

"Proses pencantuman kedua-dua kementerian ini bukan sesuatu yang sukar kerana Kementerian Pelajaran menumpukan kepada sekolah rendah dan menengah yang telah dilakukan sekian lama, manakala KPT pula berurusan dengan pendidikan tinggi yang sehingga kini telah dilaksanakan dengan baik dan cemerlang oleh kepimpinan terdahulu.

"Saya juga telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha Negara (Datuk Seri Dr Ali Hamsa), Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) (Datuk Mohamad Zabidi Zainal) dan kepimpinan tertinggi kedua-dua kementerian," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan barisan pegawai dan kepimpinan tertinggi KPT di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130522/dn_01/Penggabungan-selesai-sebulan#ixzz2Ty7pMfi0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

1 comment:

Anonymous said...

salam.

inilah yang sepatutnya dari dahulu.makna pendidikan lebih besar dari pelajaran.terima kasih tsm.kerana menyatakan yang benar.walaupun terlambat tapi kata juga.masih boleh d harap.terima kasih pengundi tsm.

dulu zaman tun, satu menteri je untuk jaga tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, pengajian tinggi, tapi sekarang betapa malasnya menteri hingga nak lantik 2...bermula zaman flip flop ar ni..dia tau tak yang betapa tak koordinasi benda ni...mengarut...
najib pun pening juga mula2 sehinggakan tsm kena bagi cadangan untuk pendekkan kepada yang sewajarnya kerana nama pendidikan itu sangat besar berbanding pelajaran...

banyak lagi yang najib kena belajar dari tsm.dalam hal ini, najib kena berterima kasih dekat tsm kerana nyata tsm lagi hebat dalam kacau bilau berbanding najib yang muka nampak dah kusut sangat...pesan tun tak nak dengar...

budakteranung